Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Wednesday, October 13, 2010

Harga Kereta Mahal.. bukan salah Kerajaan..

Jawapan bodoh seorang Timbalan Menteri..

Dia kata pengurangan atau pembasmian duti import tidak semestinya menyebabkan harga kenderaan menurun kerana harganya ditentukan oleh pengeluar dan syarikat berdasarkan kuasa pasaran..

Dari apa yang aku tahu, memang harga kereta ditentukan oleh pengeluar dan harga yang ditentukan adalah hampir sama bagi setiap negara cuma yang membezakan harganya ialah spesifikasi tambahan yang dipasang pada kenderaan tetapi kerana cukai yang dikenakan oleh kerajaan adalah tinggi maka harga kenderaan itu juga tinggi.. mana ada pengeluar atau pengedar yang mahu menyerap cukai yang dikenakan kerajaan itu??

Harga kenderaan mahal…..jangan salahkan kerajaan?

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak seharusnya dipersalahkan mengenai kadar tarif yang tinggi berhubung kenderaan yang diimport kerana banyak faktor lain yang mempengaruhi harga.


Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri Jacob Dungau Sagam berkata demikian di sidang Dewan Rakyat hari ini ketika menjawab soalan daripada Ahli Parlimen DAP-Bandar Kuching Chong Chieng Jen.

Beliau menjelaskan bahawa pengurangan atau penghapusan kadar tarif tidak menjamin harga kereta menjadi lebih murah.

"Kadar tetap dan duti eksais untuk semua jenis kenderaan buat masa ini dikekalkan supaya hasil negara tidak terjejas.

"Di samping itu, pengurangan atau pembasmian duti import tidak semestinya menyebabkan harga kenderaan menurun kerana harganya ditentukan oleh pengeluar dan syarikat berdasarkan kuasa pasaran," jelas beliau.

Chong, yang tidak yakin dengan jawapan itu, berkata kereta-kereta import yang dijual di negara-negara jiran seperti Thailand dan China adalah jauh lebih rendah berbanding di Malaysia.

"Sebagai contoh, kita banding kereta Toyota Vios dijual di Malaysia di antara RM70,000 hingga RM90,000.

Di Thailand, kereta itu dijual dengan harga di antara RM50,000 hingga RM70,000. Di negeri China, ia dijual dengan harga di antara RM45,000 hingga RM60,000.

Begitu juga dengan kereta Honda City, di Malaysia, dijual dengan harga kira-kira RM90,000 tapi di China dijual dengan harga RM50,000," katanya.

Beliau juga menekankan bahawa kereta buatan tempatan dijual dengan harga yang lebih mahal di pasaran tempatan.

Di China, kereta berkuasa kuda 1,000 cc seperti Cherry (buatan tempatan) dijual dengan hanya RM19,000 hingga RM30,000. Tetapi di Malaysia, Perodua Viva dijual dengan harga RM38,000," katanya.

Dasar perlindungan

Chong menuduh kerana kerajaan melaksanakan "dasar-dasar perlindungan" untuk melindungi syarikat seperti Proton dan Perodua.

Ujar beliau, "syarikat-syarikat ini amat merbahaya dan menindas rakyat. Matlamat syarikat-syarikat ini ditubuhkan bukan untuk membawa keuntungan kepada kerajaan tetapi "untuk kepentingan kroni Barisan Nasional (BN) di Proton dan Perodua."

"Akhirnya, rakyat merana. Soalan saya, adakah adil untuk rakyat Malaysia membayar harga kereta yang mahal apabila kroni BN di Proton dan Perodua membuat untung yang banyak? Apa yang kerajaan buat?" soal beliau.

Bagaimanapun, Sagam tetap dengan pendiriannya bahawa sebarang pengurangan duti tidak akan menjamin harga kenderaan yang lebih murah kerana harganya bergantung kepada faktor-faktor lain.

Faktor-faktor ini termasuk harga komponen, import separuh atau sepenuhnya, kadar pertukaran mata wang, kos pengangkutan, insuran dan kos pinjaman bank," katanya.

Bagaimanapun, liberalisasi industri automatif, seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak sebelum ini, sedang dalam peringkat pelaksanaan.

Beberapa siri perjanjian perdagangan termasuk mengurang dan membasmi duti import akan dilakukan secara berperingkat-peringkat.

Perjanjian-perjanjian ini kata Sagam, melibatkan perkongsian dengan Jepun, Korea Selatan, China, Australia dan New Zealand.


Free Malaysia Today

8 comments:

Anonymous said...

Pada saya Proton dan Perodua perlu dibubarkan sahaja. Sudahlah menjadi syarikat yang menindas rakyat dengan terpaksa membeli kenderaan yang kurang berkualiti, selain menyebabkan kenderaan import mahal, malah lebih celaka cuba melobi kerajaan untuk mewujudkan tarikh luput untuk kenderaan bagi memaksa rakyat membeli kereta baru. Kalau minat sangat dengan tarikh luput, hampa bukak kilang sardin je la.

Kalau tak reti meniaga, jangan meniaga. Orang berniaga dengan memberikan produk yang bertaraf antarabangsa yang dapat bersaing antara satu lain. Kau orang berniaga dengan produk yang tak dapat bersaing di pasaran dunia. Bilalah Proton dan Perodua ni nak berubah? Jangan asyik bergantung kepada pasaran tempatan je. Bila pasaran dah tepu kau orang buat komplot penaik insuranslah, tarikh luput lah dan sebagainya.

Fikirlah sikit, buatlah kereta berstandard antarabangsa, jual pada harga berpatutan di dalam negara barulah orang tak marah. Patriotik, patriotik la, tapi biarlah barang yang ditawarkan berpatutan dengan nilainya.

Anonymous said...

nama pon sagam bengap dah kan, tak per lu dapatkan jawapan yang baik dan betul dr depa lah, mamat iban ni cumer jawab jer..hahahhah

Anonymous said...

Menteri memang selalu bagi jawapan bodoh. Tu dalam AP rega keta kata RM40k yang pi juai sampai RM100k tu ape hal.

Cek tengok berapa orang menteri pakai keta national..Patriotik konon..

Anonymous said...

kalo tak bodoh..takkan jadi menteri. cerdiknya part putar belit saja supaya rakyat angguk2 sudah...tak yah pk lebey2

Anonymous said...

Tu la masalahnya jadi Menteri Burung Kakak Tua nie, main baca je tapi HARAM JADAH tak reti apa yag dia baca.

Cuba bukak laman web Honda.com.my pegi tengok harga antara kat Labuan yang free duty ngan Negri lain ada beza ke tak??

Harga Honda City kat semenanjung RM 85,480.00.

Harga Honda City spec yang sama di Labuan (free duty) RM 58,480.00.

Tak kebeza nak cecah RM30,000.00. Sebab apa jadi macam tu? sebab cukai KERAJAAN la BODOH!

APA LA NASIB MALAYSIA ADA MENTERI BODOH MACAM NIE.

-wakleman

Anonymous said...

setuju ngan anoymous 2:10,nape beza harge kete sampai RM30,000.00 utk kete jenis Honda City kt semenanjung,mmg puak2 kerajaan semua ni nak mampuskan rakyat,dia sorang je nak idup senang,gua respek ngan negara Thailand,peniaga dia semua..wlaupun berniaga kecil-kecilan spt menjual brg2 plastik yg berharga singgit satu,tp dia orang semua peniaga kt sana leh pkai kete hilux baru,mmg kelas gua cakap luu..x mcm peniaga kite kt malaya ni setakat pakai van vannet buruk jerr...sbbnya kete kt tmp dia orang
mmg murah jauh dpd harga kete kat tempat kite malaya tanah air ku,nape jdik mcm tu yee...fikirkan lah..

Anonymous said...

Nak harga kereta baru turun, undi PR.
Nak 'polisi gaji minima', undi PR.
Nak unit rumah rakyat lebih besar, undi PR.
Nak rumah lebih murah, undi PR.
Nak rakyat audit akaun Petronas & Khazanah Nasional, undi PR.
Nak tebus maruah Malaysia dlm dunia, undi PR.
Nak peneroka Felda/Felcra/Mardi dll maju, moden & kaya seperti petani Amerika,undi PR.
Nak rakyat Malaysia Muhibbah, undi PR, Nak polis/MACC/mahkamah dll adil, undi PR.
Nak Menteri bersih, cekap & amanah, undi PR (rakyat mampu bagi gaji tinggi kpd menteri - seperti Singapura)

Pi, suruh saudara kita semua UNDI PR. Biar BN kali ini duduk disebelah bangku Pembangkang. Cinta kita utk Malaysia tak semesti cintakan Kerajaan BN. Cakap buruk terhadap Kerajaan BN tak makna kita cakap buruk tentang Negara Malaysia yg tercinta.

God bless our Country & her peace loving people. Amen

mohamad said...

Alif + Mim + Nun + Wau = SARKIS....Nak niaga btul2 susah, niaga paksa mcm ni senang, brp cpat dpt untung.....Polis pun x leh tgkp sbb diaorg niaga.....Jual belacan x de lesen, jual ganja ada lesen....P.Ramlee dah gi tahu dulu, tapi melayu ni akal lembab sikit berfikir, yg tahu lawak gila...tapi lawak yg ada MSG PENTING x sedar, melayu masih bnyk mengalamun sbb yg diangkatnya pemimpin2 bebal.... jadi mmg patut pun pemimpinnya turunkan ilmu2 yg bebal....Jadi bila dah bebal, ada nmpak org yg bijak sikit takut.....Takut yg bebal jadi Cerdik..(Umpama sebuah pulau, semua penduduknya mata buta, sorang aje yg matanya nampak sebelah, jadi dialah yg dijadikan ketua wlaupun bebal...Kalaulah semua penduduk tu dah mula celik, nampak, maka sibebal akan rasa takut)

Archive

Related Posts with Thumbnails