Monday, September 20, 2010

Wang Ehsan : Pemimpin UMNO berpaut pada TAHI..

Adakah kini pemimpin UMNO benar-benar seperti yang digambarkan oleh Tuan Haji Mohd Sabu sekarang?

Apa yang digambarkan oleh Tuan Hj Mohd Sabu ialah UMNO dan pemimpinnya kini umpama orang yang terkapai-kapai kelemasan di dalam sungai, maka demi menyelamatkan diri mereka dari mati lemas mereka akan berpaut kepada apa saja yang melintas didepan mereka, biarpun tempat berpaut mereka itu adalah seketul tahi...

Begitulah gambaran pemimpin mereka sekarang.. biarpun maklumat itu datang dari sumber yang tidak pasti, asalkan ianya menyerang Pakatan Rakyat mereka terus menggunakannya untuk menyerang biarpun ada antaranya hanyalah mendedahkan pekung didada mereka sendiri..

Reezal Merican Naina Merican harus tahu sebenarnya tiada warga emas yang resah dengan dakwaan blog pro UMNO itu, kerena majoriti warga emas yang menyokong UMNO itu tidak mengenal apa itu Blog...

Guan Eng nafi wang ihsan hasil judi


PERAI - Kerajaan Negeri menafikan pemberian wang ihsan kepada rakyat Pulau Pinang adalah daripada hasil judi.

Sambil menyifatkannya sebagai satu fitnah, Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, ia jelas menunjukkan UMNO dan ‘cybertroopers’nya sedang berganding bahu dengan niat mahu mensabotaj serta menjatuhkan imej Kerajaan Negeri dengan melemparkan tuduhan tidak berasas itu.:

Beliau menegaskan bahawa wang yang diberikan kepada rakyat adalah hasil daripada penjimatan Kerajaan Negeri dan juga antirasuah yang diamalkan.

“Saya tidak tahu sama ada antirasuah itu halal atau haram bagi UMNO. Mungkin mereka pro rasuah, sebab itulah mereka kata antirasuah ini haram.


“Saya juga ingin bertanya siapa yang meluluskan lesen judi? Kerajaan Negeri atau Pusat? Jadi, janganlah menuding jari kepada orang lain kerana empat jari lagi akan terkena pada diri sendiri,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian Pusat Khidmat Komuniti DAP Jalan Baru, dekat Taman Supreme di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri II yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai, P Ramasamy.

Menurutnya, UMNO kini ketandusan idea menyebabkan mereka sentiasa mereka-reka cerita dan menyebarkan fitnah untuk merosakkan nama Kerajaan Negeri.

“Saya percaya rakyat di negeri ini tidak akan termakan dengan kata-kata UMNO dan berharap agar mereka dapat melihat sendiri keadaan UMNO yang sebenar,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas desakan Pemuda UMNO yang mahu Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberi penjelasan berhubung dakwaan sebuah blog bahawa dana untuk agihan wang ihsan RM100 kepada warga emas dan RM1,000 untuk kategori pengurusan jenazah yang dilaksanakan di negeri ini sejak beberapa bulan lalu adalah daripada sumber perjudian.

Ketua Penerangannya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, dakwaan yang disiarkan blog pro UMNO itu menimbulkan keresahan terutama kepada warga emas dan waris si mati.

"Kita bukan menuduh Kerajaan Negeri menggunakan wang daripada sumber hasil judi tetapi kita minta mereka beri penjelasan kerana perkara ini menjadi percakapan rakyat.

"Penjelasan berkaitan sumber wang serta bukti amat dinantikan oleh rakyat dan jika didapati pendedahan itu tidak betul kita hendak lihat Kerajaan Negeri ambil tindakan terhadap penulis blog berkenaan," katanya ketika ditemui pada sidang media selepas majlis rumah terbuka anjuran UMNO Bahagian Kepala Batas di Kompleks Budi Penyayang, Kepala Batas, kelmarin.


Sinar Harian

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails