Wednesday, October 27, 2010

Hidup mati saya tetap bersama UMNO - Syed Sobri

Kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim “Saya tidak akan lompat parti. Hidup mati saya tetap bersama UMNO,” .

Hidup mati saya tetap bersama UMNO!! Korang nilaikanlah sendiri..

Sepatutnya kita faham ayat ini... Katakanlah: “Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” (Al-An’am: 162).

Hidup mati saya UMNO’

ALOR SETAR – “Saya tidak ada niat langsung nak tinggalkan UMNO,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim.

Naib Ketua UMNO Bahagian Padang Terap yang pernah mencetus kontroversi dengan ura-ura mahu melompat parti beberapa bulan lalu itu berkata, beliau juga tiada hasrat mahu menyertai Pas.

“Macam mana saya nak lompat parti sedangkan darah daging saya bersama dengan UMNO. Datuk saudara saya, Syed Omar (Tan Sri Syed Omar Syed Abdullah Shahabuddin) adalah Menteri Besar Kedah yang pertama selepas merdeka, seorang pemimpin besar UMNO negeri ini suatu ketika dulu. Bapa saudara saya, Allahyarham Tan Sri Syed Nahar Shahabuddin Tun Syed Sheh Shahabuddin pun bekas Menteri Besar dan pemimpin utama UMNO Kedah juga.


“Saya tidak akan lompat parti. Hidup mati saya tetap bersama UMNO,” katanya.

Syed Sobri berkata, isu mahu menyertai Pas tidak timbul walaupun beliau diketahui mempunyai hubungan yang agak rapat dengan pemimpin tertentu parti itu, termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

“Sebagai ahli politik dan wakil rakyat, saya perlu baik dengan semua orang terutama dengan pemimpin negeri. Kalau ada apa-apa isu rakyat yang melibatkan Kerajaan Negeri, saya perlu berjumpa dengan mereka. Saya berbaik dengan mereka untuk kepentingan rakyat.

“Itu bukan bermakna saya mahu sertai parti mereka. Macam mana saya nak selesaikan masalah rakyat kalau saya tidak ada hubungan yang baik dengan pemimpin kerajaan?,” katanya.

Sehubungan itu, Syed Sobri menempelak pihak yang menuduhnya mahu menyertai Pas lantaran menjalin hubungan baik dengan pemimpin parti itu supaya tidak berfikiran sempit atau memainkan isu politik sempit.

“Zaman sekarang orang tak boleh main politik cara itu lagi. Ahli politik kenalah bersikap profesional, justeru tidak timbul isu sekiranya saya mesra dengan wakil rakyat Pas, itu tanda saya mahu lompat parti,” katanya.

Syed Sobri berkata, rakyat juga mahu melihat pemimpin mereka berbaik walaupun berbeza pegangan politik.

“Sebagai wakil rakyat saya tidak boleh menolong rakyat berdasarkan parti politik yang mereka sertai,” katanya.

Syed Sobri berkata, pendiriannya adalah mahu meneruskan perjuangan bersama UMNO.

“Saya ada prinsip perjuangan sendiri dan pada saya hanya UMNO sahaja parti yang mampu memperjuangkan dan menolong orang Melayu,” katanya.



Sumber Berita dari SINI

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails