Wednesday, September 1, 2010

Kilang Anak Haram ditangguh pembukaannya..

Melaka tangguh buka Sekolah Harapan ke 16 Sept ini

MELAKA, 1 Sept — Sekolah untuk remaja hamil dikenali Sekolah Harapan yang dijadualkan mula beroperasi hari ini, ditangguhkan pembukaannya ke 16 September ini, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Beliau berkata penangguhan itu disebabkan beberapa keperluan logistik seperti pengambilan staf masih belum dapat dipenuhi oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

“Buat permulaan, kita perlu lima ke enam orang staf wanita seperti guru, warden dan kaunselor,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada bekas askar British di pejabatnya di Seri Negeri di sini, hari ini.

Sekolah Harapan itu akan beroperasi di sebuah bangunan lama milik Syarikat Air Melaka Berhad di Jasin dan setakat ini, seramai tiga orang remaja telah memohon untuk memasuki sekolah itu.

Mohd Ali berkata MAIM juga sedang mencari calon yang sesuai untuk menjawat jawatan pengetua sekolah itu dan berharap dapat melantik pendidik yang berpengalaman dan berdedikasi seperti pesara guru agama yang cemerlang.

Beliau berkata mereka yang berminat untuk menjawat pelbagai jawatan secara sepenuh atau separuh masa boleh terus menghubungi MAIM dan calon berpengalaman seperti pesara guru dan bekas pembantu kebajikan masyarakat digalakkan memohon.

Katanya kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM500,000 setahun untuk mengendalikan sekolah itu meliputi tempat tinggal, makan, minum dan kos bersalin untuk remaja tersebut.


Bernama

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails