Tuesday, September 28, 2010

"Judi Halal Kalau Yang Buat Itu UMNO"

"Begitu juga hukum orang bukan Islam masuk masjid menjadi haram kerana berhadas besar kalau Cina DAP, tetapi suci lagi menyucikan jika yang masuk itu India MIC YB P. Kamalanathan, ahli parlimen Hulu Selangor,"

Tue, Sep 28, 2010

PETALING JAYA: PAS menempelak Umno dengan mendakwa parti itu memang mempolitikkan apa sahaja peluang untuk menaruh kebencian rakyat kepada kerajaan Pakatan Rakyat.

Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata, Umno melaga-lagakan isu agama dan kaum supaya Pakatan Rakyat retak dan senang untuk BN meluluskan banyak lagi lesen judi.

"Kebiasaannya suatu hukum akan berubah apabila pemimpin Umno buat, contohnya judi halal kalau yang buat itu ialah kerajaan Umno BN, tetapi berubah menjadi haram kalau lain daripada kerajaan Umno BN.

"Begitu juga hukum orang bukan Islam masuk masjid menjadi haram kerana berhadas besar kalau Cina DAP, tetapi suci lagi menyucikan jika yang masuk itu India MIC YB P. Kamalanathan, ahli parlimen Hulu Selangor," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Idris dipercayai berkata demikian sebagai mengulas tuduhan pemimpin Umno bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang memberi RM100 wang ehsan kepada warga emas telah diambil daripada sumber judi.

Tuduhan itu dibuat oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang mendedahkan kerajaan Pulau Pinang menerima sumbangan sebanyak RM500,000 daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang yang merupakan sebuah kelab yang mengendalikan pertaruhan lumba kuda di negeri itu.

Bagaimanapun, Ketua Menteri Lim Guan Eng menafikan dakwaan itu, dan Setiausaha Politiknya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Komtar Ng Wei Aik membuat laporan ke atas penulis blog itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Ketua Menteri Pulau Pinang menjelaskan wang ini ialah daripada lebihan perbelanjaan kerajaan Pulau Pinang hasil daripada jimat cermat sebanyak RM35.41 juta, daripada sinilah diambil RM20 juta untuk diagihkan kepada warga emas

Idris juga mendakwa, sejak awal lagi Umno sudah hidup dengan judi dan hubungan seperti kembar Siam.

"Ini terbukti apabila kalangan ulamak di dalam Umno membantah loteri kebajikan adalah haram. Pemimpin Umno tidak memperdulikan bantahan ulamak dalam Umno.

"Sampai sekarang kita tidak dengar suara membantah secara agresif dalam Umno supaya judi dihapuskan, malahan kerajaan Umno BN meluluskan lesen judi bola 2010 sempena pertandingan Piala Dunia kepada Syarikat Ascot Sport," katanya.


Free Malaysia Today

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails