Monday, October 25, 2010

BN salah guna jentera kerajaan

GUA MUSANG - Pas mempersoalkan kewujudan jabatan kerajaan, pasukan tentera dan berpuluh-puluh bendera Barisan Nasional (BN) di kawasan perkampungan Orang Asli di pusat mengundi Pos Hua.

Penasihat Pilihan Raya Kecil DUN Datuk Wan Abdul Rahim mendakwa tindakan ini adalah serupa dengan menggunakan pelbagai jabatan kerajaan di Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai yang berpusat di Kuala Krai.

Menurutnya, Pas sendiri tidak menggunakan sebarang jentera Kerajaan Negeri dan bendera parti dalam usaha untuk memperkenalkan calon parti kepada masyarakat Orang Asli.


“Cuba anda lihat Dr Zulkefli sendiri tidak menggunakan logo Pas dalam lawatannya hari ini (semalam), tetapi pihak lawan lain pula ceritanya,” katanya ketika ditemui media, semalam.

Beliau turut mempersoalkan mengapa Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) dipergunakan untuk kepentingan politik BN, sedangkan Pas tidak menggunakan jentera kerajaan negeri Kelantan dalam berkempen.

Menurutnya, pihaknya tidak terkejut dengan penyalahgunaan ini kerana di pilihan raya yang lalu, BN turut menggunakan taktik yang sama dalam memancing undi.

“Sebagai contohnya di Kampung Ladui, JKOA sudah berkampung di sana hampir dua minggu, menyediakan makan minum, tempat tinggal dan sebagainya.

“Kononnya untuk mendapat undi bagi pihak BN, ini satu daripada tindakan oleh pihak lawan yang memperalatkan jabatan kerajaan untuk untuk mendapat undi,” katanya.

Menurutnya, kehadiran calon Pas telah memberikan gambaran kepada pengundi Orang Asli tentang peribadi bakal pemimpin mereka kerana calon tersebut hadir bersalaman dengan masyarakat.

“Kita sempat hadir dalam jamuan anjuran JKOA tersebut, Dr Zul sempat bersalam dengan pengundi dan juga petugas JKOA itu sendiri.

“Ada pihak yang bertanya mana calon BN? calon Pas sudah ada, oleh yang demikian kita yakin pengundi Orang Asli ini tahu parti mana yang mereka akan undi,” katanya.


Sinar Harian

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails