Monday, October 18, 2010

‘Jangan ingat kami bodoh'.. tapi kenapa diperbodohkan?

Memang mereka tidak bodoh.. Cuma mereka telah diperbodohkan oleh segelintir pemimpin UMNO.. mereka yang tidak bodoh itu diperbodohkan demi survival politik segelintir pemimpin UMNO...

Bukankah Haji Jusni Bin Hajii Ismail yang merupakan Pentadbir Tanah,Daerah Barat Daya Pulau Pinang telah berkata “Oleh kerana proses pengambilan tanah masih berjalan, adalah fitnah langsung dakwaan bahawa terdapat universiti daripada mana-mana negara yang mengesahkan kemasukannya ataupun memulakan kerja pembinaan di tapak itu.” kenyataan penuh sila baca di SINI

‘Jangan ingat kami bodoh’

BALIK PULAU - “Jangan ingat kami bodoh!” Itulah peringatan sebilangan penduduk Kampung Genting di sini kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng apabila diminta menggambarkan tindakan mereka berdemonstrasi di depan masjid kampung berkenaan, pagi semalam bagi membantah pembinaan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di kawasan itu.


Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) Kampung Genting, Rosman Long berkata, pihaknya sudah menemui Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman merayu supaya lokasi pembinaan IPTS itu diubah namun sehingga kini tiada maklum balas diterima.

“Kami bukan menolak institusi pendidikan diadakan di sini (Balik Pulau) tetapi biarlah kena dengan tempat. Carilah tempat lain yang lebih sesuai yang bertepatan dengan IPTS bertaraf antarabangsa itu,” katanya.

Rosman berkata, pihaknya sudah merujuk kepada Pejabat Tanah dan pihak berkenaan mengesahkan bahawa sebuah IPTS antarabangsa akan dibangunkan di kampung itu.

“Ini bertentangan dengan kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang menyatakan Kerajaan Negeri belum menerima sebarang permohonan untuk projek membina institusi pengajian di kawasan ini,” katanya.

Rosman berkata, jika projek itu menjadi kenyataan, lebih 150 penduduk terpaksa berpindah keluar.

“Sebilangan besar penduduk berasal dari sini dan jika dipaksa pindah, di mana kami nak tinggal? Sepatutnya perkara ini dibawa bincang kerana apa yang berlaku sekarang, tiada sebarang perbincangan diadakan dengan penduduk kampung.”

“Apa yang mereka dapat hanyalah warta yang mengatakan tanah kediaman mereka akan diambil untuk dibangunkan sebuah IPTS,” katanya.

Seorang penduduk Kampung Genting, Ismail Sulaiman berkata, sebagai anak jati kampung itu, dia kesal dengan tindakan Kerajaan Negeri mewartakan tanah seluas 81 hektar di kampung itu untuk pembinaan IPTS.

“Saya cukup tak puas hati dengan tindakan Kerajaan Negeri khususnya Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang mengganggu tanah kami sedangkan kerajaan terdahulu tak pernah ganggu kami sampai ke tahap ini.”

“Mereka seolah-olah nak halau kami dari kampung halaman kami sendiri. Dia (Guan Eng) ingat orang kampung macam kami ni bodoh sangat? Kami tidak bodoh dan ini janji kami, selagi kami bernyawa, kami akan pertahankan tanah kami,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Aishah Budin,73, berkata, sebagai anak jati kampung itu, dia bersama penduduk lain akan mempertahankan hak peninggalan nenek moyang mereka.

“Hari ini mungkin mereka kata nak ambil sedikit sahaja, tetapi lama kelamaan akan jadi banyak. Ini yang kita bimbang. Kalau semua tanah orang kampung nak diambil, kami nak tinggal di mana? Jangan ingat orang kampung bodoh. Jangan perbodohkan kami kerena ada juga yang berpelajaran tinggi,” katanya.

Dalam laporan sebelum ini, Kerajaan Negeri mewartakan tanah seluas 81 hektar di Kampung Genting dan Pondok Upeh mengikut Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah pada 18 Ogos lalu bagi membina IPTS.


Sinar Harian

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails