Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Wednesday, September 8, 2010

Tengku Adnan tidak mahukan undi orang Melayu - Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR, 8 Sept – Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali mendakwa Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hanya berminat untuk mendapatkan undi masyarakat Cina berbanding orang Melayu.

“Beliau (Tengku Adnan) mahukan undi orang Cina. Beliau tidak mahukan undi orang Melayu,” kata Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas (gambar) ini kepada The Malaysian Insider hari ini.

Bagaimanapun pemimpin pertubuhan bukan kerajaan Melayu yang lantang bersuara ini enggan mengulas lanjut sambil berkata: “Tidak perlu. Ini sudah cukup.”

Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider, Tengku Adnan menegaskan partinya tidak akan menyokong Ibrahim jika bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 sebagai calon Bebas.

Sebaliknya kata beliau, Umno akan meletakkan calonnya seperti yang dilakukan masa-masa lalu di kawasan Parlimen Pasir Mas, Kelantan.

Malah beliau juga menolak tanggapan kebanyakan pihak bahawa Umno menjalin kerjasama ataupun memihak perjuangan Perkasa pimpinan Ibrahim.

Perkasa ditubuhkan dua tahun lalu, selepas pilihan raya umum Mac 2008.

“Mengapa Umno harus sokong dia? Umno patut meletakkan calon di Pasir Mas. Kami akan bertanding di Pasir Mas,” kata Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN.

Ibrahim yang dipecat dari Umno pada 2004 memenangi kerusi Parlimen pada 8 Mac 2008 menggunakan lambang PAS.

“Sebagai Setiausaha Agung (Umno) saya boleh memberitahu anda, kami tiada apa-apa kaitan dengan Perkasa dan sesetengah perkara yang dilakukan oleh Perkasa, kami tidak gembira kerana mereka menghakis sokongan kepada kami,” kata Tengku Adnan apabila diajukan soalan bahawa kebanyakan ahli Perkasa adalah dari Umno.

“Apabila mereka bercakap mengenai kawan-kawan saya kalangan Cina atau kawan saya orang India, mereka menyebabkan kami kehilangan lebih banyak undi,” katanya lagi.

Sebelum ini Perkasa pernah mengatakan bahawa sesiapa yang memusuhi pertubuhan ini tidak akan menerima sokongan dalam pilihan raya umum akan datang.


The Malaysian Insider

3 comments:

Anonymous said...

ape la pakcik sorang nih...nmpk sgt nk melayu n bangsa lain bgado!!! tak baik camtu pakcik.........bdk2je=)

Anonymous said...

Si bodoh Ibrahim Ali ini sangka bahawa dengan hanya mendapatkan sepenuhnya sokongan orang melayu maka mereka sudah dapat mempertahankan kerajaan. Walaupun dengan sokongan keseluruhan orang melayu pun kita masih belum dapat memerintah sebab negara kita terdiri pelbagai kaum yang purata nisbah adalah hampir sama. Tambahan pula pemilihan kerajaan berdasarkan konsep demokrasi iaitu pilihan suara rakyat!

Itu sebabnya perlu orang melayu lebih hebat dari kaum lain dalam pelbagai bidang dan dengan kehebatan ini kita dapat menarik sokongan dari kaum bukan melayu secara rela hati dan bukan melalui paksaan seperti ugutan, ancaman dan sebagainya!

Dah sekarang kumpulan melayu seperti UMNO dan perkasa telah tersepit antara perjuangan keistimewaan melayu dengan peluang mereka untuk memerintah malaysia!

sekali ditekankan bahawa jika orang melayu adalah kumpulan yang lebih baik dan hebat dari kaum lain dalam pelbagai bidang sudah pasti pemerintahan mereka akan berjalan lancar dengan mendapat sokongan dari kaum lain secara hati rela tanpa paksaan!

ggkanister said...

TIADA LAGI NAMA IBRAHIM ALI SELEPAS PRU13 NANTI,AMINN.....

Archive

Related Posts with Thumbnails