Sunday, October 24, 2010

Isteri Mendiang Edmund calon BN di Batu Sapi

SANDAKAN, 24 Okt — Datin Linda Tsen Thau Lin, isteri kepada mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah yang juga Timbalan Ketua Wanita PBS Elopura diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi 4 November ini.

Semalam, Parti Maju Sabah (SAPP) mengumumkan Presidennya Datuk Yong Teck Lee sebagai calonnya.

SAPP keluar BN hujung tahun 2008.

Pakatan Rakyat yang akan diwakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengumumkan calonnya 5 petang ini.

Kerusi Parlimen Batu Sapi kosong berikutan kematian Chong daripada PBS dalam nahas jalan raya di Tanjung Aru pada 9 Oktober.

Kawasan Parlimen itu mempunyai 25,582 pengundi berdaftar, termasuk 1,535 pengundi pos.


Hari penamaan ialah pada 26 Oktober.

Pengumuman dibuat oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman di Dewan Serbaguna Sandakan di sini petang ini.

Pemilihan isteri mendiang itu tidak mengejutkan ramai kerana beliau telah pun disebut-sebut akan diturunkan oleh BN untuk mengekalkan kerusi Batu Sapi.

Ketika dihubungi awal hari ini, Ahli Parlimen Sandakan Datuk V. K. Liew memberitahu The Malaysian Insider bahawa Tsen adalah calon yang paling sesuai, bukan kerana beliau isteri Chong, tetapi kerana beliau sendiri juga seorang ahli politik.

Difahamkan Tsen juga seorang pengerusi bahagian PBS.


The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails