Saturday, October 9, 2010

Azmin takut Nurul Izzah bertanding Timbalan Presiden

"Azmin Ali secara sinis berpendapat bahawa PKR akan dikritik sekiranya Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mahu merebut jawatan nombor dua berkenaan pada pemilihan bulan depan."

Apa yang nak dihairankan sangat dengan kritikan.. selama inipun PKR sering menjadi sasaran kritikan lagipun dalam politik kita tak boleh elak dari dikritik.

Selama inipun memang PKR dikatakan 'dinasti keluarga', Ayah Ketua umum emaknya pula Presiden.. dan ada juga yang menggelar PKR ini sebagai Parti "3A".. Anwar, Azizah dan Azmin...

Azmin sebenarnya cuba menyembunyikan ketakutannya disini, ya lah.. andaikata Nurul Izzah bertanding sebagai Timbalan Presiden kita pasti akan melihat MP-MP yang telah membodek Azmin dengan melafazkan ikrar sokongan mereka kepada Azmin pasti akan mengalih sokongan mereka kepada Nurul Izzah pula..

Lagipun MP-MP itu menyokong Azmin hanya kerana Azmin dikatakan rapat dengan Anwar, jadi kalau Nurul bertanding.. Nurul memang kita ketahui lebih rapat dengan Anwar kerana beliau adalah anak Anwar sendiri.. pasti MP-MP itu akan menyokong Nurul pula...


Sabtu Oktober 9, 2010
PKR Akan Dikritik Jika Nurul Izzah Rebut Jawatan Timbalan Presiden - Azmin

KUALA LUMPUR: Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali secara sinis berpendapat bahawa parti itu akan dikritik sekiranya Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mahu merebut jawatan nombor dua berkenaan pada pemilihan bulan depan.

Azmin yang merupakan Naib Presiden PKR berkata bahawa beliau tidak terkejut jika parti itu dituduh sebagai 'dinasti keluarga' kerana dalam politik kritikan demi kritikan tidak dapat dielakkan.

“Dalam politik kita tak boleh elak dari dikritik. Kita kena menjelaskan penglibatan Nurul Izzah dalam parti tetapi apa yang saya tahu, saya tetap menerima apa jua keputusan," katanya di sini, Jumaat.

Seorang lagi calon Timbalan Presiden, Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan bahawa beliau sanggup berundur daripada pertandingan itu sekiranya Nurul Izzah menawarkan diri merebut jawatan tersebut.

Katanya, anak sulung Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mempunyai pencalonan yang cukup untuk menawarkan diri bertanding.

Bagaimanapun, Nurul Izzah memberitahu The Malaysian Insider yang beliau akan membuat keputusan Ahad ini selepas berbincang dengan 'kepimpinan parti'.

Dalam pada itu, Azmin mendakwa, isu nepotisme dan kronisme tidak timbul dalam parti berkenaan memandangkan Nurul Izzah berhak bertanding jawatan berkenaan.

“Tiada isu nepotisme dan kronisme dalam PKR. Nurul Izzah telah banyak memberikan pendapat bernasnya dalam banyak isu, dia adalah aset parti. Semasa ayahnya dipenjara, dia banyak menyumbang kepada parti.

“Nurul Izzah ada pengaruh yang kuat di kalangan generasi muda," jelasnya.

Bagaimanapun, tegas Ahli Parlimen Gombak itu, menjadi tanggungjawab wanita muda itu memastikan sama ada dirinya sudah 'bersedia' bagi menjawat jawatan penting berkenaan.

“Mengenali Izzah, dia akan berbincang dengan pimpinan sebelum membuat sebarang keputusan.

Perebutan jawatan nombor dua dalam PKR itu merupakan yang paling panas sehingga menyebabkan dalaman parti berusia 12 tahun itu kelam-kabut ekoran pelbagai tuduhan dan tohmahan dilemparkan pelabagi pihak yang dicalonkan.

Azmin kini mendahului senarai pencalonan dengan 102 diikuti Zaid (38) dan seorang lagi Naib Presiden, Mustaffa Kamil Ayub (17).

Nurul Izzah popular dengan gelaran 'Puteri Reformasi' sepanjang peristiwa pemecatan, tangkapan dan tuduhan rasuah serta liwat ke atas ayahnya, Anwar sebelum merampas kerusi Lembah Pantai pada Pilihan Raya Umum 2008.


mStar Online

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails