Tuesday, September 21, 2010

Pemilihan PKR : Ini barulah kenyataan yang PROFFESIONAL..

Ini barulah dikatakan tindakan yang professional.. siasat dahulu sebelum menafikan dari atas katil hospital..

Kalau semalam kita telah melihat dan membaca kenyataan Media yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasuttion yang dalam masa kurang dari 24 jam telah menafikan segala dakwaan atau tuduhan yang dilemparkan terhadap Pemilihan 2010 yang sedang berlangsung kini oleh bekas Timbalan Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR), Jenapala Perumal Subaan.

Kenyataan Media oleh Saifuddin itu agak meragukan kerana begitu banyak tempat atau kawasan yang dinamakan oleh PS Jenapala berlakunya penyelewengan tetapi Saifuddin menafikannya dengan kadar yang agak segera.

Hari ini pula Yusmadi Yusoff penyelaras MyDemocracy Watch dalam kenyatannya yang disiarkan oleh Sinar Harian telah meminta yang mendakwa terdapat penyelewengan dalam pemilihan parti kali ini supaya membuat laporan dan mengemukakan semua bukti yang ada kepadanya.


Dan diharap andaikata laporan dibuat dan ada siasatan dijalankan terbukti adanya kesalahan, hukuman yang setimpal dengan kesalahan mereka-mereka itu hendaklah dijalankan tanpa mengira siapa mereka itu..

Jangan wujudkan dua set undang-undang didalam PKR..Satu set bagi kita ahli biasa yang ingin bertanding dalam apa yang diwar-warkan sebagai 'pilihan raya bebas dan adil' dan satu set lagi hanya untuk untuk golongan elit yang mencaturkan PKR.

Kerana sebelum ini kita telah mengkritik Barisan Nasional dan SPR atas amalan mereka dalam pilihanraya yang tidak adil. Ini bukan hanya pemilihan untuk ahli PKR. Seluruh Malaysia sedang memperhatikan kita.

Jangan juga ambil mudah perasaan ahli-ahli yang kecewa kerana berlakunya penyelewengan tersebut kerana Pemimpin-pemimpin UMNO sedang memerhatikan mereka..


Sila kemuka semua bukti

SHAH ALAM – Penyelaras MyDemocracy Watch, Yusmadi Yusoff meminta mereka yang mendakwa terdapat penyelewengan dalam pemilihan parti kali ini supaya membuat laporan dan mengemukakan semua bukti yang ada kepadanya.

Mengulas kenyataan bekas Timbalan Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR), Jenapala Perumal Subaan yang mendakwa terdapat beberapa pemimpin dalam PKR yang dikatakan bermain taktik kotor, Yusmadi menjelaskan beliau tidak menerima sebarang aduan daripadanya mengenai perkara tersebut.

Menurutnya, Jenapala seharusnya mendedahkan bukti dan bukannya membuat dakwaan secara sebarangan kerana tuduhan seperti itu boleh dilakukan sesiapa sahaja dan boleh merosakkan proses demokrasi dalam parti.

“Bila bertanding untuk parti, setiap pemimpin harus bertanggungjawab. Mereka harus bersikap terbuka, bukannya berlawan dengan parti, tetapi berlawan untuk memantapkan parti,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Yusmadi, yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau berkata, setakat ini beberapa aduan sudah diterimanya berhubung pemilihan pimpinan dan semua aduan tersebut akan dibawa ke peringkat Jawatankuasa Disiplin parti untuk tindakan lanjut.

Semalam, Jenapala mendakwa Anwar dan Azmin bermain taktik kotor dan mencabar beberapa pemimpin parti itu menafikan secara terbuka tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam elemen-elemen kotor yang didakwa berlaku untuk meraih sokongan sepanjang pemilihan diadakan.

Badan sukarela Mydemocracy Watch diwujudkan oleh ahli PKR mahu pemilihan parti November ini benar-benar bersih serta anggotanya tidak terpilih untuk bertanding.

Badan sukarela ini juga adalah pemantau urustadbir pemilihan PKR, terutama yang melibatkan amalan penyalahgunaan kuasa dan sumber kerajaan dan amalan-amalan yang tidak demokratik seperti kronisme, rasuah dan nepotisme.Badan itu berjanji akan membela golongan yang dinafikan hak demokrasi semasa pemilihan partinya tanpa menyebelahi mana-mana kelompok berkepentingan pada pemilihan parti tersebut.


Sinar Harian

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails