Thursday, October 14, 2010

I smell something stink - Wee Choo Keong

Oleh Rahmah Ghazali

KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya Rahimi Osman kelihatan resah apabila Rahimi membuat akuan bersumpah dalam dakwaan sodomi, kata Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong.

Beliau bagaimanapun, enggan menafi atau mengesahkan dakwaan bahawa Rahimi dikurung oleh para peguam Anwar di sebuah hotel di Shah Alam dan memaksa Rahimi menandatangani akuan bersumpah itu.

Menurut Wee, peranannya hanya sebagai Pesuruhjaya Sumpah yang menjadi saksi tandatangan akuan bersumpah oleh Rahimi pada 29 Jun, 2008.


Bagaimanapun bekas ahli parlimen PKR itu mengingat kembali bahawa Rahimi kelihatan tidak senang duduk dan diiringi dengan beberapa teman ke bilik hotel itu.

Beliau kelihatan resah, dan begitu juga Anwar apabila akuan bersumpah itu dibuat. Itulah pertama kali saya bertemu Rahimi," katanya kepada para pemberita di lobi Parlimen semalam.

Akuan bersumpah pertama "hilang"

Wee berkata, beliau kemudian membaca di akhbar bahawa akuan bersumpah yang pertama "hilang" dan beliau percaya beberapa pemimpin PKR tidak senang kerana ia tidak melibatkan beberapa individu.

Ini berlaku walaupun peguam Latheefa Koya mendedahkan bahawa akuan bersumpah yang pertama hilang selepas "ada orang memecah cermin keretanya dan mencuri dokumen-dokumennya."

Akuan bersumpah pertama hanya menyentuh kebimbangan Rahimi tentang keselamatannya kerana beliau rapat dengan pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan dalam kes sodomi.

Memandangkan hal ini, beliau tidak mahu terlibat dengan akuan bersumpah yang kedua yang mengaitkan Najib Tun Razak, timbalan perdana menteri pada ketika itu dan isterinya Rosmah Mansor

Akuan bersumpah kedua dakwa Wee disediakan oleh peguam Anwar, Saiful Izham Ramli, timbul beberapa hari selepas akuan bersumpah pertama "hilang".

"Saya tidak mahu terlibat (dalam akuan bersumpah kedua) kerana saya mencium sesuatu yang busuk….." katanya.


Free Malaysia Today

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails