Wednesday, October 27, 2010

Belanja urus Server PERKESO RM30 Juta?

Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengambil keputusan menangguhkan pembinaan Pusat Pemulihan Bencana (DRC) bagi pemprosesan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sehingga projek menaik taraf pengkomputerannya dilaksanakan.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2009, keputusan itu ekoran server yang digunakan bukan teknologi terkini dan ia melibatkan perbelanjaan pengurusan yang tinggi.

"Pihak audit dimaklumkan DRC tidak disediakan kerana server AS/400 bukan merupakan teknologi yang terkini dan ia melibatkan perbelanjaan pengurusan server yang tinggi sehingga mencecah RM30 juta," laporan yang dikeluarkan semalam itu dipetik.


Sehubungan itu, Perkeso disyorkan memberi tumpuan kepada prosedur sandaran dan pemulihan bagi memastikan operasinya tidak terjejas sekiranya berlaku sesuatu bencana.

"Perkeso memaklumkan sedang dalam proses penyediaan pelan pemulihan bencara secara keseluruhan mengikut kesesuaan persekitaran Perkeso.

"Keperluan menyediakan pelan pemulihan bencana yang komprehensif akan diambil kira dalam pelaksanaan projek ICT tersebut," demikian menurut laporan itu.

Risiko tukar nombor akaun bank

Sementara itu, pemeriksaan audit juga mendapati dua unit kamera di bilik server tidak berfungsi dan gagal merakam pergerakan di pintu hadapan dan belakang.

Manakala rakaman gambarnya pula didapati hanya disimpan selama sepuluh hari.

Sehubungan itu, menurut laporan itu lagi, tender perolehan bagi pembangunan sistem pengkomputeran secara secara menyeluruh pada 6 Ogos dan & September 2007 bagi "mengatasi masalah sistem yang telah usang" dikeluarkan.

Setelah Perkeso membatalkannya tender tersebut berikutan kesilapan teknikal, kementerian kewangan memutuskan melantik Precision Portal Sdn Bhd secara rundigan terus dengan harga kontrak berjumlah RM152.95 juta.

Bagaimanapun, menurut laporan itu, kementerian kewangan kemudiannya pada 10 Ogos tahun lalu membatalkan lantikan itu dan meminta pelaksanaan pembangunan projek yang dinamakan ICT Core System Perkeso itu secara tender terbuka.

Sementara itu, pihak audit juga mendapati terdapat kelamahan dalam mengemaskini maklumat penerima bayaran dan percetakan waran, yang antaranya boleh meningkatkan risiko "tiada kawalan keselamatan dalam sistem kerana pegawai mempunyai capaian sepenuhnya ke pengkalan data".

Ia didapati "membolehkan penukaran maklumat penerima seperti mengaktifkan status penerima yang meninggal dunia, menambah maklumat penerima pencen atau menukar nombor akaun bank", kata laporan itu.

Sementara itu, laporan maklum balas daripada pihak perbendaharaan negara menjelaskan, Perkeso bercadang mewujudkan fungsi ICT yang khusus bawah kawal selia bahagian perbendaharaan bawah cadangan penstrukturan semula bahagian dan fungsi-fungsi ICT lain Perkeso.

Kajian penstrukturan semula organisasi dan perjawatan ICT dijadual siap sebelum 15 Oktober 2010.

Menurut laporan maklum balas itu, Perkeso mengambil kira sistem sedia ada dalam pembangunan projek ICT selaras dengan perancangan strategik ICT Perkeso bagi tempoh 2007 hingga 2011.


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails