Wednesday, September 1, 2010

Mencari Pemimpin Rakyat (1)

Pemilihan kepimpinan PKR akan diadakan mulai bulan ini bermula diperingkat Cabang. Kemudian peringkat Majlis Pimpinan Pusat pada bulan November. Tapi ini hanyalah untuk mencari kepimpinan parti. Pemimpin parti belum tentu boleh menjadi pemimpin rakyat. Malah ada yang dipilih nanti pun belum tentu boleh memimpin parti.

Aku lebih berminat mencari pemimpin rakyat untuk diketengahkan. Mereka yang sanggup berkhidmat untuk rakyat walaupun tidak ada jawatan dalam parti politik. Tapi macam mana?

Ketika orang Umno sibuk menyambut kemerdekaan dengan mengadakan perhimpunan haram distadium, anak muda mengadakan lumba motor di highway dan pemimpin PKR terus dengan majlis Ihya Ramadan dan majlis berbuka puasa, aku mencari ketenangan di Kg. Gerachi dengan guru aku…Pak Akop.

Sebelum ini, sejak aku menyertai PKR, tak pernah ada majlis Ihya Ramadan atau majlis berbuka puasa. Ketua Cabang mana ada duit nak panggil orang berbuka puasa dihotel. Tapi tahun ni, tiba-tiba Cabang-Cabang ada banyak duit. Buka puasa di hotel…bersama pemimpin pulak!! Dah jadi macam Umno.

Dengan jeans, baju Pagoda dan selipar, aku rasa terasing bila berbuka puasa di hotel. Sedangkan orang lain pakai baju batik atau baju melayu. Siap dengan capal.

Tak ramai muka-muka tukang gantung poster atau bendera. Tak ramai muka-muka tukang bancuh kopi atau tukang bentang tikar. Yang ramai hanyalah Mamat berbaju batik..cuma perut belum boroi lagi.

Aku lebih senang dengan Pak Akop. Tak payah pergi hotel untuk berbuka puasa sebab dia hanya puasa malam. Mungkin dalam sehari dua ni, dia akan berpuasa…sebab orang-orang Pejabat Agama akan datang untuk berbuka puasa dengan masyarakat orang asli Kg. Gerachi sambil menghadiahkan duit raya.

Aku tanya kat Pak Akop. “Wujudkah pemimpin rakyat dalam parti politik?”. Pak Akop jawab, “Ada! Tapi, mereka ni dikongkong oleh politiking dalam parti politik. Mereka ini harus dibawa keluar dari ‘party politicking’ supaya bakat dan kemampuan mereka itu dapat digunakan. Kalau tidak, mereka ini akan tenggelam dalam parti kerana politiking.”

“Siapa mereka?” aku tanya.

“Mana aku tau. Kalau nak cari pemimpin rakyat, rakyat la yang kena cari. Kalau aku yang pilih, itu pemimpin aku. Kalau parti yang pilih, itu pemimpin parti. Kalau mahu pemimpin rakyat, rakyat la yang kena pilih. Tapi kena jelas…rakyat tu sapa? Ahli Umno saja ka…ahli Pas atau PKR saja ka?”

“Aku tak minat dengan Umno atau Barisan.” aku jawab. “Aku cuma minat dengan Pakatan Rakyat.”
“Kalau macam tu, kamu tak boleh kata pemimpin rakyat..tapi pemimpin Pakatan Rakyat saja.” balas Pak Akop.

“Sori la. Aku fobia dengan nama BN atau Umno.”

“Orang umno/BN pun macam kamu jugak…fobia dengan nama Pas atau PKR. Pernah dengar radio atau TV sebut Pakatan Rakyat? Mereka cuma sebut Pakatan Pembangkang.” kata Pak Akop.

“Habis macam mana nak cari pemimpin rakyat?” aku tanya lagi. Aku ingatkan, senang saja nak dapat jawapan, tapi makin lama makin susah.

“Tak susah. Dunia ini dibina dengan nombor. Dari nombor, terhasil numerology, astrologi, falak dan ilmu hisab. Kita boleh cari pemimpin rakyat dengan menggunakan nombor atau ilmu hisab.” kata Pak Akop.

Ini lagi satu bala. Kalau aku cakap kat orang politik, gerenti aku kena tembak hidup-hidup. Politik perlu berasaskan idealisma. Kira atau kanan. Demokrasi atau autokrasi. Sosialis atau ugama. Tapi macam mana nak berpolitik berasaskan nombor dan matematik?

“Kamu kena keluar dari kepompong pemikiran politik parti. Politik bukan hak orang parti. Semua orang mempunyai hak untuk berpolitik, walaupun dia tak berparti.

“Aku tak masuk mana-mana parti…tapi adakah aku tak patriotik? Adakah aku tak ambil berat hal negara? Adakah aku tak ambil berat hal rakyat?” Pak Akop tanya aku. ” Bila orang kampung kena sampuk, kena santau, mereka datang cari aku. Mengapa mereka tak cari wakil rakyat?”

Terdiam aku. Betul jugak. Tapi pasai apa aku tengok orang kampung asyik cari wakil rakyat? Bil air tak bayar pun cari wakil rakyat. Bergaduh laki bini pun cari wakil rakyat. Seolah-olah wakil rakyat penyelesai kepada semua masalah!!

“Ini masalah kita. Kita mengasingkan wakil rakyat dengan rakyat. Kita menganggap wakil rakyat sebagai penyelesai masalah…sedangkan mereka lah yang menjadi punca masalah!!” kata Pak Akop.” Orang parti bergaduh pasal nak berebut jadi wakil rakyat. Bila dah jadi wakil rakyat, tak cukup makan sebab nak menyelesai semua masalah rakyat. Akibatnya, mereka terpaksa cari jalan. Kalau tak dapat yang baik, mereka buat yang buruk.

Macam ni la Mat. Jangan fikir yang berat-berat. Nak makan kijang seekor pun, kena makan seketul-seketul. Buat apa yang kita boleh buat. Jangan fikir apa yang orang lain kena buat. Kalau nak jadi pemimpin rakyat, kena fikir apa yang kita boleh buat untuk rakyat. Kalau nak jadi pemimpin parti, kena fikir apa yang boleh dilakukan untuk parti. Tapi kalau kita asyik fikir apa yang orang lain kena buat, kita tak boleh memimpin.” panjang juga cakap Pak Akop.

“Habis..apa yang perlu aku buat. Tukar parti?” aku tanya.

“Tak perlu. Aku bukan suruh keluar parti..tapi perkara pertama ialah keluar dari “party politicking”. Oleh kerana kamu fobia dengan BN, jangan ingat pasai BN. Kamu cuma ingat Pakatan Rakyat. Ada kertas kosong?” Pak Akop tanya aku.

Aku bawa keluar kertas yang dah peronyok dalam beg aku. Pak Akop mengambil kertas tersebut dan melukis tiga bulatan. Duit sekupang untuk PKR. Duit dua kupang untuk DAP dan duit lima kupang untuk PAS.Dan kemudian dia membuat garisan dengan menggunakan kotok rokok.




“Rajah ini dipanggil “radical center”. Tiga bulatan yang berwarna biru, merah dan hijau itu adalah parti-parti dalam Pakatan Rakyat dan saiznya mengikut kekuatan parti masing-masing.” terang Pak Akop.

“Pasai apa PKR kecik sangat?” aku tanya.

“Berapa ahli PKR kamu ada?” tanya Pak Akop. Aku tak jawab. Buat bodoh…sebab aku tau dia dah tau.

“Macam mana garisan tu boleh bertemu kat situ? Pasai apa garisan PKR kat tepi bulatan? Garisan Pas tidak terletak ditengah-tengah bulatan Pas. Cuma garisan DAP saja yang terletak ditengah-tengah bulatan DAP?”. aku tanya Pak Akop.

“Rajah ni dikenali dengan nama Monge’s Theorem. Kalau nak tau pasai apa garisan itu tidak terletak ditengah-tengah bulatan, kena belajar tentang Appolonius problem, Three conics theorem, Monge problem……kena belajar ilmu hisab.” kata Pak Akop.

Fuiyo!! Dulu kat sekolah, masa ilmu hisab, kami cari batang betik dengan botol.ha..ha. Tapi aku tak berani nak cakap kat Pak Akop. Naya kena tibai.

“Pertama sekali…kamu kena pergi ketengah-tengah point. Sebab disiitu adalah titik pertemuan yang seimbang. Kamu tak boleh tarik orang PKR untuk berbincang dalam bulatan Pas. Kamu juga tak boleh tarik orang Pas kedalam bulatan DAP. Dan sebenarnya, sudah ada pemimpin Pas, PKR atau DAP yang sudah boleh duduk ditengah-tengah tu.

Jangan risau dengan mereka yang tak mau keluar dari bulatan masing-masing. Aku tau, ada pemimpin Pas yang hanya memikirkan tentang Pas. Ada pemimpin PKR yang hanya pikir tentang PKR. DAP pun macam tu. Itu bukan pemimpin rakyat…tapi pemimpin parti.” jelas Pak Akop.

“Kemudian…cuba tanya diri masing-masing pasai apa kamu mahu berada di titik pertemuan itu. Kena cari persetujuan, kalau tidak…balik kebulatan masing-masing.

Hah!! macam main dam ular pulak.


http://ureka.asia

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails