Sunday, September 5, 2010

Mat Said didakwa beri kontrak kepada Mek Hawa tanpa tender..

Sun, Sep 5, 2010

Dalam perkembangan lain, kontrak uniform sekolah diberi tanpa tender juga berlegar di pejabat Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

Dipercayai wanita misteri itu bernama Mek Hawa binti Abdul Rahman yang mendapat kontrak tanpa tender selepas mendapat surat terus dari menteri besar.

Di percayai sekitar November 2008, syarikat yang diberi nama Hamie Enterprise menghantar surat terus kepada menteri besar menyatakan syarikat itu membekalkan pakaian sekolah dengan jenama ‘Ganu Kita."

Dalam surat itu, dinyatakan Hamie Enterprise memohon membekalkan uniform sekolah kepada kerajaan negeri.

Surat Hamie yang ditandatangani oleh penama, Azreen bin Ami Nordin telah diluluskan oleh menteri besar sebagai syarikat pembekal uniform sekolah.

Pada November , Ahmad dilaporkan bahawa rundingan memilih Hamie Enterprise untuk membekalkan uniform sekolah untuk 2008 telah berjaya.

Berdasarkan rekod Suruhanjaya Syarikat Syarikat Malaysia, Hamie Azreen bukan pemilik atau rakan kongsi kepada Hamie Enterprise yang ditubuhkan pada 1994. Mek Hawa binti Abdul Rahman adalah pemilik Hamie Enterprise.

Setelah diluluskan oleh menteri besar, Mek Hawa binti Abdul Rahman sebagai pemilik tunggal telah mendapat tender amie Enterprise sebagai pembekal uniform sekolah kepada 53,300 pelajar RM7, 995,000.

Sejak keputusan dibuat pada akhir tahun, perbelanjaan yang seharusnya dibuat melalui tender oleh kerajaan negeri hanya diberi melalui rundingan.

Berikutan kekurangan masa uniform dan peralatan dibeli dari China tanpa membuat rujukan terhadap keperluan saiz secara mendalam.

Keputusannya, sehingga sekarang, walaupun selepas dua tahun uniform termasuk stokin dan kasut belum habis diagihkan kerana saiz tidak sesuai.

Mengikut laporan pejabat pendidikan daerah Hulu Terengganu, hanya selepas dikira semula 5 Otober 5, 2009, mengesahkan simpanan masih ada di pejabat itu adalah seperti berikut:

Kasut – 5402 pasang

Seluar panjang – 5066 helai

Baju lengan pendek – 4222 helai

Baju kurung putih – 4415 helai

Kain sarong biru – 936 helai

Tudung – 2910 helai

Pembaziran tidak hanya dipersoalkan oleh PAS dam sidang Adun sejak sesi lalu, tetapi oleh wakil kerajaan mengenai kewajaran Ahmad memberikan projek tanpa tender bernilai RM7, 995,000 kepada Hamie Enterprise.


Free Malaysia Today

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails