Tuesday, September 28, 2010

Pemilihan PKR : PENAFIAN!

Berikutan dengan disiarnya sebuah artikel berjudul Pemilihan “Pemilihan PKR : Cubaan membeli kerusi Naib Ketua Cabang di Permatang Pauh.” di dalam blog ini semalam (27/09/10) yang telah ditarik penyiarannya setelah muncul lelaki-lelaki yang dinyatakan yang telah menafikan sejumlah wang telah digunakan untuk membeli jawatan Naib Timbalan PKR dan mereka memberika sedikit penjelasan.

Menurut mereka wang tersebut ialah sumbangan peribadi dari salah seorang mereka untuk membiayai kos perubatan Pak Tam sebagaimana yang telah dijanjikan olehnya beberapa ketika dahulu dan ianya hanya melibatkan RM800.00 sahaja dan bukannya seperti yang dilaporkan malahan ianya tiada kena mengena dengan jawatan Naib Timbalan (lantikan) PKR Permatang Pauh.


Mereka juga mendakwa bahawa SMS yang telah dihantar oleh salah seorang dari mereka itu yang ditulis “Pak Tam terima kasih krn memberi amanah kepada Axxx utk memegang Jawatan Naib Ketua. Akan Axxx usahakan dgn telus, jujur n penuh dedikasi. Semoga Pak Tam cepat sembuh dan sihat selalu. Tolong cakap sama Cikgu n Amir semua tentang persetujuan ini supaya mereka tak salah faham dan akur kepada keputusan Pak Tam” adalah kerana salah faham dipihak mereka sahaja.

Oleh yang demikian aku (Anak Sungai Derhaka) memohon jasa baik dari semua blogger yang telah memindahkan artikel tersebut ke blog mereka agar menarik kembali dari disiarkan dan kerjasama dari anda semua didahului dengan ucapan ribuan terima kasih..

Dan tidak lupa juga kepada pemilik Nombor +60174236454 walau dimana jua anda berada dan tidak kira dipihak mana anda menyokong, Anak Sungai Derhaka hanyalah aku seorang dan tidak mempunyai sebarang ‘Team’ seperti yang hang tulis ‘Team Anak Sungai Derhaka’ dalam setiap SMS yang hang hantar tu.. hang jangan nak memandai-mandai, dengan ucapan jangan jadi manusia yang BACUL dengan bersifat lempar batu sembunyi tangan, setiap SMS yang hang hantar tu diforwardkan kepada aku.. harap maklum.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails