Thursday, October 14, 2010

Kaji semula air jika menang - Janji UMNO Kedah

Kaji Semula.. buat yang tak faham apa yang dimaksudkan dengan kaji semula itu, lihat saja semua kajian semula yang telah dijalankan oleh UMNO/BN.. antara contonhnya kaji semula harga Gula hasilnya harga gula naik, kaji semula tarif elektrik hasilnya juga kadar tarif elektrik terpaksa dinaikkan.. dan dengar cerita kadar Tol juga akan dikaji semula.. pendekkata apa saja yang dikaji semula oleh UMNO/BN kebanyakkannya akan dinaikkan harga.. oopps silap bukan dinaikkan tapi diSELARASkan..

Kaji semula air jika menang

ALOR SETAR – UMNO Kedah mahu mengkaji semula kenaikan tarif air jika Barisan Nasional (BN) berjaya menawan semula negeri ini dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Setiausahanya, Datuk Nawawi Ahmad berkata, kenaikan tarif air yang diumumkan awal bulan ini adalah terlalu tinggi dan membebankan rakyat, khususnya yang berpendapatan rendah.

Menurutnya, BN tidak mahu membuat terlalu banyak janji yang tidak mampu ditunaikan sebagaimana Pas yang mentadbir negeri sekarang ini gagal melaksanakan manifesto pilihan raya “Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua” apabila menaikkan tarif air yang menyebabkan rakyat terbeban.


“Kita tidak boleh janji lebih-lebih kerana apabila BN berjanji, memang BN kena laksanakan dan untuk hari ini, sekiranya BN ambil alih pentadbiran Kedah, kita akan kaji semula tarif air,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata berdasarkan kajian yang dijalankan, bayaran minimum pada setiap bulan meningkat 100 peratus iaitu daripada RM3 kepada RM6 sebulan, manakala bayaran untuk 20 meter padu pertama dinaikkan 25 peratus daripada 40 sen kepada 50 sen.

“Kebanyakan penduduk luar bandar adalah petani dan sebarang peningkatan kos sara hidup pasti membebankan mereka.

“Sekiranya BN menang dalam PRU ke-13, kita akan mengkaji semula tarif air itu,” katanya.

Nawawi juga berkata Kerajaan Negeri perlu memberi insentif atau rebat kepada pengguna di kawasan tidak mendapat bekalan atau perkhidmatan air yang sempurna.

“Kenaikan tarif air dibantah kerana ia tidak selaras dengan kualiti

pembekalan air di sesetengah kawasan yang sering terputus, bekalan air yang masih kotor, tekanan rendah dan ada ketikanya paip hanya mengeluarkan angin.

“Walaupun ada dalam kalangan mereka yang tidak dapat menggunakan perkhidmatan ini, mereka masih perlu membayar mengikut tarif baru, dan sewajarnya Kerajaan Negeri memberi insentif kepada mereka,” katanya.

Menurutnya, Kerajaan Negeri yang diterajui Pas mempunyai cara lain untuk menampung kos operasi pengurusan air yang didakwa meningkat.

“Kerajaan Negeri mendakwa premium daripada balak meningkat RM30 juta, hasil daripada sumbangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) meningkat RM30 juta serta peningkatan 205 peratus pendapatan negeri, persoalannya mengapa ia tidak digunakan.

“Kerajaan Negeri juga boleh mengurangkan Non-Revenue Water daripada 42 peratus kepada 25 peratus, yang akan memberi pulangan RM30 juta setahun,” katanya.

Nawawi berkata, Kerajaan BN yang memerintah Kedah berjaya mempertahankan tarif air daripada naik selama 15 tahun namun pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) yang diterajui Pas menaikkan tarif air dalam tempoh lebih dua tahun pentadbirannya.

“Alasan Kerajaan Negeri kos meningkat disebabkan jumlah pengguna meningkat adalah satu alasan lemah sedangkan peningkatan jumlah pengguna akan menyebabkan pendapatan hasil air turut meningkat.

“Jumlah pelanggan pada 1993 ialah 237,922 manakala sekarang lebih 500,000, yang memberi pendapatan RM170 juta setahun kepada Kerajaan Negeri. Pertambahan 200,000 pengguna bermakna pendapatan bertambah RM68 juta sedangkan kos bahan kimia (RM2.8 juta) dan kos elektrik (RM15 juta),” kata Nawawi.


Sinar Harian

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails