Saturday, October 2, 2010

Dato Azhar juga Bodoh tak Bertempat.

Datuk Azhar Ibrahim mendakwa pihaknya tidak pernah mendesak warga emas di Pulau Pinang agar memulangkan wang ihsan RM100 yang diterima mereka ekoran dakwaan Umno bahawa dananya bersumberkan hasil judi.

“Mereka (Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang) ini tidak tahu pucuk pangkal, sebab itu pakai cakap sahaja.

“Apa yang kita bangkitkan adalah isu tabung wang ihsan bukan soal gaji wakil rakyat, mereka ini bodoh tidak bertempat.

“Kalau nak cabar kita pulangkan gaji dan elaun bagaimana dengan kakitangan awam di negeri ini? Bukankah mereka juga patut pulangkan wang itu?

Memang apa yang dibangkitkan oleh Dato Azhar ialah isu wang ihsan yang kononnya sumber bagi wang tersebut ialah hasil judi.

Dan 11 ADUN UMNO di Pulau Pinang telah didesak untuk memulangkan wang gaji mereka kerana sumbernya juga diragui kerana merekalah golongan yang beria-ia menyebarkan cerita kononnya sumber dari wang ihsan itu ialah hasil judi dan ianya adalah haram bagi mereka.


Jadi kenapa mereka tidak boleh menyerahkan kembali wang gaji mereka yang sumbernya juga bercampur dengan hasil cukai judi jika golongan warga emas yang telah menerima wang ihsan itu dihasut dan ditipu oleh mereka agar menyerahkan kembali wang ihsan itu? Tunjukkanlah tauladan buat semua warga emas Pulau Pinang, tunjukkan kepada seluruh warga emas itu bahawa mereka juga tidak reda untuk menerima wang gaji yang bersumberkan hasil judi.

Dato Azhar memang bodoh kerana mengaitkan pula dengan kakitangan awam di Pulau Pinang kerana yang mempersoalkan halal atau haram sumber wang tersebut ialah beliau dan kawan-kawannya bukannya kakitangan awam.

Jika Dato Azhar mendakwa Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang bodoh tak bertempat apa yang jelas disini ialah sebagai orang tua beliau ternyata lebih bodoh tak bertempat kerana cuba mengaitkan pula kakitangan awam di Pulau Pinang..


Wang Ihsan: Umno nafi bersandiwara, tidak ‘dalangi’ warga emas
Oleh Syed Mu’az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 2 Okt — Sambil menafikan Umno Pulau Pinang bersandiwara, setiausahanya menyifatkan Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat negeri itu sebagai “bodoh tidak bertempat” apabila mencabar kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno memulangkan gaji dan elaun wakil rakyat kerana terus-menerus mempertikaikan ‘kesucian’ wang ihsan.

Datuk Azhar Ibrahim juga mendakwa pihaknya tidak pernah mendesak warga emas di Pulau Pinang agar memulangkan wang ihsan RM100 yang diterima mereka ekoran dakwaan Umno bahawa dananya bersumberkan hasil judi.

“Mereka (Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang) ini tidak tahu pucuk pangkal, sebab itu pakai cakap sahaja.

“Apa yang kita bangkitkan adalah isu tabung wang ihsan bukan soal gaji wakil rakyat, mereka ini bodoh tidak bertempat.

“Kalau nak cabar kita pulangkan gaji dan elaun bagaimana dengan kakitangan awam di negeri ini? Bukankah mereka juga patut pulangkan wang itu?,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

ADUN Penaga itu juga berkata, pihaknya tidak pernah mendesak warga emas di negeri itu untuk memulangkan semula wang ihsan tersebut.

“Kita tidak suruh mereka pulangkan, malah pemimpin lain juga tidak berbuat demikian.

“Tiada siapa yang paksa mereka, mereka sendiri yang nak pulangkan wang itu,” katanya.

Tambahnya, semalam sembilan orang warga emas telah memulangkan wang ihsan tersebut di Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Penaga.

Awal pagi semalam, Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang mencabar kesemua 11 Adun Umno negeri itu agar memulangkan gaji dan elaun wakil rakyat mereka jika serius mahu menyelamatkan umat Islam daripada menerima wang ihsan yang mereka dakwa sebagai dana bersumberkan hasil judi.

Cabaran itu dibuat rentetan kenyataan Azhar kelmarin bahawa 40 warga emas dalam kawasan beliau telah memulangkan wang ihsan RM100 seorang kepada warga emas.

Semalam kerajaan negeri menyifatkan tindakan Azhar itu sebagai sandiwara untuk menyerang pentadbiran PR.

Kenyataan yang ditandatangani Setiausaha Angkatan Muda Keadilan Syed Mikael Rizal Aidid, Setiausaha Pemuda Sosialis DAP negeri Ng Wei Aik dan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Md Noor Harun itu turut menyelar Umno Pulau Pinang yang memperalatkan warga emas bagi mencapai cita-cita politik murahan mereka.

“Umno sepatutnya mendapatkan kenyataan sebenar mengenai sumber penggunaan wang penghargaan kepada warga emas sebelum membuat dakwaan yang berunsur fitnah dan bohong,” kata kenyataan itu.

Dalam kenyataan itu, mereka juga menyifatkan tindakan Azhar sebagai satu tindakan terdesak Umno bagi mendapatkan kembali sokongan rakyat negeri ini, khususnya majoriti masyarakat Melayu yang ternyata sudah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap mereka.

Dakwaan kerajaan negeri menggunakan sumber dari punca judi bagi menghargai warga emas melalui pemberian wang ihsan RM100 dan juga program miskin tegar telah dibangkitkan oleh Ketua Pemuda Umno Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang juga Ketua Penerangan Umno pusat pertengahan bulan lau.

Kerajaan negeri juga didakwa menggunakan wang dari dana Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang sebagai sumber kepada pemberian wang penghargaan tersebut.

Di sebalik dakwaan tersebut Ketua Menteri, Lim Guan Eng semasa bercakap kepada media pada 25 September di Teluk Air Tawar, turut menyifatkan dakwaan tersebut sebagai satu fitnah dan pembohongan yang cuba ditimbulkan oleh Umno di Pulau Pinang.


The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails