Saturday, September 18, 2010

Pemilihan PKR : Bebas Dari Fitnah, Sogokan - Anwar

DAMANSARA 18 SEPT: JAWATANKUASA PEMILIHAN AKAN MEMBUAT PEMANTAUAN TELITI PADA PROSES PEMILIHAN PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR), SUPAYA KOD ETIKA DIPATUHI SETERUSNYA MENGHINDAR ANASIR FITNAH DAN SOGOKAN.

“Begitu banyak ulasan dalam blog, facebook dan twitter yang saya ikuti dengan dekat, terpancar kekhuatiran akibat pertandingan dalam proses pemilihan parti.

“Pemilihan kali ini mengundang perhatian umum. Ini bermakna PKR kini terangkul sebagai antara parti utama negara,” kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu kenyataan media, hari ini.

Ketua Pembangkang itu mengingatkan semua pihak, ahli parti yang akhirnya membuat penilaian dan penentuan.


Katanya, PKR mempamer keberanian dan ketegasan luar biasa apabila menetapkan sistem pemilihan terbuka dan langsung dari setiap ahli, bukan lagi ditentukan wakil mereka.

Anwar berkata, PKR digerakkan sebagai parti perjuangan menolak kezaliman dan menegak keadilan serta menyatakan saf kepimpinan perlu tegas dan mantap memberi nafas reformasi.

“Meskipun ada agenda luar termasuk media Umno-BN dan gerombolan luar yang akan teruskan dengan politik adu domba, mengheret khalayak membicara dari sudut negatif, saya yakin anggota parti akan memilih kepimpinan berdasarkan prinsip perjuangan, ikatan dan adab jamaah,” katanya.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails