Sunday, September 5, 2010

Timbalan Presiden PKR: Siapa Berjaya, Siapa Tersingkir??



Cakap-cakap mengenai pemilihan parti untuk jawatan pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) kian memuncak.

Di sana-sini, calon-calon yang menawarkan diri bertanding, pola hampir serupa dengan sistem yang diamalkan gerombolan Umno-APCO, diguna pakai bagi menentukan pemimpin yang layak mengemudi PKR untuk tahun mendatang.

Bezanya dengan parti makin reput itu yang mengamalkan sistem G10 ke persidangan agung tahunannya, PKR mengamalkan sistem terbuka, di mana setiap ahli layak mengundi pemimpin yang dirasakan layak memegang jawatan yang dipertandingkan.

Dengan Anwar awal-awal lagi mengumumkan secara terang beliau tidak merestui pemimpin-pemimpin yang banyak berpaut di bawah kekuasannya, kini nama-nama besar bakal muncul menggantikan generasi pertama dan kedua gelombang reformasi.

Jawatan yang paling menarik tumpuan pastinya kerusi Timbalan Presiden PKR yang dijangka bakal dikosongkan Syed Husin Ali berikutan faktor kesihatan dan komitmen keluarga. Syed Husin kini berusia 74 tahun.

Dikepalai Azmin Ali dan Mustafa Kamil Ayub, Zaid Ibrahim mencelah menentukan nasibnya dalam pesta merebut bukan sahaja kerusi No 2 tetapi yang lebih penting, siapa jeneral Anwar paling kanan yang disandarkan harapan memikul agenda reformasi gelombang ketiga ke Putrajaya nanti!

Atas kertas, Azmin tampak berpeluang cerah tetapi jangan dilupa Zaid yang dikatakan "disabotaj" Azmin selaku Pengarah Pilihanraya Parlimen Kecil Hulu Selangor April lalu bakal menyukarkan laluan Azmin!

Tetapi Zaid dengan berbekalkan mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjaga hal undang-undang, diramal membuat kejutan sekiranya beberapa nama besar lain berpihak kepadanya secara "regu dalaman".

Regu dalaman bermaksud, sekiranya Zaid bertanding jawatan Timbalan Presiden, salah seorang calon Naib Presiden yang bertanding akan memberikan sokongan kepadanya dan begitulah sebaliknya.

Meskipun Zaid diramal akan bersekutu dengan Tian Chua yang merebut jawatan Naib Presiden, kekuatan Azmin pula terletak bukan sahaja Anwar Ibrahim, tetapi regunya yang dijangka sama ada Fuziah Salleh atau nama yang tidak mahu disebutkan di sini.

Barangkali, Azmin perlu juga membuktikan dirinya "bersih" terutama dakwaan "sabotaj dalaman" hingga menyebabkan Zaid kalah di Hulu Selangor dulu.

Sememangnya jelas Azmin tidak mahu Zaid menjadi "orang No 2" Anwar. Setelah Ezam Senatak "disingkirkan", tiada nama besar muncul menggugatnya hinggalah Khalid Ibrahim dilantik Anwar menjadi MB Selangor dan Zaid menyatakan PKR pilihannya setelah keluar dari Umno-APCO!

Mustafa Kamil antara penggerak awal PKR tetapi keberkesanannya dalam soal pentadbiran belum benar-benar diuji. Bakal turun selaku "underdog", pastinya Mustafa mengharapkan Wan Azizah menyokongnya sebagai calon terakhir "warisan reformasi 1998" yang masih setia bersama parti.

Apapun, baik Azmin, Zaid atau Mustafa, sebenarnya ia ujian maha besar buat Pakatan Rakyat yang makin diterima seluruh rakyat Malaysia. Ujian asid tahap pH4 ini bakal menentukan hala tuju Pakatan Rakyat sama ada tenang menghadapi badai pemilihan atau Putrajaya bakal terlepas untuk digapai buat selama-lamanya!


Jalan Pulang

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails