Thursday, September 16, 2010

Kes Bunuh Sosilawati : Suspek Utama Beli Gelaran 'Datuk' RM180,000

PETALING JAYA: Peguam bergelar 'Datuk' yang merupakan suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dipercayai mengeluarkan RM180,000 bagi membeli gelaran tersebut.

Siasatan polis di setiap negeri bagi menjejaki pihak yang mengurniakan gelaran Datuk kepada suspek berusia 41 tahun itu gagal menemui sebarang petunjuk, kata sumber.

Sumber mendakwa, pihak yang 'menjual' gelaran itu kepada suspek berjanji bahawa namanya akan termasuk dalam senarai penerima gelaran Datuk.


Dikatakan bahawa ahli perniagaan berkenaan memberitahu suspek bahawa dia boleh menggunakan gelaran tersebut berikutan penyenaraian namanya itu.

Sumber mendedahkan, polis juga sedang menjejaki ahli perniagaan terbabit.

Di Banting, Bernama melaporkan bahawa pasukan forensik polis menemui lebih banyak objek di Sungai Panchau yang dapat membantu siasatan berhubung kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain.

Sepasukan polis dilihat membawa beberapa objek, termasuk apa yang dipercayai sebagai serpihan tulang.

Pihak media tidak dibenarkan menghampiri tempat kejadian malah skrin kanvas dipasang di kawasan tersebut, menjadikan keadaan lebih sukar untuk melihat apa yang sedang berlaku.

Turut dilihat berada di tempat kejadian, Pengarah Unit Forensik, Datuk Abdul Malek Harun.


mStar Online

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails