Sunday, September 26, 2010

Keadilan Permatang Pauh - Ribut dalam cawan

Pendapat penulis dan aku sendiri ada yang bercanggah, ini kerana mungkin penulis memerhatikan tetapi aku pula terlibat secara langsung dari penamaan calon hingga ke pemilihan.. oops!! aku silap.. penulis memang berada didalam dewan pada masa mesyuarat diadakan dan dikatakan beliau juga terlibat secara tidak langsung dalam pemilihan ini..

Atas dasar kebebasan bersuara aku siarkan juga artikel ini..

Keadilan Permatang Pauh - Ribut dalam cawan
Oleh Zulkifli Mohamed

Ramai tergamam apabila Ketua Cabang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meninggikan suaranya pada mesyuarat Agung PKR Permatang Pauh pada kali ke-7 pada 19 September 2010 lalu.

“Tak kesian ka kat Pak Tam, yang sedang uzur, yang sedang sakit ni. Apa salahnya jika Mansor (Datuk) menjadi timbalan saya ? Memang Pak Tam banyak berjasa kepada Permatang Pauh, saya sentiasa kenangkan jasa Pak Tam, tapi dia sedang sakit sekarang…”

Saya yang turut berada ketika itu juga tergamam. Terkejut ada, sedih pun ada. Itulah pertama kali saya melihat Azizah yang lebih mesra dipanggil Kak Wan ‘mengamuk’.

Azizah terpaksa meninggikan suara dan hampir menitiskan air mata, ekoran ada beberapa anggota parti mempertikaikan secara lantang dek kerana kertas pengundian untuk jawatan Timbalan Ketua Cabang tiada sewaktu proses pengundian yang diadakan serentak dengan Mesyuarat Agung parti itu.

Sebelum itu, sewaktu berucap selaku Ketua Cabang Azizah mengumumkan Pak Tam atau nama sebenarnya Che Mat Hashim telah menarik diri untuk mempertahankan jawatan sebagai Timbalan Ketua Cabang, sekaligus memberi kemenangan kepada pencabarnya ADUN Penanti Datuk Mansor Othman merangkap Timbalan Ketua Menteri 1 yang juga bekas Ketua Cabang Balik Pulau.


Penarikan diri itu kemudiannya diumumkan sekali lagi oleh Pengerusi Tetap yang turut menunjukkan surat penarikan diri Che Mat atas alasan kesihatan. ( tetapi tidak membacanya kepada ahli)

Untuk rekod, Che Mat telah hampir setahun menghabiskan masa di atas katil dan keluar masuk hospital. Ekoran masalah kesihatannya, dia tidak hadir untuk mesyuarat Agung pada kali-6 dan ke-7 lalu. Begitu juga dengan mesyuarat peringkat cabang, bahkan ada mesyuarat terpaksa diadakan di rumahnya, kerana masalah kesihatan yang dihadapinya itu.

Ada anggota yang mempertikaikan alasan tersebut. Katanya tidak guna disuruh mendoakan agar Che Mat sihat seperti sediakala, jika tidak yakin Che Mat akan sembuh semula.

Bahkan, ada ahli yang memprotes keluar dewan kerana mendakwa surat penarikan diri itu tidak sah kerana dibuat selepas tamat tempoh untuk menarik diri iaitu 8 September 2010. Surat Che Mat bertarikh 17 September dakwa mereka sebenarnya ditulis pada malam 18 September, iaitu sehari sebelum pemilihan. Mereka mempertikaikan mengapa Jawatankuasa Pemilihan PKR Pusat boleh menerima surat penarikan diri tersebut yang jelas melanggar prosedur dan tatacara pemilihan.

Mereka juga mendakwa, sebenarnya Che Mat telah dinasihatkan menarik diri oleh ‘tangan ghaib’. Perkara itu dinyatakan dalam blog Anak Sungai Derhaka. Namun, blog berkenaan tidak pula menamakan siapa gerangan tangan ghaib tersebut. Blog tersebut sepatutnya mendedahkan siapa gerangannya . Adakah gerangan tersebut Anwar Bin Ibrahim si Ketua Umum aka ‘Sivagi The Boss’ sepertimana yang dilabelkan oleh blog Sharpshooter ?

Dari segi melanggar prosedur tatacara pemilihan iaitu pertikaian tarikh surat penarikan diri Che Mat, saya bersetuju dengan anggota parti terrsebut. Justeru, saya sarankan anggota parti yang tidak berpuashati membuat membuat aduan bertulis kepada pihak berkenaan bagi menyiasat dakwaan ini, seterusnya mengambil tindakan lanjut. Dan jika perlu, mungkin diadakan pemilihan semula ?

Namun, dari aspek lain jika benar ada campurtangan Anwar yang menasihatkan Che Mat untuk menarik diri, saya yakin pertimbangan Anwar bukan faktor kesihatan Che Mat semata-mata. Tentu ada faktor lain yang lebih utama lebih mendesak. Seperti mana tindakan parti terhadap bekas TKM 1 Fairus Khairuddin dulu.

Dalam hal ini, demi menjaga hati banyak pihak, demi menjaga keharmonian dan keutuhan parti, saya percaya Anwar tidak akan berterus terang kepada akar umbi biarpun ada yang termakan hati dengan tindakannya itu, termasuk saya sendiri dan Sharpshooter ( dalam isu Fairus.)

Saya masih teringat ketika bekas Pengerusi PKR P.Pinang Zahrain Hashim dan Timbalannya Mansor Othman mengadakan mesyuarat khas dengan pimpinan PKR negeri, berterus terang mendedahkan kebobrokon Fairus, Anwar yang berada di ibu kota ketika itu, melenting habis. Zahrain dan Mansor menjadi mangsa amarahnya.

Saya yakin Anwar begitu juga Azizah tidak akan ‘mengaibkan’ apatah melupakan jasa mana-mana barisan pimpinannya, lebih-lebih lagi di cabang Permatang Pauh.

Bersambung..Mengapa Ada Ahli Pmtg Pauh Mahu Che Mat Yang Sakit Pertahan Jawatan? ( 2 )

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails