Tuesday, September 14, 2010

Kes Bunuh Sosilawati : Kalaulah tertuduh telah menyertai MIC...

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah, Peguam bergelar Datuk yang merupakan suspek utama dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain bercadang untuk menyertai MIC..

Nampaknya Murugiah awal-awal lagi telah menolak sebarang spekulasi yang akan mengatakan bahawa tertuduh menpunyai kaitan dengan MIC.. lebih kurang sediakan payung sebelum hujan lah..

Tetapi kenapa perlu beliau berkata demikian?? macam ada benda yang tak kena saja ni..

Jika benarlah apa yang Murugiah katakan itu,iaitu masih ada orang yang mahu menjadi ahli MIC cuba anda bayangkan.. adakah tertuduh itu akan ditahan oleh pihak berkuasa andaikata beliau adalah seorang ahli MIC yang mempunyai jawatan dan bergelar Datuk pula?

Adakah kes ini akan berlalu begitu saja? seperti yang kita tahu mengenai kes Altantuya..


Peguam Disyaki Dalang Bunuh Sosilawati Mahu Sertai MIC

Peguam bergelar Datuk yang merupakan suspek utama dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain bercadang untuk menyertai MIC, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah.

Murugiah berkata, beliau bertemu dengan suspek pada program komuniti Hari Raya di Bukit Cheeding, Banting pada 8 September iaitu tiga hari sebelum suspek ditahan polis.

“Saya dijemput untuk menyerahkan sumbangan yang ditaja beliau (suspek) untuk komuniti orang asli di kawasan itu.

“Ia merupakan pertemuan kali pertama dengan dia. Saya lihat dia seorang yang pemurah dan peramah tetapi tidak menyangka di sebaliknya,” katanya kepada media selepas mengunjungi rumah keluarga Sosilawati di sini.

Murugiah berkata, pada awalnya tiada masalah bagi suspek untuk menyertai MIC kerana suspek merupakan seorang peguam berpendidikan tinggi.

“Saya menasihatkan dia supaya mengisi borang keahlian dan perkara itu akan dimaklumkan kepada Presiden MIC, Datuk Seri Samy Vellu,” katanya.

Bagaimanapun jelasnya, MIC tetap tidak akan menerima suspek untuk menyertai parti sekiranya didapati tidak bersalah berikutan rekodnya sebelum ini dipertikaikan.

Menurutnya, MIC mahukan pemimpin yang bersih dan bukan golongan seperti itu.

“Kita hendak buat baik dengan orang, buat baik dengan rakyat, itulah pemimpin yang sepatutnya kita cari dalam parti,” kata Murugiah.

Beliau menambah, kemungkinan gelaran 'Datuk' suspek juga perlu disiasat kesahihannya agar tidak menyelewengkan pemikiran rakyat.


mstar

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails