Saturday, September 25, 2010

Sikap lantang Zaid wajar: Penganalisis

SHAH ALAM – Kelantangan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan wajar dan bersesuaian dengan amalan demokrasi yang diperjuangkan dalam PKR.

Penganalisis Politik, Dr Sivamurugan Pandian berkata, kritikan dilontarkan Zaid adalah sesuatu yang membina, ianya selaras dengan konsep demokrasi yang diamalkan dalam parti itu.

“Dengan suara yang beliau kemukakan juga seiring dengan amalan demokrasi mutlak yang cuba dipamerkan oleh PKR.

“Kenapa ada suara yang mengatakan Zaid terlalu lantang, sedangkan apa yang dilakukan beliau mungkin ada benarnya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, orang baru dalam parti patut diberi ruang untuk bertanding supaya mana-mana jawatan dalaman parti tidak hanya didominasi oleh kelompok reformasi sahaja.


“Sepatutnya tidak timbul isu kelantangan tetapi bila wujudnya pihak yang merasakan sokongan politik semakin ‘terhakis’, mereka menggunakan isu itu dan menganggap bahawa Zaid seolah-olah terlalu lantang mengeluarkan pendapat.

“Pemimpin itu juga harus matang dan melihat kepada amalan demokratik serta membiarkan perwakilan menentukan siapa yang layak memegang jawatan berkenaan,” katanya.

Menurutnya, tindakan itu juga menguji kematangan berpolitik dalam kalangan pemimpin yang bersaing untuk merebut jawatan dalam parti itu walaupun umum mengetahui PKR baru berusia setahun jagung.

“Apatah lagi yang baru menang dalam pemilihan parti, barangkali bersedia untuk mengemudi jentera parti dalam pilihan raya itu,” katanya.


Sinar Harian

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails