Friday, October 15, 2010

Biarpun ada elemen RASUAH, Tren tetap dibeli

Menteri Pengangkutan dalam jawapan bertulisnya menggesahkan bahawa pembelian tren elektrik tersebut akan tetap dibuat meskipun Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) dalam mesyuarat Julai lalu memutuskan bahawa wujud alasan untuk disiasat wujudnya amalan rasuah dalam perjanjian tersebut.

Alasan kementerian beli tren elektrik memalukan
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 15 Okt: Alasan Kementerian Pengangkutan bahawa pembelian tren elektrik bernilai RM1.8 bilion dari China diteruskan kerana surat tawaran (LOA) telah dikeluarkan adalah memalukan, kata Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan kementerian tersebut meneruskan pembelian tersebut walaupun kontraknya masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"LOA yang sudah dikeluarkan tidak seharusnya dijadikan alasan," katanya dalam satu sidang media di lobi Parlimen, semalam.

Beliau, Selasa lalu meminta Menteri Pengangkutan menyatakan sama ada akan meneruskan perolehan 38 unit Electric Multiple Unit (EMU) 6 koc untuk KTMB dari China, setelah pihak SPRM mengesahkan memulakan siasatan tentang dakwaan perbezaan harga yang melampau mengakibatkan kerugian wang rakyat sebanyak RM500 juta.


Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha dalam jawapan bertulisnya menggesahkan bahawa pembelian tersebut akan tetap dibuat meskipun Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) dalam mesyuarat Julai lalu memutuskan bahawa wujud alasan untuk disiasat wujudnya amalan rasuah dalam perjanjian tersebut.

PAC seterusnya telah meminta secara rasmi SPRM menjalankan siasatan rasuah ke atas pembelian tren elektrik tersebut.

Kong memberi alasan bahawa pembelian tersebut diteruskan memandangkan Kementerian Pengangkutan telah mengeluarkan LOA kepada syarikat dari Cina, Zhuzhou Electric Locomotive Co Ltd untuk membeli 38 unit enam koc Electric Multiple Unit (EMU) dengan harga RM48 juta sebuah.

Dzulkefly turut mengingatkan kerajaan mengenai satu insiden lain apabila kerajaan membatalkan pembelian lapan tren berenjin diesel dari Sepanyol untuk digunakan dalam perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu (KTM) walaupun LOA mengenainya sudah dikeluarkan.

"Pembelian itu dibatalkan walaupun perjanjian sudah ditandatangani dan mantan Menteri Pengangkutan pada ketika itu juga mengalu-alukan tindakan PAC menjalankan siasatan terperinci mengenai pembatalan pembelian tersebut.

"Kita juga ingin mengingatkan projek dwi landasan elektrik Ipoh-Padang Besar dan Seremban-Johor Bahru yang diluluskan oleh Tun Dr Mahathir tetapi dibatalkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi," katanya.


Harakah Daily

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails