Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Thursday, September 30, 2010

PULANGKAN.. Sandiwara terbaru UMNO..

Dalam Berita Harian hari ini.. Akibat marah, kecewa dan rasa tertipu, seramai 40 warga emas dan golongan miskin tegar di negeri ini, mengembalikan wang RM100 yang mereka terima daripada kerajaan negeri baru-baru ini, yang dikatakan diperoleh daripada sumber judi..

Adakah kita yakin wang berjumlah RM4000.00 yang telah dipulangkan itu akan kembali ketangan Kerajaan Negeri atau hilang ditengah jalan..

Tapi... tak perlulah nak dihairankan sangat.. pasal Penaga tu masih boleh dikatakan kubu kuat UMNO dan kebanyakkan dari penyokong UMNO disitu ialah kelompok yang mampu melihat saja pembangunan yang dibawa oleh Pak Lah di Kepala Batas.. kerana kebanyakkan projek diluar dari kemampuan mereka..

40 pulangkan wang didakwa hasil judi

Akibat marah, kecewa dan rasa tertipu, seramai 40 warga emas dan golongan miskin tegar di negeri ini, mengembalikan wang RM100 yang mereka terima daripada kerajaan negeri baru-baru ini, yang dikatakan diperoleh daripada sumber judi.

Penduduk dari Parlimen Kepala Batas itu memulangkan wang berkenaan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Datuk Azhar Ibrahim, dalam satu majlis khas di Pusat Khidmat ADUN berkenaan di sini, semalam. Hadir sama, Ketua Penerangan UMNO Pulau Pinang, Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir.


Mereka kesal terhadap tindakan kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, yang menggunakan sebahagian daripada dana diterima daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang yang mengendalikan pertaruhan lumba kuda untuk diagihkan kepada rakyat.

Seorang penduduk dari Kampung Pulau Mertajam, Penaga, Rosnani Rashid, terkilan kerana suaminya, Osman Mahmud, 62, yang meninggal dunia pada 6 April lalu, iaitu seminggu selepas menerima RM100 menerusi program penghargaan warga emas sudah menggunakan wang itu.

Kalau kami tahu duit itu daripada sumber tidak elok seperti perjudian, sudah tentu duit itu tidak akan digunakan, katanya yang menangis teresak-esak ketika ditemui pemberita selepas majlis itu.

Sebelum ini, Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, mendedahkan kerajaan Pulau Pinang menerima sumbangan RM500,000 daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang yang mengendalikan pertaruhan perlumbaan kuda di negeri ini.

Perkara itu diperkuatkan lagi dengan bukti melalui surat rasmi Pejabat Ketua Menteri mengenai penerimaan sumbangan itu yang ditandatangani Setiausaha Sulit Guan Eng, Farida Hani M Yaacob bertarikh 9 Julai 2010.

Kerajaan negeri sebelum ini pernah menafikan pihaknya menggunakan wang daripada sumber judi untuk melaksanakan programnya, tetapi selepas pendedahan oleh Reezal Merican, Guan Eng mengakui bahawa kerajaan negeri ada menggunakan sumbangan daripada Kelab Lumba Kuda untuk menjalankan program membas-mi miskin tegar.

Seorang lagi penduduk, Harun Ali, 63, berkata dia memulangkan semula wang RM100 yang diterima daripada kerajaan negeri kerana tidak sanggup menggunakan wang itu selepas timbul isu bahawa wang berkenaan adalah daripada sumber meragukan.

"Kalau makan duit ini, ia akan menjadi darah daging saya. Saya tidak mahu menjadi seperti itu dan kecewa dengan sikap kerajaan negeri yang seolah-olah tidak memahami sensitiviti serta hukum orang Islam," katanya.

Sementara itu, Azhar berkata, pihaknya mengambil inisiatif mengumpulkan wang berkenaan bagi diserahkan kepada kerajaan negeri selepas menerima banyak maklum balas daripada orang ramai yang menyatakan hasrat untuk berbuat demikian kerana tidak mahu menggunakan wang daripada hasil judi.

Selepas ini program mengumpul duit sumbangan kerajaan negeri akan diadakan di seluruh negeri sebelum diserahkan kepada Pemuda UMNO untuk dikembalikan kepada kerajaan negeri, katanya yang juga Setiausaha UMNO Pulau Pinang.

Berita Harian

7 comments:

Modern Talking said...

dah lah tua.. bengong pulak.. duit dr kerajaan pusat pun blum tentu bersih...

Anonymous said...

hangpa tengok mamat tu pakai kopiah, sujud macam mana tak tau.kopiah tak pernah basuh pa...

Anonymous said...

aku kenal sangat cengan yb azhar tu... semua gimik aja.. mana puak2 warga emas tu ada duit nak bagi balik ... nak senang tengok duit tu ... semua baru baru aja ..tau2 ajalah.....kalau duit tu mai dari kerajaan pusat ... hasil keuntungan judi pastinya halal...

Anonymous said...

Apa la pak long dan mak long ramai2
p bagi duit kat cikgu azhar,adun penaga tu..nnti dia balas kat dia la.orang kita x abis2 kena tipu dari skim cepat kaya sampai peraduan petronas dll pendek kata hari2 ada orang kena tipu..kebanyakan orang kita la.

Anonymous said...

40 orang pulang? TIPU BESAR. Baru baca dari STAR bahawa 9 orang pulang duit. Yang lain-lain akan saja....sampai tua tak akan pulang lah. Bila Umno akan pulang... atau masuk poket sendiri?

Anonymous said...

muka tu aku kenal..org kuala muda..bawah DUN penaga..tangkap ikan kerja depa..RM 5 pun depa sapu..inikan nak bagi balik RM100.00...pirahhh....

Anonymous said...

hampa jgn pembohong..ADUN Penaga memang kaki penipu....dia akan mampus dlm pru 13 DUN penaga..kami akan kempen besar-besaran....

Archive

Related Posts with Thumbnails