Sunday, September 26, 2010

Mengapa Ada Ahli PKR Pmtg Pauh Mahu Pak Tam Pertahan Jawatan ?

Segala persoalan yang ditimbulkan oleh penulis ini akan aku jawab setelah kesemua bahagian penulisannya diterima dan disiarkan.. Insyaalah..

Mengapa Ada Ahli PKR Pmtg Pauh Mahu Che Mat Yang Uzur Pertahan Jawatan ?

Oleh Zulkifli Mohamed


Dato Mansor menziarahi Pak Tam

Begitu sedih dan sayu apabila menatap foto terkini bekas Timbalan Ketua Cabang PKR Permatang Pauh Che Mat Hashim yang sedang uzur terlantar di hospital Bukit Mertajam. Jelas susuk tubuhnya semakin susut. Foto tersebut sebahagiannya saya terjumpa ketika melayari Facebook Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Mansor Othman sewaktu beliau melawat Che Mat di Hospital Bukit Mertajam pada 21 September 2010 iaitu dua hari selepas pemilihan cabang Permatang Pauh.

Che Mat lebih mesra dipanggil Pak Tam, adalah teman lama saya ketika kami sama-sama berjuang di Permatang Pauh, ketika era Anuar Shaari sebagai Ketua Cabang lagi. Ketika itu Che Mat adalah Bendahari Bahagian, kini Cabang.


Selaku Setiausaha KADUN Penanti ketika itu, saya bersama Che Mat dan teman-teman berganding bahu menyusun program memantapkan parti. Sasaran kami, mengekalkan kerusi Permatang Pauh, menawan kembali DUN Seberang Jaya dan Penanti pada pilihanraya ke-12.

Selepas Anuar Shaari umum keluar PKR mengikut jejak mentornya Ezam Mohd Noor, pada Mac 2007, Che Mat dilantik sebagai Timbalan Ketua Cabang. Berketuakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menggantikan Anuar Shaari. Azizah ketika itu adalah Presiden PKR dan satu-satunya Ahli Parlimen tunggal PKR yang terselamat dalam ‘Gelombang Biru 2004’ pimpinan Abdullah Badawi.

Terkejut Anak Calon Bapa
Kali terakhir saya menziarahi Che Mat di rumahnya sebelum bulan Ramadan lalu, bersama-sama beberapa teman. Ketika itu, meskipun masih mampu tersenyum, namun susuk tubuhnya jelas susut. Tangan dan kakinya bengkak. Senarai panjang jenis makanan pantang larang yang tidak boleh dijamahnya jelas terpampang di dinding biliknya. Juga kelihatan deretan bekas-bekas ubat. Dari perbualan dengannya dia percaya, dia kena santau. Puas dia berubat secara tradisional dan moden, namun kesihatannya tidak banyak berubah.

Namun ada berpendapat, penyakit Che Mat mungkin ada hubungkait dengan amalan meracun dan merumput di sawah yang diusahakannya.

“ Aku pernah naik kereta bersamanya, bau racun cukup kuat, aku tak tahan, rasa nak termuntah, tapi yang hairannya dia tak bau apa-apa pun,” jelas sumber itu.

Tambahnya, mungkin kerana telah lama terdedah dengan keadaan itu, Che Mat mungkin telah tepu dengan racun-racun tersebut.

Bagaimanapun, katanya sumber hospital mengesahkan paru-paru Che Mat dijangkiti kuman.

Melihat keuzuran Che Mat, mereka yang rasional dan waras pasti akan bersetuju, kesihatan Che Mat lebih penting dari segala-segalanya. Sesiapapun tidak akan percaya Che Mat akan mampu lagi mengalas tanggungjawab berat sebagai Timbalan Ketua Cabang.

Bagaimanapun setelah hampir setahun menghabiskan masa di atas katil dan keluar masuk hospital, saya tidak percaya apabila dimaklumkan Che Mat akan mempertahankan jawatan pada pemilihan cabang 19 September lalu.

Lebih terkejut apabila dimaklumkan borang pencalonannya dicadang oleh anaknya Mohd Anuar. Timbul seribu persoalan, apakah isteri dan anak-anaknya benar-benar menyayangi suami dan bapa mereka. Mengapa keluarga tidak memikirkan kesihatan Che Mat lebih daripada daripada segala-galanya. Atau setidak-tidaknya pun menasihati Che Mat membatalkan berhasrat mempertahankan jawatan, itupun jika benar dia masih berminat. Saya berfikir, tidak mungkin keluarganya sanggup menzalimi Che Mat.

Pada saya, pada ketika inilah keluarga perlu memainkan peranan mereka. Selain daripada berusaha keras mengubati penyakit ayah tersayang, mereka perlu banyak berdoa dan mendekatkan diri ayah tersayang dengan yang maha pencipta.

Sewaktu pemilihan cabang 19 September, saya bertemu Mohd Anuar dan sempat bertanya khabar tentang bapanya dan bertanyakan hal ‘tangan ghaib’ yang menjadi bualan ketidakpuasan hati segelintir pihak dalam parti.

“ Memang bapa ada menerima panggilan daripada Anwar Ibrahim, tapi saya tidak tahu apa yang mereka bincangkan,” jelasnya.

Menjawab soalan saya selanjutnya, “Bapa saya ok, sihat, sakit sikit-sikit saja, lawan tetap lawan…” jelasnya yang seolah-olah mahu bapanya terus melibatkan diri secara aktif dalam politik.

Perbualan ringkas kami terputus, tidak sempat berbual panjang, dek kerana suasana pemilihan ketika itu.

Kemudian apabila menatap poster dan ‘chai’ team Che Mat, yang diedarkan kepada anggota parti di meja panas, hati saya semakin tersentak, apabila melihat wajah teman-teman dalam senarai chai tersebut. Foto Che Mat di lokap semalaman, ketika didakwa di bawah akta pilihanraya sewaktu pilihanraya kecil Permatang Pauh menjadi menjadi modal untuk psywar pengundi - satu strategi yang bijak. Namun dari aspek lain, saya meragui kebijaksanaan dan pertimbangan rasional teman-teman

Hati saya terus tertanya-tanya, tidak terfikirkah teman-teman tentang kesihatan Che Mat ketika itu ?

1. Mengapakah mereka sembunyikan fakta sebenar kepada anggota parti keadaan kesihatan Che Mat ketika ini ?
2. Mengapa mereka sanggup menzalimi dan memperalatkan Che Mat, hanya sekadar untuk melepaskan geram kepada seseorang ?
3. Apakah ini kefahaman kebebasan demokrasi dalam parti yang mereka perjuangkan ?
4. Apakah mereka lebih mementingkan kepentingan individu, lebih daripada kepentingan parti ?
5. Apakah Permatang Pauh benar-benar ketandusan pemimpin ?

Teringat kata-kata Dr Wan Azizah : -

“Tak kesian ka kat Pak Tam, yang sedang uzur, yang sedang sakit ni. Apa salahnya jika Mansor (Datuk) menjadi timbalan saya ? Memang Pak Tam banyak berjasa kepada Permatang Pauh, saya sentiasa kenangkan jasa Pak Tam, tapi dia sedang sakit sekarang…”

Kata-kata emosi Kak Wan pada mesyuarat Agung 19 September lalu langsung tidak memberi bekas. Mana tidaknya, khabarnya pada malam tersebut team Che Mat meraikan kemenangan dengan membakar mercun di sebuah restoran milik Naib Ketua Cabang yang baru Elias Said.

Dan keesokannya Che Mat terpaksa bermalam semula di hospital ….

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails