“Wahai Tuhan ku, dan kerana Engkau adalah ahli yang menepati janji dan kebenaran, maka ampuni dan kasihanilah dia, sesunguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Mengasihani.”
Che Mat Bin Hashim ataupun lebih dikenali dengan gelaran Pak Tam telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Besar Pulau Pinang pada jam 10.30 malam 05 October 2010 bersamaan dengan 26 Syawal 1431 Hijrah pada usia 63 tahun kerana jangkitan kuman pada paru-parunya.Allahyarham telah meninggalkan seorang balu dan juga sebelas orang anak.
Proses untuk membawa pulang jenazah Allahyarham telah dipercepatkan hasil daya usaha TKM1 Pulau Pinang Datuk Mansur Othman yang turut hadir ke Hospital pada jam 12:00 tengah malam.
Jenazah Allahyarham telah dibawa keluar dari Hospital Besar Pulau Pinang pada jam 12:42 tengah malam selepas segala proses dokumentasi selesai dan tiba diperkarangan rumahnya di Sungai Semambu, Bukit Mertajam pada jam 1:08 pagi dengan diiringi oleh TKM1 Pulau Pinang Datuk Mansur Othman.
Pemergiannya ini merupakan satu kehilangan yang amat besar buat PKR khususnya di kawasan Permatang Puah.
Allahyarham merupakan mantan Timbalan Ketua Cabang Permatang Pauh yang disegani dan dihormati oleh warga PKR Permatang Pauh .
Allahyarham adalah individu yang mempunyai semangat juang yang tinggi dan cekal dalam perjuangan disamping mempunyai sifat kepimpinan yang terpuji.
Atas panggilan Illahi, dia telah kembali menemui-Nya. Bersamalah kita turut mendoakan agar rohnya ditempatkan oleh Allah SWT bersama orang-orang soleh.
Jenazah Allahyarham dijangka di sembahyangkan di Masjid Kubang Semang selepas waktu Zohor dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kubang Semang.
AL- FATIHAH buat Allahyarham….
Ribuan terima kasih dari keluarga Allahyarham kepada TKM1 Pulau Pinang yang telah membantu dan juga sudi mengadakan majlis tahlil buat Allahyarham pada jam 1:25 pagi..



2 comments:
Salam
Terima kasih di atas ucapan dan keprihatinan saudara.Maaf saya ingin membuat pembetulan bahawa abah saya(Allahyarham che mat)meninggal dunia pada hari Selasa 05 Oktober 2010 pada jam 10.30 malam bersamaan 26 Syawal 1431 Hijrah.Di sini saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir menziarahi Allahyarham ketika hayatnya dan juga sewaktu pemergiannya.Satu kehilangan yang amat dirasai oleh kami sekeluarga terutama emak,adik dan saya anak yang rapat dengannya.Andai kata allahyarham ada melakukan kesilapan mohon maaf saya pinta bagi pihaknya dan doakanlah moga Allahyarham tenang di sana...amin
Sila tarikh la pulak dah.. aku betulkan..
Post a Comment