Tuesday, September 28, 2010

Tak reti nak bertolak ansur ka?

Kenapa perlu dikeluarkan kenyataan ni.. Survey lah dulu kekuatan sendiri..dah tak sabar sangat nak berkuasa kah? kalau dah tak sabar sangat tu, desaklah Zulkifli Nordin tu letak jawatan biar ada PRK kat Kulim tu..

Pendapat aku.. kerusi disitu memang patut diserahkan kepada pihak PAS, kerana dengan lompatnya Zulkifli Nordin, masyarakat mula meragui akan kewibawaan Calon-calon bidan terjun dari PKR terutamanya yang mendakwa sebagai teman rapat Anwar Ibrahim..


AMK ancam boikot calon Pas

SERDANG - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kulim Bandar Baharu secara terbuka mengancam akan memboikot calon Pas pada pilihan raya umum akan datang jika parti itu berterusan menuntut kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu.

Ketuanya, Mohamad Khairul Azmi Rosli berkata, jika kerusi itu diserahkan kepada Pas, pihaknya mahu diadakan pertandingan tiga penjuru melibatkan calon PKR, Pas dan Barisan Nasional (BN).

“Kami (AMK) akan boikot jika Pas meletak calon di kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu. Mereka telah mencabar dan tidak hormati kami sebagai rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat (PR),” katanya.


Menurutnya, pihaknya berasa amat kecewa dengan desakan Pas supaya parti itu diberi peluang bertanding di kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu yang pada masa ini merupakan kuota untuk PKR.

“Jika Pas masih berdegil dan meneruskan desakan untuk menyingkir PKR dari kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu, kami juga boleh melakukan perkara sama kepada calon mereka pada PRU akan datang,” katanya.

Mohamad Khairul berkata, pihaknya tidak sangka Pas begitu mudah lupa pada semua kebaikan PKR selama ini.

“Apa yang dilakukan oleh Pas adalah keterlaluan. Kami sedia akur dengan keputusan pucuk pimpinan parti yang berhak untuk menentukan siapa calon tetapi jika calon Pas bertanding di Kulim Bandar Baharu, mereka akan berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan undi daripada orang kami selepas apa yang telah mereka lakukan,”katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Yang Dipertua Pas Kawasan Kulim Bandar Baharu, Hassan Razak mengenai desakan daripada kesemua 42 cawangan Pas di kawasan berkenaan yang mahu parti itu meletakkan calon di kerusi Parlimen.

Alasannya, kata Hassan, ahli Pas kecewa dengan tindakan berpaling tadah Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin yang bertanding atas tiket PKR pada pilihan raya umum lalu sebelum mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat Bebas.

Zulkifli juga dikatakan gagal memberikan perkhidmatan yang memuaskan kepada penduduk kawasan itu selain jarang turun padang meninjau masalah rakyat.

“Saya mahu nasihatkan Ustaz Hassan supaya lupakan saja hasrat itu. Pas jangan lupa kemenangan pada PRU ke-12 juga adalah kerana sokongan ahli PKR,” katanya.

Pada pilihan raya umum lalu, Pas diberi peluang bertanding di kerusi DUN Bandar Baharu manakala PKR di kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu dan DUN Kulim.


Sinar Harian

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails