Thursday, September 30, 2010
Jangan halang saya bertanding - Zaid
MUKADIMAH: ‘‘DALAM parti kita perlu berbaik-baik dan tidak perlu berkelahi hanya kerana berbeza pendapat. Hendak kata saya tidak setia, jual parti, pengkhianat dan sebagainya tidak perlulah. Cakap dan pilih sahaja siapa yang lebih baik daripada saya, cukuplah.’’
Kata-kata yang dilafazkan oleh DATUK ZAID IBRAHIM cukup mendalam maksudnya. Keputusan beliau untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), apatah lagi terpaksa bertembung Azmin Ali yang merupakan orang kesayangan Datuk Seri Anwar Ibrahim seolah-olah tidak begitu direstui kepada kelompok yang menyebelahi kedua-dua pemimpin berkenaan.
Kesudahan Zaid diserang habis-habisan. Daripada seorang yang dianggap wira apabila membuat keputusan menyertai PKR kini Zaid dituduh macam-macam termasuk pengkhianat.
Tetapi dalam wawancara dengan wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR, MOHD. ASRON MUSTAPHA dan HAFIZAHRIL HAMID, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, beliau tidak peduli apa pun orang kata. Sebaliknya beliau percaya kepada kebijaksanaan ahli-ahli membuat keputusan. Dalam wawancara hampir sejam itu juga Zaid menjawab segala persoalan termasuklah dakwaan beliau disokong oleh Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah serta pandangan mengenai Anwar dan Azmin.
MINGGUAN: Ramai mempertikaikan kenapa Datuk hendak bertanding walaupun tidak sampai setahun masuk PKR?
ZAID: Kalau kita tidak mahu orang bertanding buatlah peraturan. Bila parti kata sesiapa boleh bertanding maka tidak ada sesiapa boleh mengungkit perkara itu. Sama ada layak jadi ketua atau tidak itu ahli yang menentukan.
Tetapi jika melihat kepada tindakan sesetengah pemimpin yang buat taat setia kepada Azmin tidakkah ini bermaksud Datuk tidak dialu-alukan?
ZAID: Kalau kita ada blok atau kumpulan dalam parti, ini yang menyebabkan pemilihan tidak sihat. Masa berkempen, terangkanlah kenapa calon mereka lebih baik. Tidak perlu cakap orang ini tidak baik, tindakan itu hanya merosakkan parti. Saya tak tahulah mungkin perancangan atau strategi tapi ia sesuatu yang tidak sihat.
Tapi Datuk tidak kecewa kerana di Hulu Selangor Datuk disanjung sebagai calon terbaik, kini bila hendak bertanding jawatan dalam parti Datuk diserang?
ZAID: Bagi saya ia agak pelik. Masa saya masuk dahulu dianggap sebagai wira, berprinsip, berani dan sebagainya. Tapi sekarang ia sudah jadi terbalik pula. Hendak kata saya kecewa itu tidaklah kerana saya dalam politik sudah lama. Ini menjadikan saya lebih faham tentang kerenah politik tidak kira dalam parti mana pun.
Sejauh mana kebenaran tentang wujudnya kumpulan-kumpulan dalam pemilihan PKR kali ini?
ZAID: Saya sebenarnya tidak tahu secara sahih, ia hanya percakapan orang. Setakat ini tidak ada orang menyokong saya secara terbuka. Saya juga tidak tahu sama ada Azmin disokong oleh Anwar secara terbuka.
Pada saya perkara ini tidak begitu penting sangat kerana dalam politik sokongan yang nampak jelas pun tipu juga, yang tidak cakap apa-apa pun sokong kita. Saya tidak terlalu bimbang dari segi wayang atau permainan ini kerana yang lebih penting ahli- ahli faham apa isu di dalam pemilihan ini.
Apa yang mendorong Datuk untuk bertanding?
ZAID: Sebenarnya ada tiga perkara pokok yang saya mahu ketengahkan kenapa saya menawarkan diri.
Pertama, gerakan reformasi yang diasaskan pada 1998 berkisar kepada isu-isu ketika itu iaitu apa yang berlaku kepada Anwar. Semua ini menjadi sebab utama kenapa parti ini ditubuhkan.
Tapi itu lebih 10 tahun dahulu, namun hari ini PKR menjadi ketua Pakatan Rakyat. Jika kita mahu terus menjadi ketua, kita juga mesti menjadi parti yang lebih kuat, keahlian lebih mantap serta dasarnya lebih jelas. Saya melihat setakat hari ini PKR belum dalam keadaan itu. Oleh itu saya rasa parti ini perlu melangkah ke satu tahap baru. Saya tidak suka parti ini menjadi pembangkang semata-mata. Saya tidak menganggap politik sebagai satu permusuhan, sebaliknya satu cara menyuarakan pendapat. Dasar kita mungkin berbeza dengan dasar kerajaan tetapi ia perlu berkisar kepada keperluan rakyat. Jangan hanya kerana perbezaan pendekatan kita perlu menjadi musuh.
Pendekatan saya adalah dalam dasar, dan saya lebih suka parti ini menyuarakan ketidakpuasan terhadap kerajaan dan pada masa yang sama menyuarakan pandangan atau dasar yang lebih konkrit.
Pendekatan begini bagi saya adalah lebih sesuai. Bila rakyat kata perubahan, ia adalah kepada dasar kerajaan, kehidupan mereka dan bukan perubahan ketua. Rakyat mahu melihat penyelesaian masalah negara. Bagi saya parti ini akan menjadi lebih kemas dan tersusun jika pendekatan itu diambil.
Keduanya, dalam kita menyediakan dasar ini, bagi pihak pembangkang ia lebih mencabar kerana ia adalah pakatan baharu Sebab itu ia lebih memerlukan kita tumpukan kepada dasar yang jelas supaya rakyat tidak mengatakan ia hanya sebuah rakan kongsi untuk menang pilihan raya. Kita harus menyelesaikan perbezaan yang wujud.
Bagi saya inilah peranan yang perlu dimainkan oleh PKR dan saya rasa dalam soal ini saya lebih berkemampuan berbanding calon-calon lain. Kalau ahli-ahli PKR melihat ia penting maka mereka perlu memilih saya dan begitu juga sebaliknya.
Perkara ketiga ialah saya yakin dengan konsep demokrasi dan orang kata saya liberal. Namun bagi saya liberal itu tidak negatif sebenarnya dan saya terbuka dalam banyak hal kerana saya berpandangan politik di negara ini tidak boleh dogmatik atau terlalu rigid. Ini adalah kerana sejarah dan kepelbagaian kaum di negara kita.
Maka pemimpin yang terlalu keras saya rasa tidak sesuai. Contohnya orang ini boleh, orang ini tidak boleh. Ataupun India tidak boleh orang Cina boleh atau orang Melayu sahaja yang boleh. Saya tidak boleh terima begitu. Maka saya rasa lebih sesuai PKR yang tidak tertumpu kepada satu-satu kaum dan kedudukan. Maka ia mencerminkan negara kita yang mana liberal pun ada, ortodoks pun ada. Ini adalah sesuai untuk demokrasi di negara ini. Namun ia tidak sesuai untuk negara jika parti sendiri tidak bersedia mencuba pendekatan itu.
Adakah Datuk yakin visi ini mampu diterima oleh ahli-ahli PKR?
ZAID: Mesti ada dua pandangan berbeza dalam hal ini. Saya sebenarnya tidak bimbang dengan apa orang kata kerana percaya apa yang saya perkatakan bukan sesuatu yang rumit untuk difahami. Ahli PKR perlu lihat apakah parti mereka ini kuat, tersusun dan cergas.
Namun ke mana-mana saya pergi orang akan kata PKR lebih lemah daripada Pas dan DAP, malah duit pun tidak ada. Saya dengar PKR tidak sebegitu hebat seperti yang digambarkan. Jadi saya rasa jika ahli hendak perubahan maka mereka perlu memberi peluang pada saya, mana tahu masalah ini akan selesai. Tetapi jika ahli puas hati kepada Azmin atau sesiapa yang bertanding maka pilihlah mereka, tidak ada masalah dan terpulang kepada ahli.
Datuk ada menulis di dalam blog bagaimana mahu memperkasakan Presiden. Jika dilihat Presiden PKR tidak ada kuasa?
ZAID: Kita berhadapan dengan satu keadaan yang unik di mana orang yang benar-benar berkuasa (Anwar) tidak ada jawatan. Saya merasakan kita faham sejarah bahawa beliau pernah masuk penjara dan tidak boleh pegang jawatan. Tapi itu pada 2007, namun masa itu beliau cuba bertanding cuma pada saat-saat akhir beliau tarik diri dan ketika itu Rahman Osman hendak melawan beliau. Oleh itu Anwar pernah cuba untuk bertanding namun ketika itu beliau tidak layak memegang jawatan kerana kes itu.
Namun sekarang ini Anwar sudah layak jadi saya hormati jika dia tidak mahu memegang jawatan. Saya tidak kata orang yang tidak ada jawatan tidak ada sumbangan dan saya tidak kata beliau terpaksa bertanding. Cuma saya kata Presiden ketika ini adalah Wan Azizah, maka beliaulah yang kita perlu hormati, memberi arahan dan membuat keputusan.
Kita tidak boleh kata hanya kerana kenal baik dengan Ketua Umum maka keputusan mesti datang daripada Ketua Umum. Ini kerana PKR tidak boleh lain daripada parti lain. Kita kena ikut struktur parti. Maka jika saya menang jawatan timbalan, saya lihat boleh merubah keadaan dengan erti kata lain, saya percaya Presiden perlu dihormati dan keputusan perlu datang daripadanya.
Tentang sumbangan Anwar, kita perlu hargai kerana beliau adalah pengasas dan orang yang terkenal namun tetap tidak boleh melebihi Presiden parti. Itu yang saya maksudkan.
Anwar sudah mendapat lapan pencalonan dan ia melayakkan beliau bertanding. Apa yang Datuk lihat tersirat di sebalik pencalonan itu?
ZAID: Maksudnya ramai yang berfikiran seperti saya, mereka merasakan Anwar perlu menjadi ketua, maka adalah wajar beliau menjadi Presiden. Kesetiaan saya bukan kepada orang tetapi kepada jawatan itu. Tapi jika beliau kata tidak mahu bertanding maka Wan Azizah sebagai Presiden perlu benar-benar berkuasa. Kita tidak boleh memegang kedua-dua jawatan sekali gus atau kita hendak kuasa tetapi tak nak tanggungjawab. Di cabang-cabang dan ahli-ahli bertanya kenapa perkara ini berlaku. Namun saya merasakan mungkin beliau (Anwar) akan bertanding walaupun menyatakan tidak mahu bertanding. Ini kerana sebagai pemimpin, kita perlu mendengar pandangan dari cabang.
Ketika di dalam UMNO Datuk sering mengkritik tentang soal pemilihan dan pencalonan. Namun kini di dalam PKR yang Datuk kata lebih demokratik berlaku situasi lebih buruk lagi?
ZAID: Di Malaysia proses perubahan perlu dilalui secara berperingkat-peringkat. Benda yang tidak betul tetap tidak betul. Saya tidak kira UMNO, Pas dan sebagainya. Itu politik saya dan ia tidak menjamin kejayaan dari segi jawatan. Namun saya tidak peduli itu semua. Kita main politik ada banyak sebab, ada yang berpolitik sebab mahu jadi Perdana Menteri. Ada yang mahu jadi kaya.
Namun bagi saya jika dapat menyuarakan apa yang saya rasa itu sudah cukup. Jika saya rasakan sesuatu dasar itu tidak demokratik, atau tidak sesuai, saya akan bersuara. Mungkin orang akan anggap saya sebagai pengacau namun pada saya asalkan ia mampu membuat perubahan, saya berpuas hati. Dalam PKR, saya melihat ada unsur-unsur geng dan ia sesuatu yang tidak sihat. Ini kerana dalam parti, kita perlu berbaik-baik dan tidak perlu berkelahi hanya kerana berbeza pendapat. Hendak kata saya tidak setia, jual parti, pengkhianat dan sebagainya tidak perlulah. Cakap dan pilih sahaja siapa yang lebih baik daripada saya, cukuplah.
Apa yang Datuk maksudkan dalam soal pemilihan jawatan Timbalan Presiden antara Tun Ghafar Baba dan Anwar satu ketika dulu?
ZAID: Saya agak terkejut apabila orang samakan saya dengan Ghafar Baba. Saya tidak ada niat langsung. Beliau adalah Timbalan Perdana Menteri dan negarawan tapi saya bukan sesiapa pun. Jika saya menyamakan kedudukan dengan beliau, gilalah saya. Maksud sebenar saya ialah bila kita terlalu taksub maka kita lupa apa yang parti perlu lakukan. Bila kita kata parti adalah demokratik, maka kita perlu beri perluang kepada orang itu. Jika dia ada hak untuk bertanding maka kita perlu beri perluang dan saya kecewa dalam soal ini. Buka saya penyokong Ghafar, cuma saya kasihan pada beliau kerana Ghafar ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri namun peluang langsung tidak diberi.
Keadaan ketika itu adalah semua orang sayang sangat pada Anwar dan heboh kata jangan bagi pencalonan pada Ghafar. Bagi saya ini adalah keterlaluan dan apa yang saya nyatakan adalah sekadar ingatan kepada PKR. Walaupun mungkin kita sayang kepada Azmin atau Anwar sekalipun janganlah sampai saya hendak bertanding pun keluar arahan supaya saya tidak dicalonkan. Ini hanya sebagai ingatan supaya jangan guna arahan dan kuasa untuk malukan saya seperti mana yang berlaku kepada Ghafar.
Tidakkah Datuk rasa akan dikenakan tindakan disiplin kerana terlalu vokal walaupun ada kebenarannya?
ZAID: Saya tak tahulah kerana saya masuk PKR tidak fikir perkara itu. Saya berpolitik saya buatlah apa yang saya kata, itu saja. Saya ikut juga arahan tetapi biarlah ia patut dan sesuai. Saya dalam UMNO pun lebih 25 tahun dan selalu melawan. Saya tidak boleh tukar perangai saya dan lepas ini jika semua parti buang saya, nampaknya saya kena pencenlah daripada politik. Saya tidak akan menukar pendirian saya dan berharap ia tidak perlu menjadi satu isu. Bagaimana pula sikap sesetengah pemimpin yang duduk diam-diam tetapi 'membunuh' parti? Tidakkah ia menjadi masalah?
Katakanlah, ada seorang pemimpin ini cuba menjatuhkan kerajaan negeri Selangor, tidakkah itu menjadi kesalahan? Bagaimana dengan percaturan dalaman yang cuba menjatuhkan seseorang pemimpin, apakah itu tidak menjadi kesalahan? Orang seperti saya yang berterus terang pula perlu ditolak. Orang macam saya, kalau kata tidak suka Tan Sri Khalid Ibrahim, cakap saja terus terang. Saya tidak suka berpura-pura.
Apakah keputusan Datuk bertanding kerana terpengaruh dengan andaian bahawa Datuk bakal menggantikan Anwar dan disokong oleh DAP?
ZAID: Saya masuk PKR ini bukan hendak ganti Anwar atau menjadi Perdana Menteri, tidak pernah terlintas di kepala saya. Mungkin orang tidak percaya namun ini hakikatnya. Saya ada pendirian politik saya.
Saya lebih suka politik negara ini maju secara berperingkat-peringkat untuk kebaikan rakyat. Maka tidak perlu saya membuat percaturan untuk menjadi Presiden PKR dan sebagainya. Ia hanya cakap-cakap orang yang melihat jika saya menang, saya akan ganti Anwar. Politik tidak semudah itu. Kita tidak perlu berangan-angan untuk menjadi Perdana Menteri ataupun Menteri Kewangan. Ada orang tertentu sudah dijanjikan jika menang, jawatan menteri dan sebagainya akan diberikan. Saya tidak begitu dan kalau saya menang, Alhamdulillah. Saya tidak fikir soal jawatan, sebaliknya bagaimana untuk berkhidmat untuk lebih baik kepada rakyat.
Bagi saya kalau tidak sampai ke mana pun tidak mengapa kerana konsep saya berpolitik begitu. Umur saya pun sudah 60 tahun dan untuk mengubah cara berpolitik saya sudah terlewat. Namun saya harap untuk kematangan politik negara dan Parlimen menjadi lebih berkesan dan dasar lebih baik, maka pihak kerajaan dan pembangkang perlu berusaha untuk mempunyai dialog yang sihat.
Ini kerana setiap dasar itu mempunyai baik dan buruk. Jika saya dapat memberikan sumbangan dalam menyemarakkan lagi kematangan berpolitik di negara ini, saya sudah cukup berbangga. Saya tidak perlukan apa-apa jawatan malah kalau saya mahu mungkin saya masih memegang jawatan menteri sehingga hari ini. Namun saya rasa lebih berkesan dari luar untuk bersuara supaya rakyat faham. Saya percaya isu-isu hak asasi manusia, kebebasan akhbar dan sebagainya masih perlu diperjuangkan. Itulah arus yang mahu saya bawa dalam PKR dan pembangkang kalau diberi peluang untuk menyandang jawatan Timbalan Presiden PKR.
(Wawancara ini dipetik dari muka surat 7, surat khabar Mingguan Malaysia, yang diterbit pada Ahad, 26 September 2010)
http://www.zaiduntukrakyat.com
Archive
-
▼
2010
(3220)
-
▼
September
(297)
- Pstt!! Rahsia Khir Toyo ni...
- Serigala Berkulit Berbiri didalam PKR..
- 11 ADUN UMNO Pulau Pinang Dicabar Mengembalikan Se...
- Konspirasi Azmin jatuhkan Khalid?
- RM100 : Duit Gaji tu... pulangkanlah juga..
- DUN Galas: Tarikh pilihan raya kecil diumum 6 Okt
- RM100 : Hanya 9 Orang telah memulangkan.. 31 lagi ...
- RM100 : Ada pihak desak warga emas pulang wang ihs...
- Polis Curi 20 Kg Syabu bahan bukti?
- Kes Liwat : Saiful yang Menentang Anwar, bukan Ker...
- PULANGKAN.. Sandiwara terbaru UMNO..
- Jangan halang saya bertanding - Zaid
- Kes Bunuh Sosilawati : Usahawan India Ditipu 'Poli...
- PERKASA 'isytihar' perang terhadap Namewee (Video ...
- DUN Galas : Situasi sukar buat Ku Li
- JEMPUTAN KE RUMAH TERBUKA AMK PULAU PINANG
- Kes Bunuh Sosilawati: Ladang suspek ada banyak buk...
- Speaker hantar surat kekosongan kerusi DUN Galas
- Pemilihan PKR : Kemenangan ‘Team Reformasi’ dipert...
- Dun Galas : Depa mula kempen dahhh...
- Ustaz Hassan nasihat AMK Kulim jangan emosional
- Cikgu Zul @ Zulkifli Mohamed Hentikanlah Provokasi...
- Nazri Aziz dilanda sindrom Malayfobia?
- UMNO! Jangan Gempar Orang Kampung!
- "Judi Halal Kalau Yang Buat Itu UMNO"
- Kekecohan mesyuarat PKR kerana demokrasi Parti bel...
- SPR Akan Tentukan Tarikh PRK Galas
- ADUN Galas Dikebumikan Awal Pagi Ini
- Xavier : Saya tidak Tumbuk atau Tendang sesiapapun...
- Tak reti nak bertolak ansur ka?
- Pilihan raya kecil DUN Galas selepas AGM Umno?
- Kes Bunuh Sosilawat : 2 Abang Usahawan India Beri ...
- Kes Bunuh Sosilawati : Keluarga saudagar fail bant...
- Pemilihan PKR : PENAFIAN!
- Isu wang ihsan : Reezal Merican HIPOKRIT!!
- Pemilihan PKR : Politik Kotor yang semakin Kotor.....
- PR Tidak akan mampu tawan Putrajaya - Koh Tsu Koon...
- Galas: Nik Aziz ucap takziah, PAS sedia hadapi pil...
- Al- Fatihah buat ADUN PAS Galas Che Hashim
- Tanah Rizab Bumiputra di Pulau Pinang Tergadai?
- Pemilihan PKR : Raja Petra Dicalonkan Tanding MPP
- ADUN Galas masuk hospital, keadaan serius.
- KEJAHILAN Reezal Merican dan Penyokongnya terserla...
- Kes Bunuh Sosilawati : Polis dipercayai tak jumpa ...
- Branson urges Najib to halt Sodomy II trial
- Pemilihan PKR di Kapar, Klang kecoh dan MEMALUKAN....
- Pemilihan PKR : Johari tak mahu layan
- Kes Bunuh Sosilawati: Suspek Utama dakwa dibelasah...
- Pemilihan Cabang : Ahad penuh kecoh, MEMALUKAN bua...
- Eh!! Pengurus Kempen pun kecundang?
- Mengapa Ada Ahli PKR Pmtg Pauh Mahu Pak Tam Perta...
- Kes Bunuh Sosilawati : Tiga Suspek direman 6 hari
- Keadilan Permatang Pauh - Ribut dalam cawan
- Kes Bunuh Sosilawati : Allahyarham mencari kasih
- Kes Bunuh Sosilawati : Harta Allahyarham bernilai ...
- Pemilihan PKR : Azmin 72, Zaid 27, Mustaffa 15, Ti...
- UMNO patut malu lulus lesen judi
- KeADILan jangan silap catur
- Dah kalah tu.. sudah-sudahlah...
- Alahaiii... Naib Presiden PKR kalah di Pasir Salak...
- Pemuda UMNO bohong, wang ihsan bukan dana kelab ku...
- Yang tak faham 1Malaysia tu.. Nazri dan Muhyiddin ...
- Konspirasi Anak-Beranak Dalam PKR?
- Sikap lantang Zaid wajar: Penganalisis
- Hari Ini & Esok : 80 Cabang Saksikan Pertarungan
- TG Nik Aziz tiada hasrat saman I'Da World
- Kes Bunuh Sosilawati : Pasukan Forensik Polis Dan ...
- AZMIN ALI!! Sila Ambil Perhatian!
- Kes Bunuh Sosilawati : Polis Nafi beliau dirogol s...
- UMNO & Judi : UMNO & Magnum 4 Digit (Bahagian 3)
- UMNO & Judi : UMNO & Sports Toto (Bahagian 2)
- UMNO & Judi : UMNO & Genting (Bahagaian 1)
- Kes Pembunuhan Sosilawati: Perbualan terakhir dipe...
- Berita Kehilangan Muthuraja 'Panas' Di India
- Zunar ditangkap polis!
- Hebahan : KHAS buat Warga Pulau Pinang !
- Apa yang benarnya tentang Program Transformasi Eko...
- Cek RM4B: Dalang pemberian makin terdedah
- Pulanglah Ayah! Rayu Anak Raja Petra
- Pemilihan PKR : Azmin Salahkan Free Malaysia Today...
- One Member One Vote - Parti Keadilan Rakyat Divisi...
- Kenyataan Media Presiden mengenai Pemilihan 2010
- Tanda Awal Pembunuh Sosilawati Mungkin Terlepas?
- Kes Bunuh Sosilawati : Suspek Bakal Terlepas?
- Kes bunuh Sosilawati: Suspek minta tebusan RM1j
- Ibu Jenis apakah ini?.. yang tetap sayang Pembunuh...
- Nurul Izzah bertanding Naib Presiden? .. Padan Muk...
- Kes Bunuh Sosilawati : Usharani Dedah Rakaman Perb...
- I'Da World Group sudah Merajuk...
- UMNO Paya Besar hina Sultan Pahang
- Kes Bunuh Sosilawati : Reman 5 Suspek disambung se...
- Mustahil wang ihsan Pulau Pinang guna hasil sumber...
- Kes Bunuh Sosilawati : Suspek Utama dibawa ke salu...
- Videoclip : Penjelasan dari TG Nik Aziz berkenaan ...
- Kes Bunuh Sosilawati : 8 suspek jalani ujian SPERM...
- Zahid Mat Arip! Jangan hidup bercerminkan bangkai
- Cek RM4 bilion, GNI RM1.7 trilion hanya dongeng pe...
- Kes Bunuh Sosilawati : Pegawai Polis minta RM1Juta...
- Kes Bunuh Sosilawati : Berapa ramai yang dibunuh P...
- Pembunuh Syafiah Humaira dihukum Mati pada Hari Ja...
- Pemilihan PKR : 176 Aduan pelbagai kesalahan diter...
- Jemputan ke Roadshow Generasi Reformasi
- Pembunuh Syafiah Humairah Dihukum Mati
- Kes Bunuh Sosilawati : Siasatan tidak lengkap, Ker...
- Projek RM2.4 Billion untuk Kroni Taib Mahmud diten...
- Nombor plat 'MCA' hanya untuk ahli MCA?
- Kes Bunuh Sosilawati : Suspek utama tunjuk lokasi ...
- Kes Bunuh Sosilawati: Seorang Kontraktor Dan Rakan...
- Blog Anti Zaid dibina - Kenapa Hingga Jadi Begini?...
- Memikirkan pemilihan Parti Keadilan Rakyat
- Tak Boleh Lesen Judi Sukan.. Kasino pula yang nak ...
- Sidang kemuncak "First Ladies" pertama di Malaysia...
- Kes Bunuh Sosilawati : Suspek Utama dibawa ke peja...
- Bukti Penyelewengan Pemilihan PKR Indera Mahkota s...
- Tanah KTMB RM400 juta, dijual dengan harga RM50 ju...
- Nik Nazmi! Nak bodek tu.. agak-agak la...
- Mari Sertai UMNO!! Kami ada Projek bernilai RM1.4 ...
- Pemilihan PKR : Ini barulah kenyataan yang PROFFES...
- PERKASA tiada hak pengaruhi UMNO - KJ
- Kes Bunuh Sosilawati: Kertas siasatan diserah kepa...
- Perbicaraan kes DSAI diteruskan 14 Oktober untuk p...
- Anwar - Azmin, Cakap Tak Serupa BIKIN?
- Masalahnya dengan PKR...
- PKR Leaders!!! Practice What You Preach!!
- Kes Bunuh Sosilawati : TG Nik Aziz lawat keluarga ...
- Zaid ikrar bela, kembalikan kuasa Azizah
- Nota misteri Teoh ditulis dalam Bahasa Malaysia, C...
- Kes Bunuh Sosilawati : Suspek bijak musnah bukti D...
- Wang Ehsan : Pemimpin UMNO berpaut pada TAHI..
- Pemilihan PKR Permatang Pauh : Bolehkah Datuk MANS...
- Incumbent withdraws, DCM Mansor wins
- Kes bunuh Sosilawat i: Mangsa mendermakan RM1j set...
- Azab pembantu rumah
- Debat AMK : Live dari Taiping...
- Etika Pemilihan PKR untuk SIAPA?
- Kes Bunuh Sosilawati : Tiga Suspek ditahan reman t...
- Kes Bunuh Sosilawati: Pekida berkabung
- Pemilihan PKR : Bebas Dari Fitnah, Sogokan - Anwar...
- Kes Bunuh Sosilawati : Mangsa Dipukul guna kayu kr...
- Kes Bunuh Sosilawat i: Pemukul Kriket Mungkin Anta...
- Kes Bunuh Sosilawati : Laporan Penuh Dikemukakan k...
- Kes Pembunuhan Sosilawati : Polis Punya Bukti Kuku...
- M Rajoli meninggal dunia
- Kes Bunuh Sosilawati : Polis menjumpai ratusan fra...
- Kes Bunuh Sosilawati : Nama Murugiah dikaitkan.
- Kes Bunuh Sosilawati : Utusan Malaysia macam MOSSA...
- Kes Bunuh Sosilawati : DAP Mangsa Fitnah Utusan.
- Batal Concert : Mana mungkin Ahli UMNO menyokong k...
- Kes Bunuh Sosilawati : Seorang lagi dakwa Nyaris j...
- Pemilihan PKR : Suatu hari nanti Saya tetap akan M...
- Khir Toyo patut jangan bermimpi kembali jadi MB Se...
- Kes Bunuh Sosilawati : Tiga dakwa nyaris jadi mang...
- PERKASA lebih Hebat dari Pemuda UMNO - Khir Toyo
- Kes Bunuh Sosilawati : Bertelingkah hasil jualan t...
- Kes Bunuh Sosilawati : Suspek seorang yang Panas B...
- Pemilihan PKR : Tiada Kemenangan Percuma buat TKM1...
- Kes Bunuh Sosilawati : 9 Kes Jenayah Dikaitkan Den...
- Kes Bunuh Sosilawati : Lagi tulang mangsa ditemui
- Kes Bunuh Sosilawati : Suspek disyaki terbabit kes...
- Kes Bunuh Sosilawati : Suspek mempunyai tujuh lap...
- Kes Bunuh Sosilawati : Pemuda kerat mangsa masih d...
- Wanita Keadilan & Muslimat PAS Adakan Majlis Tahli...
- Azmin Ali sahkan tanding jawatan timbalan presiden...
- Kes Bunuh Sosilawati : Suspek Utama Beli Gelaran '...
- Kes Bunuh Sosilawati : Mangsa mahu tuntut semula R...
- Kes Bunuh Sosilawati : 16 Anjing Rottweiler dipeli...
- Pemilihan PKR : AMK Pulau Pinang menyokong Chegu B...
- Kes Bunuh Sosilawati: Suspek utama tidak pernah te...
- Kes Bunuh Sosilawati : Sosilawati tiada senjata ap...
- Kes Bunuh Sosilawati : Pakar psikiatri yakin suspe...
- Perutusan Hari Malaysia oleh Lim Guan Eng
- Kes Bunuh Sosilawati : Kes dianggap selesai.
- Kes Bunuh Sosilawati : Dua kes orang hilang ada ka...
- Kes Bunuh Sosilawati : Tiada bukti mangsa disembel...
- Siapakah 'Musuh Parti' dalam PKR?
- GERAKAN Parti Terbaik Ketuai BN Penang.. Bukannya ...
- Isu Perkasa: Ibrahim kecewa UMNO menjadi BONEKA M...
- Kes Bunuh Sosilawati : Kematian tragisnya ulangi k...
- Kes Bunuh Sosilawati : Empat suspek juga disyaki b...
- Kes Bunuh Sosilawati : Mangsa dipukul dengan Kayu ...
- Kes Bunuh Sosilawati : Suspek broker tanah RM100j
- Kes Bunuh Sosilawati : Polis temui 6 keping zink d...
- Kes Bunuh Sosilawati : Dibunuh 10 malam 30 Ogos
- Kes Bunuh Sosilawati : Neraka Pun Tak Terima Penje...
- Kes Bunuh Sosilawati: Waris Semua mangsa jalani uj...
- UMNO dan PERKASA.. sama-sama nak MAMPUS!!
- Kes Bunuh Sosilawati : Tamak punca pembunuhan?
- Ada pemimpin UMNO 'syok sendiri' ?
- Adakah detik kejatuhan Najib sedang bermula?
- Kes bunuh Sosilawati : Polis geledah firma guaman ...
- Pemilihan PKR : Syed Husin sahkan tak pertahan Ker...
- Kes Bunuh Sosilawati : Polis buka semula SEMBILAN ...
- Kes Bunuh Sosilawati : Wanita India bongkar ladang...
- Kes Bunuh Sosilawati : Mereka Juga DISEMBELIH..
- Kes Bunuh Sosilawati : Cangkuk diguna untuk membun...
- Kes Bunuh Sosilawati : Mayat dibakar guna Tahi Lem...
- Kes Bunuh Sosilawati : Beliau mungkin selamat jika...
- Kes Bunuh Sosilawati : Kalaulah tertuduh telah men...
- Pemilihan PKR : Jangan Mendakwa Mendapat Restu Sa...
- Kes Bunuh Sosilawati: Suspek dibawa ke lokasi dibu...
- Kes Bunuh Sosilawati : Tiada RM4 Juta dan Jam diam...
- Calon Oxford Diperlukan Untuk Ketua AMK !!
- Sosilawati dan tiga individu di SEKSA sampai MATI....
- Kes bunuh Sosilawati: Transaksi jutaan ringgit tel...
- Pemilihan PKR : Mengapa Anwar perlu memimpin secar...
- Inikah Datuk yang disyaki Membunuh Sosilawati?
- Sosilawati, tiga lagi dipukul hingga mati dan diba...
- Sosilawati serta tiga lagi disahkan mati dibunuh d...
- Pemilihan PKR : Azmin belum buat keputusan rebut j...
- Sosilawati mati dibunuh dan dibakar di Morib.
- Benarkah ini Sumber Kewangan Baru Najib?
- 70% Ahli UMNO menentang UMNO - Ibrahim Ali
- Timbalan Presiden PKR : Anwar masih membisu
- Pemilihan PKR : Anwar diminta campur tangan
- 'Kami penentu hala tuju kuasa negara ini' - PERKAS...
- UMNO dah 'bakar' al-Quran sejak 1946 lagi.
- Dulu saya dah kata pasal PERKASA ni - Nazri Aziz
- Ketua AMK : Kempen bermula dengan MENIPU?
- Malaysia Today diserang untuk menyembunyikan rasua...
- Mahathir Tetap Sokong PERKASA.
- Gereja batal kempen bakar al-Quran.
- Program Hari Raya Dato’ Seri Anwar Ibrahim
- Selamat Hari Raya buat semua...
- Perutusan Aidilfitri dari TG Nik Aziz
- Perutusan Aidilfitri 1431H dari Ketua Menteri Pul...
- Perutusan Aidilfitri dari DS Anwar Ibrahim
- Malaysia Today and Free Malaysia Today Attacked by...
- Mahathir marah kerana PAS bakal gantikan UMNO
- PERKASA dah jadi PERtubuhan KerA SUmbang (PERKASU)...
- Pemilihan PKR : Apa yang sama dengan UMNO?
- Tengku Adnan tidak mahukan undi orang Melayu - Ibr...
- Pemilihan PKR : AZMIN dan ZAID dibidas...
- Jangan Jadi 'Yes Men'... err macam saya.. - Musa H...
- Calon Timbalan Presiden PKR: Siapa di sebalik tabi...
- Pemilihan PKR : Azmin dicabar ditempat sendiri..
- Habislah Ibrahim Ali PRU13 ni...
- Wajah Sebenar Pemimpin PKR terutamanya Azmin semak...
- UMNO takut kerana saya banyak bantu Melayu, Islam-...
- Bonus RM1000, Khalid sepatutnya beri lebih awal..
- Azmin lantik Anwar pengurus kempennya?
- Bila pulak kami Pro-Azmin?
- Rosmah Membaca Al-Quran sambil mendedahkan Aurat !...
- Budaya UMNO dibawa lagi didalam PKR...
- Kerajaan PR Tidak Rompak Harta Rakyat Seperti Umno...
- Ketua AMK: Hasmi belum umum tanding
- Azmin Ali.. Budaya UMNO jangan dibawa kedalam PKR....
- Musa Hassan Kecewa?
- Sokongan pada Azmin mungkin tak sekuat manapun...
- MP PKR nafi jadi dalang serang Zaid
- Saya masih waras - Guan Eng
- Pemilihan PKR : 20 MP itu bukan mewakili 400,000 a...
- Nasib Saya akan sama Seperti Pak Ghafar Baba?
- Guan Eng dakwa media tidak adil
- Pemilihan PKR : Tiada Sengketa antara Kita - Amir
- TKM 1 Mansor Othman tercabar di Permatang Pauh
- Timbalan Presiden PKR: Siapa Berjaya, Siapa Tersin...
- Mat Said didakwa beri kontrak kepada Mek Hawa tanp...
- PERPECAHAN YANG PERLU DI ELAKKAN
- 'Superimpose' menggambarkan imej buruk UMNO
- Pegawai penyiasat hina mangsa ragut digantung tuga...
- Khusrin Dinasihat Rujuk Fatwa Jika Cetek Pengetahu...
- Apa hal Ketua Pembangkang Pulau Pinang ni?
- Iklan Raya apa ni? (Video inside)
- Pemilihan PKR : Dua laporan polis terhadap ketua ...
- Saya masih Teo, kontroversi surau ada hikmahnya
- Minta DIBERSIHKAN nama dari Islam?
- Khas buat Nik Nazmi.. walau dimana jua anda berada...
- Setiap serangan, menambah sokongan terhadapnya..
- Pemilihan PKR Kedah: Ramai muka baru cuba nasib
- Guan Eng - Muka macam saya, gaya macam saya, cara ...
- Tuduhan Zahrain dinafikan CEO The Malaysian Inside...
- Pemilihan PKR : Azmin, Zaid mendahului Jawatan no ...
- Scandal PKFZ: Liong Sik mahu kertas Kabinet diubah...
- Pemilihan PKR : Azmin dianggap calon popular
- Fitnah Guan Eng sembelih lembu melampau
- A tale of two states and two men.
- Kitapun buka Aurat dalam Masjid....
- Saham itu milik UMNO, Mahathir beritahu saya..
- Demi Kuasa.. nama Anwar dan Azizah dijual mereka.....
- Najib bercakap dari dalam Kapal Selam kah?
- PRU ke-13 selepas Anwar ke penjara?
- MAIS melarang Teo memasuki ruang solat masjid
- Isu LDP: Komponen BN tidak boleh angkuh, kata pemi...
- UMNO Berpesta Fitnah Di Bulan Barakah
- Aurat: Siapa yang tidak hormati agama sebenarnya?
- Dokumentari : UMNO bukanlah Pejuang sebenar KEMERD...
- Teo Nie Ching Perlu dapatkan kebenaran MAIS untuk ...
- Isu Masjid : UMNO mengigit jari lagi..
- Kontrak Musa Hassan tidak disambung..
- Mencari Pemimpin Rakyat (1)
- Kilang Anak Haram ditangguh pembukaannya..
- Daftar pemilih: DAP masih di depan, UMNO mula keja...
- RM250 Duit Raya buat Guru KAFA di Pulau Pinang..
- 10 Dongeng Hari Kemerdekaan...
- Sultan S'gor gantung gelaran Dr Ling, OC Phang
- 13 Mei : Racun yang disangka ubat oleh UMNO.
- Kemerdekaan ke 53 : Bukan Melayu Perlu Tahu Melayu...
-
▼
September
(297)

