Saturday, October 9, 2010

60 lagi Warga Emas pulangkan wang ihsan... tapi kepada siapa?

Seramai 60 lagi warga emas dari Balik Pulau yang menerima wang ihsan sebanyak RM100 daripada kerajaan negeri, hari ini bertindak memulangkan semula wang itu kerana sumbernya diragui mereka.

Apa yang berbeza pada majlis kali ini ialah, sidang media diadakan kononnya untuk memulangkan wang ehsan tersebut, tetapi tidak dinyatakan dipulangkan kepada siapa.. adakah dipulangkan kepada Dr Hilmi Yahya pula?

Antara pemimpin-pemimpin UMNO yang sebelum ini telah mengumpulkan wang dari warga emas itu ialah.. Datuk Azhar telah mengumpulkan RM4000.00, Datuk Abdul Rahim Saibu pula RM7000.00 dan Datuk Musa Sheikh Fadzir pula RM4700.00..

Sehingga kini mereka dari UMNO ini masih belum menyerahkan wang ehsan yang dikutip dari warga emas yang diperdayakan mereka kepada kerajaan negeri Pulau Pinang..

Bermula dari 29 September, dalam satu majlis khas di Pusat Khidmat ADUN Penaga Datuk Azhar Ibrahim, seramai 40 warga emas dan golongan miskin tegar di negeri ini, dilaporkan telah mengembalikan wang RM100 yang mereka terima daripada kerajaan negeri kepada Datuk Azhar.- berita penuh di SINI


Kemudiannya pula di Gorgetown Berita Harian melaporkan pada 2 Okt , dalam satu siding media yang dibuat oleh Ketua Umno Bahagian Bayan Baru Datuk Abdul Rahim Saibu, seramai 70 lagi warga emas dari Bayan Baru telah memulangkan semula wang ehsan RM100 yang diterima dari kerajaan negeri - Berita penuh di SINI

Dan pada 2 Oktober juga, Utusan melaporkan Seramai 47 orang lagi penerima bantuan program membasmi miskin tegar dan wang ihsan RM100 daripada kerajaan negeri memulangkan semula wang tersebut, 27 daripada mereka menyerahkan wang berkenaan pada majlis Aidilfitri anjuran Kemas manakala 20 lagi berbuat demikian di pejabat UMNO Bahagian Bukit Mertajam diserahkan kepada Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir.- Berita penuh di SINI

Berita berkaitan

60 lagi warga emas pulangkan wang ihsan P Pinang
08/10/2010 5:09pm

BALIK PULAU 8 Okt. - Seramai 60 lagi warga emas yang menerima wang ihsan sebanyak RM100 daripada kerajaan negeri, hari ini bertindak memulangkan semula wang itu kerana sumbernya diragui mereka.

Antara mereka ialah Abdullah Aziz, 61, seorang pesara polis yang berkata tindakan kerajaan negeri memberi wang hasil perjudian iaitu daripada kegiatan Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang kepada warga emas adalah sesuatu yang memalukan.

"Tindakan kerajaan negeri itu adalah bertentangan dengan ajaran Islam kerana ia adalah wang haram dan sebagai seorang yang beragama Islam adalah wajar saya memulangkan semula duit itu.

"Kami (warga emas) rasa tertipu dan memulangkan wang ini kerana tidak mahu bersubahat dan merasakan Ketua Menteri (Lim Guan Eng) tidak menghormati prinsip Islam dan maruah diri kami,” katanya yang sangat kecewa dengan perkara berkenaan.

Beliau yang bertugas sebagai bilal di sebuah masjid di sini berkata demikian pada satu sidang akhbar yang diadakan oleh Paduka Ayahanda Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (Pewaris) cawangan Pulau Pinang, Sabaruddin Ahmad di sini hari ini.

Turut hadir pada sidang akhbar berkenaan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Teluk Bahang yang juga Ketua UMNO bahagian Balik Pulau, Datuk Dr Hilmi Yahya.


Bernama

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails