Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Tuesday, September 21, 2010

Nik Nazmi! Nak bodek tu.. agak-agak la...

Dalam tindakannya yang jelas menunjukkan bahawa beliau adalah seorang penyokong setia kepada calon Timbalan Naib Presiden PKR, Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad telah berkata usaha Penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim untuk mengembalikan kuasa presiden Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hanyalah gimik semata-mata.

Nik Nazmi juga telah menyindir Datuk Zaid melalui di Twitter "Lupa - Beliau (Zaid) masih dalam Umno ketika itu. (Tanda senyum) Sekarang kritik ikut budaya Umno! Syabas."

Tidakkah tindakan Nik Nazmi ini boleh dikatakan keterlaluan dengan menyerang peribadi Zaid?

Atas platform apa Nik Nazmi mengeluarkan kenyataan itu? Atas jawatan Pengarah Komunikasi PKR atau sebagai Nik Nazmi sahaja?

Sebagai Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad sewajarnya menunjukkan sikap berkecuali bukannya menyebelahi mana-mana pihak yang bertanding bagi jawatan Timbalan Naib Presiden PKR tersebut.


Dan jika sebagai Nik Nazmi beliau sepatutnya mengistiharkan diri keluar dari PKR agar beliau bebas mengkritik Zaid Ibrahim yang menentang Azmin Ali bagi jawatan tersebut agar beliau tidak terikat dengan mana-mana etika yang telah dirangka untuk pemilihan yang kini sedang rancak berlangsung.

Amat memalukan bagi aku sendiri kerana Pengarah Komunikasi PKR sendiri dalam menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bagi atau lebih sesuai dikatakan mengampu atau membodek Azmin Ali beliau telah bertindak memburuk-burukkan Zaid Ibrahim yang juga ahli PKR..

Pengarah Komunikasi PKR itu sewajarnya sedar atau peka bukannya pekak akan ujudnya etika yang telah dirangka dalam pemilihan ini…

Etika atau Tatalaku Pemilihan Parti yang keempat telah mengatakan ‘Setiap anggota tidak boleh memfitnah, mengeji, menghina, menjalankan kempen atau serangan berupa cacian terhadap calon lain atau kehidupan peribadi calon atau keluarganya.

Apa yang jelas dilihat disini ialah tindakan Nik Nazmi yang yang menyerang peribadi Zaid itu adalah sifat UMNO yang sebenar .

Mungkin juga ini adalah antara sebabnya beliau digantikan dengan Faekah…


Kembali kuasa presiden hanya gimik, kata Nik Nazmi
Sep 20, 10 6:07pm

Kongsi 0Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata usaha Penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim untuk mengembalikan kuasa presiden Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hanyalah gimik semata-mata.

"Sekarang, gimik terbaru untuk mengembalikan kuasa presiden. Harapnya beliau (Zaid) lebih mengamalkan disiplin dalam berorganisasi dan tanggungjawab bersama," kata Nik Nazmi (kanan) yang juga ADUN Seri Setia.

Zaid hari ini berikrar, beliau akan membela kuasa Wan Azizah selaku presiden PKR, sekiranya beliau berjaya dipilih sebagai timbalan presiden dalam dalam pemilihan parti itu nanti.

Ikrar tersebut disuarakan Zaid dalam blognya hari ini berikutan timbulnya tanggapan bahawa kedudukan Dr Wan Azizah sebagai presiden parti itu, hanyalah sebagai satu lambang semata-mata


Tidak berapa lama selepas itu, Nik Nazmi yang dilihat antara orang kuat Naib Presiden Azmin Ali - pesaing utama Zaid (kiri) - menulis pesanan di Twitter, penyelaras Pakatan Rakyat itu patut merujuk kepada kongres PKR pada 2007.

"Jika beliau semak dengan anggota parti di Kongres Keadilan 2007, fahamlah kenapa pengecualian jawatan itu diperkenalkan," katanya.

Bagaimanapun, Nik Nazmi kemudiannya memperli lagi:

"Lupa - Beliau (Zaid) masih dalam Umno ketika itu. (Tanda senyum) Sekarang kritik ikut budaya Umno! Syabas."


Malaysiakini

8 comments:

Anonymous said...

abis tu tindakan zaid tu betul ke?

Anak Sungai Derhaka said...

Apa tindakan Zaid yang menyalahi etika pemilihan? bagitau sikit..

Sarawak Headhunter said...

Nik Nazmi ini Pengarah Komunikasi PKR atau Pengarah Komunikasi Azmin Ali?

Sang Kancil Guru said...

Nik Nazmi atau Nik Azmin tu?

Nik Azmin patut letak jawatan sebagai Pengarah Komunikasi, tidak berkelayakan langsung.

Anonymous said...

Perangai macam ni la yang buat aku meluat dengan PKR!

Tak masuk Putrjaya lagi dah dok berebut jawatan, kuasa.

Kalau macam ni apa beza hangpa dengan umngok? Bezanya umngok dah balaih harta negara, tapi hangpa baru dok berangan nak jadi kerajaan dan balaih harta negara.

Orang Kedah kata pelaq!

Anonymous said...

Fuhhh...nampak dalam Parti PKR pun wujud "parti" pemerintah (konon- sepatutnya) anda "parti" pembangkang (mungkin latar belakang berlainan).... kagang macam serangan dituju pada parti pembangkang - siapa kawan?? siapa lawan?? nampak PKR lagi teruk drpd UMNO, ini cuma parti, belum jadi kerajaan lagi.... habislar.... nampak budaya parti pun sama jugak...belum cukup matang lagi.

mo said...

Salam,,, Nazmin nampak kurang bijak bila mempersoalkan kelayakan seorang calon atau memberi komen yg kurang bijak,,, dalam kita memperkatakan demokrasi, memang patut nazmin mempunyai hak, namun sebagai penyalarai apakah hak seumpama itu boleh di pertikai. Yg menyadi persoalan apakah demokrasi ini melintasi keadilan sejati...Ok ,, soal senior dan junior dalam parti bukan lah asas keadilan yg di laongkan parti keadilan selama ini, keadilan untuk semua,,,itu yg di laong selama ini.,, Biarlah ahli menentukan undian,, siapa yg layak atau sebaliknya... Nazmin cukuplah dgn budaya buruk umno,, rakyat dah mual dg budaya, bukan membawa keabaikan tapi kehancuaran,,, pkr bukan kah parti yg betul baik,, namun rakyat masih melihat ada harapan...Itu sahaja,,, misi utama bukan timb president, tapi g13,,, hingga bila nak sedar,,, rakyat dalm memahami dan menilai pkr???? Jangan lah terlalu banga apa yg pkr ada kini, kewujudan masih di tangan rakyat. tq

Anonymous said...

jika pemimpin KeADILan perangai gile kuasa sama macam UMNO.. pakat2 kita akar umbi masuk parti PAS.. kita yang tentukan pemimpin kita.. bukan diorang yg menentukan.. ini demokrasi..

Archive

Related Posts with Thumbnails