Friday, October 22, 2010

Cadangan Menghalau Melayu dari Kg. Baru?

Tidakkah cadangan dari Perwakilan Umno Wilayah Persekutuan yang mahu kerajaan memikirkan untuk membangunkan projek Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat di Kampung Baru sebagai mercu tanda orang Melayu ini jelas untuk menghalau Melayu keluar dari Kampung Baru?

Sudahlah dihalau keluar didirikan pula mercu tanda ataupun nisan bagi Kampung Baru yang majoriti penduduknya orang Melayu..

Jika cadangan untuk membangunkan tanah yang melibatkan Kampung Melayu di laksanakan di Pulau Pinang maka terpekik terlolong umpama dirasuk polong pejuang-pejuang bangsa itu menjerit "DAP Menghalau Melayu dari Kampung Melayu.." tapi bila dilakukan oleh mereka sendiri tidak mengapa...

Umno KL mahu menara Warisan Merdeka dibina di Kg Baru




Oleh Syed Mu’az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 22 Okt — Perwakilan Umno Wilayah Persekutuan mahu kerajaan membangunkan projek Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat di Kampung Baru sebagai mercu tanda orang Melayu.


“Saya mencadangkan memohon fikir menara Warisan Merdeka 100 tingkat ini dinaikkan di tengah-tengah tanah orang Melayu

“Permodalan Nasional Berhad ada 220 ekar tanah, 203 ekar 10 peratus adalah orang Melayu akan setuju jika menara Warisan Merdeka ini menjadi mercu kejayaan orang Melayu di tanah Melayu,” kata Datuk Johari Abdul Ghani ketika membahaskan usul ekonomi pada Perhimpunan Agung Umno 2010 hari ini.

Dalam Bajet 2011 yang dibentangkan di Parlimen Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembinaan projek bersepadu Warisan Merdeka dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015.

Warisan Merdeka akan menjadi menara tertinggi di Malaysia. Projek itu akan mengekalkan Stadium Merdeka dan Stadium Negara sebagai warisan negara.

Projek itu bagaimanapun ditentang hebat pelbagai pihak, terutama pemimpin Pakatan Rakyat.

“KLCC (Pusat Konvensyen Kuala Lumpur) kini membangun dan tanah di KLCC mahal, Menara Warisan Merdeka ini saya percaya seluas 220 ekar ini pada 10 tahun hingga 40 tahun akan datang ia akan jadi harta tidak ternilai oleh orang Melayu,” kata Johari lagi.

Kampung Baru mempunyai keluasan 122.93 hektar dan berdasarkan penilaian yang dilakukan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta pada Mac 2007 membabitkan 54.4 hektar, kadar yang ditetapkan bagi satu kaki persegi untuk tanah kediaman ialah antara RM270 hingga RM300 dan RM500 hingga RM600 untuk satu kaki persegi bagi tanah perdagangan.

Kawasan Kampung Baru meliputi tujuh buah kampung dengan keluasan 90.2 hektar dan berusia 110 tahun. Ia kini mempunyai 35,000 penduduk.

Terdahulu ketika membentangkan usul ekonomi, Timbalan Pengerusi Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, projek-projek besar termasuk pembinaan bangunan pencakar langit cukup penting untuk menjana pertumbuhan ekonomi dan menyediakan infrastruktur kelas pertama.

Dalam usulnya, Timbalan Menteri Kewangan ini juga meminta rakyat tidak tertipu dengan pembangkang yang didakwanya tidak mahu melihat ekonomi negara ini maju.

“Kita jangan tertipu dengan pembangkang kerana mereka memang tidak mahu melihat kadar pertumbuhan ekonomi kita tinggi, sebab itu mereka hasut rakyat untuk benci pada kejayaan,” katanya.

Beliau yang juga anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno berkata, “perlu diingatkan, di negara-negara maju tidak ada pun orang yang mempersoalkan projek-projek besar.”


The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails