Thursday, September 16, 2010

Kes Bunuh Sosilawati : Sosilawati tiada senjata api, pengawal peribadi

2010/09/16

GOMBAK: Datuk Sosilawati Lawiya tidak pernah memiliki senjata api atau pengawal peribadi bersenjata untuk menjaga keselamatan diri dan keluarga sejak menceburi perniagaan kerana bencikan keganasan.

Abangnya, Mashadi Lawiya, 51, berkata adiknya itu tidak suka kepada kekerasan dan sentiasa percaya dengan rundingan untuk menyelesaikan masalah.

“Sosila memang tak pernah berminat dengan senjata api seperti pistol atau mengupah pengawal peribadi yang mempunyai senjata bagi menjaga keselamatan dirinya dan keluarga.

Dia khuatir jika memiliki senjata api atau mengupah pengawal peribadi bersenjata akan mendatangkan mudarat kepada diri sendiri dan keluarga... umpama senjata makan tuan.


“Beliau sentiasa berpegang kepada prinsip hidup dan mati ditentukan oleh Tuhan,” katanya semalam.

Mashadi juga berkata, pengasas syarikat kosmetik Nouvel les Visages itu tidak berniat bermalam di Banting selama tiga hari bagi menyelesaikan urusan berkaitan hartanah seperti didakwa sebelum ini.

“Hanya pada 30 Ogos lalu, dia menghubungi seorang ahli keluarga kami dan memberitahu akan berada di Banting selama tiga hari bagi menyelesaikan urusan berkaitan jual beli tanah,” katanya.

Sementara itu, suspek utama kes dikatakan memiliki sekurang-kurangnya 10 pengawal peribadi bagi melindungi keselamatannya dan keluarga.
Difahamkan, pengawal terbabit kebanyakannya berpengalaman dan terlatih dalam tugas melindungi keselamatan kenamaan, termasuk empat bekas anggota elit polis.

Sumber rapat dengan suspek, berkata peguam dan ahli perniagaan bergelar Datuk itu terpaksa berbuat demikian kerana sentiasa berasakan keselamatannya dan keluarga terancam.

"Pengawal peribadi sentiasa mengikutinya, isteri dan anaknya ke mana mereka pergi," katanya.

Menurut sumber, penggunaan khidmat pengawal peribadi itu turut didorong pembabitannya dalam kegiatan samseng dan kongsi gelap di Banting.


Berita Harian Online

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails