Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Tuesday, October 5, 2010

‘Islam bukan satu ancaman dan bukan satu masalah’ - Najib

Najib kata “Islam tidak sepatutnya satu masalah asalkan wujud kesederhanaan dalam semua agama,”.. nampaknya dia telah terlupa akan insiden mengheret kepala lembu yang dilakukan oleh penyokong-penyokongnya suatu masa dulu..

BRUSSELS, 5 Okt – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menyampaikan ingatan kepada masyarakat antarabangsa bahawa Islam bukan satu ancaman dan bahawa Islamofobia sering dicetuskan oleh ekstremis dalam semua agama.

Beliau masyarakat antarabangsa perlu melihat Malaysia sebagai contoh jelas bagaimana rakyat dari pelbagai agama dapat hidup bersama secara harmoni.

Bercakap pada perbincangan meja bulat media yang dihadiri pertubuhan media antarabangsa yang berpangkalan di sini, Najib berkata konflik yang timbul bukan di antara agama tetapi antara ekstremis dan puak sederhana bagi semua agama.


“Islam tidak sepatutnya satu masalah asalkan wujud kesederhanaan dalam semua agama,” katanya.

Islam merupakan antara perkara yang dibangkitkan semasa sesi itu dan Najib ditanya berhubung cara Malaysia menangani persepsi terhadap agama di kalangan masyarakat Eropah di tengah-tengah perundingan perjanjian perdagangan bebas Eropah-Malaysia, yang akan dilancarkan di sini hari ini.

Najib berkata adalah lebih baik jika masyarakat Eropah dapat menyertai dialog dengan negara-negara Islam sederhana seperti Malaysia.

Sambil menyatakan bahawa beliau tidak merestui tindakan golongan ekstremis, Najib berkata usaha bagi menyelesaikan Islamofobia ialah mencari jalan penyelesaian jangka panjang kepada isu rakyat Palestin.

Katanya nasib rakyat Palestin, yang telah dinafikan hak mereka, “menyentuh perasaan di kalangan dunia islam.”

“Setengah orang berasa jika tiada lagi harapan, apa lagi yang ada untuk menyambung hidup,” katanya sambil menambah sebaik masalah rakyat Palestin diselesaikan, keganasan akan reda.


Bernama

Archive

Related Posts with Thumbnails