Tuesday, September 21, 2010

Mari Sertai UMNO!! Kami ada Projek bernilai RM1.4 Trillion!

Rungsing kerana setiap bulan duit tak cukup kerana gaji ciput? Bimbang memikirkan akan harga barangan yang semakin meninggi sedangkan gaji naik setahun sekali? Penat kerana dah berpuluh tahun bekerja tapi tidak juga kaya?

Jangan bimbang!! Kami ada jalan penyelesaiannya..

Sebuah badan pemikir kerajaan berkata, ia telah mengenalpasti pelaburan bernilai AS$444 bilion (RM1.376 trilion) dalam tempoh 10 tahun di mana 60 peratus akan datang dari sektor swasta, 32 peratus dari syarikat berkaitan kerajaan dan 8 peratus dari kerajaan.

Dengan jumlah sebesar itu maka kita akan melihat lebih ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang akan bertambah kaya..

Semakin kaya kerana menurut seorang sahabat yang pernah berurusan dengan pelabur dari luar ini.. setiap pelabur dari luar yang ingin melabur di Malaysia perlu menyediakan beberapa peratus dari saham mereka untuk Bumiputera.. yang dimaksudkan dengan bumiputera disini ialah VVIP UMNO..


Oleh itu jadilah ahli UMNO yang sanggup menjilat pemimpin-pemimpin UMNO agar akhirnya tersenarai juga sebagai VVIP UMNO..

M'sia dedah rancangan besar RM1.4 trilion

Sep 21, 10 2:57pm

Kerajaan hari ini mendedahkan rancangan hebat untuk memacu ekonomi dengan memobilisasi ratusan bilion dolar pelaburan swasta dalam dekad akan datang.

Rancangan itu merangkumi sistem transit baru bagi mengurangkan kesesakan di ibunegara Kuala Lumpur, membina kemudahan simpanan minyak yang besar bersebelahan Singapura bagi mewujudkan hub serantau pusat perdagangan hasil minyak.

Sebuah badan pemikir kerajaan berkata, ia telah mengenalpasti pelaburan bernilai AS$444 bilion (RM1.376 trilion) dalam tempoh 10 tahun di mana 60 peratus akan datang dari sektor swasta, 32 peratus dari syarikat berkaitan kerajaan dan 8 peratus dari kerajaan.

Malaysia bersaing untuk menarik pelaburan dengan negara-negara yang cepat berkembang di Asia Tenggara dan negara jiran Indonesia yang baru-baru ini turut mengumumkan rancangan untuk meningkatkan infrastrukturnya.

"Bagi Malaysia untuk mempertahankan pertumbuhan menjangkau kepesatan pertumbuhan sementara ini, pembaharuan dasar fundamental adalah amat kritikal. Risiko kedua melibatkan kecepatan dan tahap pelaksanaan, "kata Philip Schellekens, pakar ekonomi kanan Bank Dunia bagi Malaysia.

Dalam 10 tahun lalu, syarikat swasta hanya melabur AS$172.4 bilion (RM535 bilion), menurut perangkaan rasmi dan kadar pelaburan swasta Malaysia di sekitar 10 peratus Kadar Domestik Negara Kasar (KDNK) adalah antara yang terendah di Asia.

Kerajaan, yang pada 2009 mencatatkan bajet defisit yang terbesar dalam 20 tahun, sebagai peratusan KDNK, menyumbang sekitar separuh pelaburan di Malaysia.

"Saya tidak berfikir kerajaan akan menerbitkan sebuah dokumen setebal itu jika tidak ada kemahuan politik. Ini adalah strategi yang berisiko bila mendedahkan diri anda secara terbuka apabila anda tidak mempunyai sebarang perancangan untuk berbuat demikian," kata Datuk Seri Idris Jala, menteri yang bertanggungjawab menyediakan cadangan tersebut.

Pakar-pakar ekonomi, bagaimanapun memberi amaran, bahawa tanpa sebuah kerangka dasar baru untuk menggalakkan pelaburan, maka rancangan itu akan sukar direalisasikan.

"Ini akan sukar untuk mencapai sasaran pertumbuhan pelaburan swasta yang ditetapkan oleh kerajaan jika tidak ada insentif cukai tambahan yang diberikan kepada sektor tumpuan," kata Gundy Cahyadi, pakar ekonomi serantau di bank pelaburan OCBC.


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails