Friday, September 24, 2010

Hebahan : KHAS buat Warga Pulau Pinang !

Click image to enlarge view

Melarang Pembelokan ke Kanan di Sepanjang Lebuhraya Bayan Lepas pada Waktu Puncak Petang

1.Cadangan ini akan diuji oleh pihak polis mulai 24 September 2010 dan akan dikekalkan sekiranya didapati boleh membantu melegakan kesesakan lalulintas pada waktu puncak petang di sepanjang Lebuhraya Bayan Lepas. Pemerhatian juga akan dibuat untuk mengenalpasti samada tindakan ini menyebabkan kesesakan lalulintas di tempat-tempat lain.

2.Tempoh cadangan larangan pembelokan ke kanan adalah dari jam 5.30 petang hingga 7.00 petang dari Hari Isnin hingga Jumaat. Tempoh ini akan dipanjangkan atau dipendekkan bergantung kepada keadaan lalulintas di Lebuhraya Bayan Lepas.


3.Tiga persimpangan berlampu isyarat di mana larangan pembelokan ke kanan akan diadakan adalah:-
i. Persimpangan Lebuhraya Bayan Lepas/ Jalan Kampung Jawa;
ii. Persimpangan Lebuhraya Bayan Lepas/ Lebuhraya Kampung Jawa; dan
iii.Persimpangan Lebuhraya Bayan Lepas/ Hilir Sungai Keluang 1.

4.Kenderaan-kenderaan yang terlibat dalam larangan ini adalah dinasihatkan untuk menggunakan jejambat Persiaran Bayan Indah atau pusingan ‘U’ sebelum Jalan Batu Maung untuk memusing balik ke Lebuhraya Bayan Lepas.

5.Tuan/ puan boleh menghubungi Majlis di azlirizal@mppp.gov.my atau memanggil 04-2592202 pada waktu pejabat sekiranya ingin mengemukakan pandangan atau ulasan.


dari e-mail aku

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails