Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya buat semua...



Dalam Gema Takbir hari raya yang kini berkumandang setelah genap sebulan kita menunaikan ibadah puasa.. Alhamdulillah diucapkan kepada yang Esa keranaNya aku masih mampu menaip apa yang akau rasakan sepatutnya..

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri ini buat semua pembaca yang sudi meluangkan masa menjenguk dan membaca apa yang tertitip didalam Blog Anak Sungai Derhaka yang tidak seberapa ini..

Andaikata ada yag terasa atau terguris dengan apa yang aku titipkan,dengan rasa rendah diri ampun dan maaf aku pinta..

Pendapat kita mungkin berbeza diarena ini tetapi kita tetap bersaudara diluar sana.. kita tetap berpijak ditanah yang sama, menjunjung langit yang juga sama.. dan kita juga berada dibawah bendera yang sama..

Kita memerlukan antara satu sama lain biarpun kita tidak sependapat, lihatlah jari ditangan yang dikurniakan Allah SWT kepada kita biarpun berada didalam tubuh yang sama panjangnya adalah berbeza.. kita memerlukan kesemuanya untuk berkerja…

Itulah bukti betapa agungnya yang maha esa, yang menjadikan kita dari zat yang sama.. tetapi tetap ada perbezaannya..

Akhir kata.. di Aidil Fitri yang mulia ini sekali lagi aku menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai ada kata-kata yang menimbulkan perasaan yang tidak selesa buat saudara-saudari yang membaca..


Pantun Khas buat warga Permatang Pauh...

Aidilfitri kini menjelang tiba
Tiba bersama pemilihan Cabang
Ampun dan Maaf dipohon jika ada
Undilah Pak Tam untuk Timbalan Ketua Cabang!!

SELAMAT HARI RAYA!!!

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails