Monday, October 11, 2010

Chua Soi Lek Persoal ekuiti Bumiputera

Mana PERKASA? kenapa diam seribu bahasa?? Tak nak buat Demo pula ka?

KUALA LUMPUR, 10 Okt — Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini mengulangi keperluan untuk kerajaan menyemak semula sasaran 30 peratus ekuiti Bumiputera sejajar dengan Plan Transformasi Ekonomi (ETP).

Beliau berkata ini juga bagi membolehkan kek ekonomi negara terus berkembang dan mencapai sasaran pertumbuhan pendapatan tinggi sebanyak enam peratus setiap tahun.

Beliau berkata 12 sektor ekonomi utama di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) termasuk minyak dan gas dan telekomunikasi, juga perlu diliberalisasikan.

Bercakap kepada pemberita selepas berakhirnya perhimpunan agung tahunan ke-57 MCA di Wisma MCA di sini, Dr Chua berkata elemen berkenaan amat penting untuk melonjakkan ekonomi negara menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi.


“Setiap warga Malaysia adalah pemegang kepentingan dalam negara ini. Jadi apabila wujud pertumbuhan ekonomi yang baik, setiap orang akan mendapat sekeping daripada kek ekonomi itu.

“Bagaimanapun jika kita tidak berupaya meliberalisasi dan mencapai pertumbuhan ekonomi yang baik, maka kek ekonomi dan kepingannya yang akan kita peroleh akan menjadi sangat terhad,” katanya.

Bagaimanapun, Dr Chua menegaskan bahawa ini tidak bermakna “merompak Ali untuk membayar Ah Chong atau sebaliknya”.

Ditanya sama ada parti itu bersedia untuk tidak sependapat dengan Umno berhubung isu nasional tertentu, Dr Chua berkata MCA, sebagai parti politik mono etnik dalam sebuah negara majmuk, harus sentiasa perlu menerima kepelbagaian politik dalam semua parti, namun begitu kepentingan nasional perlu mengatasi kepentingan parti.


Bernama

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails