Wednesday, September 15, 2010

Kes Bunuh Sosilawati : Mangsa dipukul dengan Kayu Kriket dan diikat dengan Dawai..

Kesemua mangsa dikatakan pada mulanya dipukul dengan kayu kriket dan senjata tumpul lain dengan tujuan melemahkan mereka sebelum tangan diikat menggunakan dawai, dalam keadaan lemah itu dikatakan dibunuh seorang demi seorang dan tugas kejam terbabit diserahkan kepada seorang daripada lapan lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan polis berhubung kes kehilangan empat mangsa itu.

Kunci kereta ditemui

2010/09/15



SELAM...anggota unit penyelam memeriksa kawasan Sungai Kanchong Laut
tempat membuang abu mayat Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.

KUALA LUMPUR: Sepasukan polis menemui ‘objek’ dipercayai kunci kereta selepas dua daripada lapan suspek yang ditahan dibawa ke lokasi asal penemuan kereta mewah jenis BMW X5 milik jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47 di Apartmen Angsana, USJ 1 di sini, semalam.

“Suspek yang melakukan perbuatan ini boleh dianggap kejam dan langsung tidak berhati perut kerana membiarkan mangsa menderita sebelum menemui ajal.

“Malah, mereka diperlakukan umpama haiwan hanya kerana sikap suspek yang dikatakan terlalu tamak dengan wang ringgit,” katanya.

Difahamkan, tahi lembu digunakan untuk mempercepatkan proses pembakaran semua mangsa terbabit dengan tujuan menghilangkan bukti bagi mengelak perbuatan mereka dihidu.

Polis tiba di lokasi berkenaan kira-kira jam 7.25 malam sebelum dua suspek terbabit membawa mereka ke kawasan semak kira-kira 50 meter dari tempat letak kenderaan apartmen itu.

Selepas 30 minit, suspek berpakaian lokap terbabit berhenti sambil diiringi polis di satu kawasan sebelum pemeriksaan lanjut menemui objek dipercayai kunci kenderaan mewah berkenaan dipercayai dibuang suspek.

Sementara itu, semua mangsa dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lelaki lain dikatakan pada mulanya dipukul dengan kayu kriket dan senjata tumpul lain dengan tujuan melemahkan mereka sebelum tangan diikat menggunakan dawai.

Difahamkan semua mangsa yang dalam keadaan lemah itu dikatakan dibunuh seorang demi seorang dan tugas kejam terbabit diserahkan kepada seorang daripada lapan lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan polis berhubung kes kehilangan empat mangsa itu.

“Tubuh mereka dilumur dengan tahi lembu sebelum semua mangsa dibakar bagi menghilangkan bukti kes pembunuhan kejam terbabit.

Harian Metro semalam melaporkan polis menemui pisau dipercayai digunakan kumpulan pembunuh itu yang dibuang dalam sungai selepas seorang daripada suspek memberikan maklumat kepada polis.

Turut dibuang bersama pisau itu adalah abu mayat semua mangsa yang dihanyutkan dalam Sungai Panchau, serta beberapa parit kecil berhampiran di mana arusnya mengalir ke laut.

Difahamkan semua pekerja di ladang terbabit warga tempatan dan mereka dikatakan menerima ‘habuan’ berbentuk wang ringgit daripada peguam bergelar Datuk itu.

Malah, perbuatan kejam ini bukanlah kali pertama dilakukan kumpulan pembunuh berkenaan dan mereka juga sebenarnya disifatkan sebagai tidak profesional namun faktor bernasib baik, lebih memihak kepada mereka.

Menurut sumber, kehilangan beberapa lagi individu yang pernah dilaporkan sebelum ini selepas berurusan dengan peguam terbabit dipercayai turut menjadi mangsa pembunuhan kumpulan berkenaan.

“Mungkin selama ini mereka terlepas dari sebarang tindakan kerana kerja yang dilakukan mereka itu agak teliti dan menghapuskan bukti dengan cara membakar mangsa.

“Namun, dalam kes terbaru ini, polis menemui beberapa petunjuk yang boleh dijadikan sebagai ‘kunci’ bagi mengesan perbuatan kejam dilakukan kumpulan pembunuh itu,” katanya.

Susulan daripada itu, polis menahan lapan suspek termasuk dua wanita sejak Jumaat lalu berusia antara 19 hingga 45 tahun bagi membantu siasatan selain beberapa lagi bahan bukti yang digunakan semua suspek.


myMetro

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails