Friday, September 17, 2010

Pemilihan PKR : Tiada Kemenangan Percuma buat TKM1 Pulau Pinang.

Dalam pemilihan PKR di Permatang Pauh walaupun tiada pihak yang mahu menentang Ketua Cabang PKR Permatang Pauh iaitu DS Wan Azizah, namun bagi mengisi tempat Timbalan Ketua Cabang PKR Permatang Pauh tiga nama telah dicalonkan pada permulaannya.

Dan kemudiannya seorang dari calon telah mengundurkan diri iaitu Saudara Roselai (gambar) yang juga Setiausaha PKR Cabang Permatang Pauh tanpa diketahui apakah sebab sebenarnya beliau menarik diri dari bertanding lantas meninggalkan hanya dua nama yang akan bertanding iaitu Che Mat Hashim atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Tam dan juga Datuk Mansor TKM1 Pulau Pinang.

Namun begitu ada pihak yang mengatakan Roselai menarik diri setelah ada tangan ghaib yang menasihatinya dalam satu perjumpaan yang berlangsung di Yayasan Aman, Penanti yang telah berakhir pada jam 2.00 pagi..

Ini bermakna Datuk Mansor Othman akan mencabar Pak Tam yang menyandang jawatan Timbalan Ketua Cabang Permatang Pauh .

Pada awalnya Datuk Mansor Othman dijangka menang tanpa bertanding kerana banyak pihak yang menjangkakan Pak Tam juga akan menarik diri sekaligus memberikan kemenangan buat Datuk Mansor Othman sebagai Timbalan Ketua Cabang Permatang Pauh.

Namun itu semua hanyalah spekulasi masyarakat..

Hari ini dari flyers yang diedarkan (gambar dibawah) di Permatang Pauh jelas Pak Tam masih akan mempertahankan jawatan Timbalan Ketua Cabang yang disandangnya itu..Pak Tam yang dihormati kerana punya pendirian yang tegas akan terus mempertahankan jawatan tersebut setelah menerima banyak permintaan dari akar umbi.



Click on image to enlarge view

Sebagai menghormati permintaan akar umbi menurut Pak Tam beliau juga mempertahankannya bagi bersama-sama menyuburkan demokrasi, kerana biasanya sesuatu yang mudah diperolehi itu jarang dihargai..

Yang menimbulkan persoalan disini ialah mengapa Datuk Mansor Othman ADUN Penanti yang juga TKM1 Pulau Pinang berani atau sanggup memperjudikan nama besarnya untuk bertanding bagi merebut hanya jawatan Timbalan Ketua Cabang PKR Permatang Pauh dari Tuan Che Mat Hashim(Pak Tam)?

Satu jawatan yang tidak menjanjikan apa-apa imbuhan ataupun kuasa..

Tuan Che Mat Hashim(Pak Tam) telah menyandang jawatan Timbalan Ketua Cabang PKR Permatang Pauh dan memimpin PKR Permatang Pauh dalam menghadapi beberapa siri PRU dan juga satu PRK yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada PKR.

Dan sudah menjadi lumrah dalam satu pertandingan akan ada yang kalah dan akan ada yang menang..

Andaikata benar apa yang dikatakan oleh setengah pihak bahawa Datuk Mansur diyakini akan mendapat sokongan padu ahli-ahli PKR Permatang Pauh kerana beliau telah menyelesaikan 1001 masaalah di kawasan DUN Penanti, Alhamdulillah diucapkan..

Tetapi jika dakwaan tersebut tidak benar atau meleset dan beliau ditolak oleh Ahli-ahli PKR Permatang Pauh sendiri dan menyebabkan kekalahan berpihak kepadanya tidakkah ini akan memberikan persepsi negatif terhadapnya oleh masyarakat yang berada diluar Permatang Pauh?

Apakah yang difikirkan oleh masyarakat yang berada diluar PKR Permatang Pauh jika seorang ADUN yang juga memegang jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang dikenali seluruh Negara tewas kepada seorang ahli yang hanya dikenali disekitar Permatang Pauh?

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails