Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Sunday, September 5, 2010

Pegawai penyiasat hina mangsa ragut digantung tugas

KUALA LUMPUR, 5 Sept — Polis telah mengambil tindakan menggantung tugas seorang pegawai penyiasat dari Balai Polis Kepong yang dikatakan memarahi seorang wanita mangsa ragut yang tidak pandai berbahasa Malaysia.

Ketua Polis Kuala Lumpur DCP Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata pegawai tersebut kini akan menjalankan tugas pentadbiran di pejabat sementara menunggu hasil siasatan yang dijalankan.

Pada 28 Ogos lepas, seorang wanita Cina telah datang untuk membuat laporan berhubung kes ragut yang melibatkan beliau di balai tersebut dan mendakwa telah dimarahi pengawai penyiasat itu yang turut memintanya agar pulang ke negara China.

Berikutan tindakan pegawai itu, wanita berkenaan telah membuat laporan polis di balai yang sama pagi ini.

Muhammad Sabtu berkata beliau akan memastikan kes tersebut disiasat secara telus dan saksama, serta tidak akan melindungi mana-mana anggota polis yang didapat melakukan sebarang salah laku.


Bernama

2 comments:

Anonymous said...

salam,

satu tragedi yang tidak sepatutnya berlaku. Jika wanita cina itu adalah seorang warganegara China memang tidak wajar diperlakukan demikian tetpai jika warga tempatan satu persoalan lain adalah mengapa kebanyakkan warga malaysia bukan melayu masih belum fasih berbahasa melayu? kerana kita gagal bertindak diperingkat awal lagi. Lihat seperti Indonesia dimana setiap warga mendaulat bahasa indonesia dlm apa jua keadaan.

Anonymous said...

Salam, memang betul, kalau beliau mengaku ini negeri dia, mestilah dia tahu berbahasa kebangsaan. Dia dah tinggal di Malaysia sejak dia dilahirkan tapi orang Bangla, orang Vietnam dan mana bangsa asing lain tahu nak bertutur Bahasa Melayu. Memang saya pun sakit hati macam pegawai penyiasat tu. Jangan dok salahkan beliau, kenapa mesti kita tunduk pada orang yang titak menghormati negeri dia Malaysia. Malalaysia

Archive

Related Posts with Thumbnails