Thursday, September 16, 2010

Kes Bunuh Sosilawati: Suspek utama tidak pernah terima pingat Sultan Kelantan

2010/09/16

KOTA BHARU: Peguam yang menjadi suspek kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, tidak pernah menerima sebarang pingat kebesaran membawa gelaran Datuk daripada Istana Kelantan.

Sumber berkata, semakan mendapati lelaki berusia 41 tahun (kanan) terbabit tidak pernah tersenarai sebagai penerima pingat kebesaran Sultan Kelantan selama ini.

Katanya, dakwaan lelaki itu pernah menerima pingat dari Istana Kelantan adalah pembohongan dan tindakannya itu sesuai dengan latar belakangnya yang terbabit pelbagai penipuan.

"Kita menyedari ada pihak mendakwa wujud surat anugerah pingat kepada lelaki terbabit yang dikaitkan dengan Istana Kelantan, tetapi semakan mendapati dia tidak pernah tersenarai pada mana-mana majlis penganugerahan darjah kebesaran.


"Saya percaya surat terbabit adalah palsu dikeluarkan pihak tertentu yang menjalankan penipuan anugerah pingat kebesaran," katanya ketika dihubungi, semalam.

Sumber berkata, seorang lelaki yang disyaki terbabit dengan penipuan anugerah pingat kebesaran itu sudah terbunuh dalam satu kemalangan di Lembah Klang beberapa bulan lalu.


Berita Harian

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails