Thursday, September 16, 2010

Wanita Keadilan & Muslimat PAS Adakan Majlis Tahlil Untuk Sosilawati W

Wanita KEADILAN, Dewan Muslimat PAS Adakan Majlis Tahlil Untuk Sosilawati

Seramai lebih 50 anggota Wanita KEADILAN dan Dewan Muslimat Gombak mengadakan majlis bacaan yasin dan tahlil di kediaman jutawan kosmetik Allahyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya di Taman Harmonis pagi tadi.

Rombongan Wanita KEADILAN diketuai Ketua Wanita Selangor, Haniza Talha yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Taman Medan manakala Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Ustazah Nuridah Salleh mengetuai rombongan Dewan Muslim.


Mereka tiba di kediaman Alllahyarhamah kira-kira pukul 10.45 pagi dan kemudian mengadakan bacaan yasin dan tahlil di ketuai oleh Ustazah Nuridah.

Haniza dalam ucapan ringkas beliau berkata Wanita KEADILAN mendoakan agar ahli keluarga Allahyarham menguatkan semangat untuk meneruskan kehidupan.

"Walaupun siasatan DNA oleh pihak polis belum konklusif namum kita mendoakan yang terbaik dan sudah tentunya ada rahmat disebalik apa yang berlaku," kata Haniza.

Nuridah pula berpesan kepada anak-anak Allahyarhamah agar sentiasa mengingati Allah dan mengerjakan suruhanNya supaya hidup lebih tenang dan selamat," kata beliau.

Selasa lalu Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali mengunjungi keluarga Allahyarhamah Sosilawati.

Suara Keadilan

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails