Wednesday, September 29, 2010

Speaker hantar surat kekosongan kerusi DUN Galas

KOTA BHARU 28 Sept. – Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan telah pun menghantar surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memaklumkan kekosongan kerusi DUN Galas berikutan kematian wakil rakyatnya, Chek Hashim Sulaiman semalam.

Speakernya, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, pihaknya telah memaklumkan perkara tersebut hari ini melalui sepucuk surat yang difakskan ke ibu pejabat SPR kira-kira pukul 12.45 tengah hari.

Beliau berkata, pihaknya turut menghantar surat susulan melalui pos laju selepas menerima salinan sijil kematian wakil rakyat berkenaan kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

“Kita kemudiannya terus menghantar surat kepada SPR melalui faksimili bagi memaklumkan kekosongan kerusi DUN Galas, disusuli dengan surat yang dihantar menggunakan pos laju,” katanya .


Mohd. Nassuruddin berkata, kini terpulang kepada SPR untuk menentukan bila tarikh pilihan raya kecil DUN Galas akan diadakan.


Berita semalam..

Jenazah Chek Hashim selamat dikebumi

GUA MUSANG 28 Sept. – Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Allahyarham Chek Hashim Sulaima, 46, yang meninggal dunia akibat barah paru-paru petang semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kerinting dekat sini kira-kira pukul 1.30 pagi.

Gambar : Anak-anak Allahyarham Chek Hashim Sulaima menyiram air mawar ke pusaranya di Tanah Perkuburan Kampung Kerinting, Gua Musang, semalam. – utusan/Rosni Masri

Terdahulu, jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Tengku Muhammad Faiz, Bandar Baru Gua Musang yang diimamkan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Turut hadir, kepimpinan Pas Kelantan termasuk Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohd. Nasuruddin Daud dan Naib Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Datuk Norzula Mat Diah yang juga ADUN Paloh.

Kira-kira 500? penduduk di kawasan tersebut hadir pada majlis pengkebumian tersebut.

Chek Hashim, 46, meninggal dunia di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, Kuala Lumpur kira-kira pukul 4.30 petang semalam selepas menderita barah paru-paru sejak setahun lalu.

Allahyarham dimasukkan ke hospital tersebut sejak lima hari lalu selepas mengikuti rawatan tradisional sejak 14 September lalu di sekitar Kuala Lumpur.

Chek Hashim meninggalkan dua isteri iaitu Che Bongsu Junuh dan Aida Zakaria, 49, serta 12 anak berusia antara enam bulan hingga 19 tahun.

Sementara itu, Naib Yang Dipertua Pas kawasan Gua Musang, Husin Embong berkata, ia merupakan satu kehilangan yang besar kepada penduduk di kawasan ini.

“Allahyarham telah menjalankan tugas dengan amat baik dan mesra dengan rakyat. Biarpun pernah tewas beliau tidak kecewa dan terus bekerja untuk memastikan Pas mendapat sokongan.

“Alhamdulillah hasil berkat usahanya, Allahyarham berjaya menembusi kubu kuat UMNO pada pilihan raya umum lalu," katanya.


Lidah Rasmi UMNO?

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails