Thursday, October 14, 2010

Datuk Azhar! Minta Maaf.. atau akan disaman..

Sebelum itu.. Duit yang ADUN Penaga tu kumpulkan dari 40 orang warga emas sebanyak RM4000.00 itu sudah diserahkan kepada Kerajaan Negeri atau belum? Dah lama dah tu..




Adun Dato' Keramat, YB Jagdeep Singh memberitahu para pemberita bahawa ketua pembangkang dari UMNO Barisan Nasional Datuk Azhar diberi 7 hari untuk meminta maaf daripada kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dan juga kesemua warga emas. Jikalau tidak, Datuk Azhar akan dikenakan saman fitnah.

YB Jagdeep juga menegaskan tindakan saman fitnah akan juga dikenakan ke atas media yang menyiarkan berita palsu itu.


Seramai lebih kurang 50 orang warga emas dari kawasan Parlimen Jelutong hadir bersama untuk memberi sokongan kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng untuk teruskan Program Warga Emas dan Program Penghargaan Waris Warga Emas.

Perhimpunan itu diadakan di tanah lapang di Jalan Perak, Pulau Pinang pada pukul 6 petang, Rabu 13hb Oktober 2010. Ketua parti Keadilan, PAS dan DAP juga turut hadir bersama.

(if you have problems with the volume/audio, please adjust your speaker because the left side tends to be too soft and hence, appeared as no sound on some computers)

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails