Saturday, September 18, 2010

Etika Pemilihan PKR untuk SIAPA?

Berapa banyak etika yang perlu dilanggar beliau hanya kerana mahukan jawatan Timbalan Ketua Cabang PKR tersebut

Oleh : Anak Sungai Derhaka

Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memulakan pemilihan pemimpin secara berperingkat mulai hari ini dimana 208 cabang, juga dikenali sebagai bahagian, akan mengadakan mesyuarat agung tahunan dan pemilihan pimpinan dari hari ini hingga 3 Okt.

Bagi mewujudkan suasana pemilihan yang sihat, bersih dan telus PKR telah menggariskan beberapa etika atau tatalaku pemilihan Parti seperti berikut:

Tatalaku Pemilihan Parti

1. Setiap anggota tidak boleh menyalahgunakan kedudukan dan kuasa-kuasa dalam Parti dengan tujuan mempengaruhi keputusan pemilihan Parti.

2. Setiap anggota tidak boleh memberi atau menerima dari anggota lain sebarang bentuk rangsangan, termasuklah (tetapi tidak terhad) hadiah-hadiah, wang, derma, makanan, dan perkhidmatan dengan tujuan untuk mempengaruhi keputusan pemilihan Parti.

3. Setiap anggota tidak boleh mencederakan, mengugut atau menyebabkan tekanan terhadap mana-mana anggota parti dengan tujuan untuk mempengaruhi keputusan pemilihan Parti.


4. Setiap anggota tidak boleh memfitnah, mengeji, menghina, menjalankan kempen atau serangan berupa cacian terhadap calon lain atau kehidupan peribadi calon atau keluarganya.

5. Setiap anggota tidak boleh menganjurkan dan menggunakan sebarang jamuan sebagai sebahagian daripada kempennya dengan tujuan mempengaruhi keputusan pemilihan Parti. "Jamuan" bermaksud acara jamuan/kenduri yang lengkap dengan makanan dan minuman.

Sepenuhnya sila lihat di SINI dan sedikit penjelasan tambahan yang boleh di baca di SINI

Dalam tatalaku pemilihan parti yang ke 5 jelas dipaparkan bahawa Setiap anggota tidak boleh menganjurkan dan menggunakan sebarang jamuan sebagai sebahagian daripada kempennya dengan tujuan mempengaruhi keputusan pemilihan Parti.

Di Permatang Pauh, jawatan untuk Timbalan Ketua Cabang telah menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Che Mat bin Hashim (Pak Tam) dan TKM1 Pulau Pinang Datuk Mansor Othman yang juga merupakan ADUN Penanti.

Penyandang bagi jawatan tersebut buat masa ini ialah Che Mat bin Hashim, yang telah menyandang jawatan tersebut hampir 10 tahun.

Pemilihan dan juga Mesyuarat Agong peringkat Cabang akan diadakan pada 19 September 2010 ini bertempat di Yayasan Aman, Penanti.

Dan pada hari yang sama juga pada jam 2.00 petang hingga ke 5.00 petang telah telah diadakan satu Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri KADUN Penanti , yang sudah tentunya diadakan oleh ADUN Penanti Datuk Mansor Othman yang turut bertanding dalam Pemilihan peringkat Cabang tersebut.

Tidakkah tindakan mengadakan Rumah Terbuka ini menyalahi etika yang telah ditetapkan oleh PKR sendiri, mustahil beliau tidak mengetahui akan ujudnya etika tersebut memandangkan beliau adalah seorang Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Pulau Pinang.

Mungkin tujuan beliau hanyalah untuk meraikan penduduk-penduduk penanti dan beliau tidak mempunyai niat untuk berkempen mempengaruhi pengundi atau ahli-ahli PKR yang akan mengundi pada hari tersebut tetapi siapakah yang boleh memastikan tiada kempen dijalankan?

Jika alasan beliau adalah seorang ADUN dan beliau memang berhak untuk mengadakan jamuan tersebut tidakkah beliau sedar sebagai seorang calon yang turut bertanding beliau terikat dengan tatalaku pemilihan parti yang dijadikan garis itu?

Jelas pada perenggan yang pertama mengatakan ‘Setiap anggota tidak boleh menyalahgunakan kedudukan dan kuasa-kuasa dalam Parti dengan tujuan mempengaruhi keputusan pemilihan Parti.’

Apa salahnya jika jamuan Aidilfitri tersebut diadakan selepas pemilihan, sedangkan kita menyambut Hari Raya selama sebulan?

Itu hanya mengenai rumah terbuka, bagaimanapula dengan janji-janji yang ditaburkan oleh pembantu-pembantu beliau yang berkempen hingga menjanjikan, kalau anda undi Datuk Mansur, kami akan tolong apa saja atau jika dalam Bahasa Inggerisnya ‘ You help me, I help you..’ biasa dengarkan ayat itu.. ya.. ayat yang Najib gunakan ketika PRK Sibu yang lalu yang telah menimbulkan kontroversi.

Ayat tersebut telah dikatakan diucapkan kepada bukan ahli PKR yang disangkakan mereka ahli PKR di sebuah perkampungan masyarakat Cina.

Dan pagi ini pula, satu SMS yang berbunyi ‘Calon terbaik untuk Timbalan Ketua Cabang PKR Permatang Pauh adalah Dr Mansor, TKM1 PP seorang yang berpelajaran tinggi& perintis penubuhan parti pd 1998. Kita nak lihat perubahan besar PKR Pmtg Pauh agar lebih terurus pengurusan, kewangan yg lebih telus & pemimpin yg sihat. Jangan lupa keluar undi Dr Mansor!.. Saranan DSAI.. Sebarkan..

Kotornya cara kempen mereka dijalankan.. mereka mengatakan seolah-olah tidak ujud atau kurang ketelusan dalam pengurusan kewangan PKR Permatang Pauh yang di Ketuai oleh DS Wan Azizah sendiri..

Sedar atau tidak sedar dalam masa yang sama mereka telah memperlekehkan Pak Tam, seorang calon yang tdak berpendidikan tinggi dan mereka juga menyindir Pak Tam yang tidak begitu sihat sekarang..

Mereka juga mengatakan pengundi PKR Permatang Pauh perlu mengundi Datuk Mansor kerana ianyan disarankan oleh DSAI sendiri, sedangkan DSAI telah berkata “Saya menginginkan persaingan yg sihat; dengan semua calon yang dikemuka mematuhi etika pemilihan sepenuhnya dan tidak mendakwa mendapat restu saya.

Berapa banyak etika yang perlu dilanggar beliau hanya kerana mahukan jawatan Timbalan Ketua Cabang PKR Permatang Pauh?

Untuk siapakah disediakan etika pemilihan Parti tersebut? Adakah ianya hanya dikenakan terhadap ahli-ahli biasa dan tidak pemimpin-pemimpin PKR?

ETIKA PEMILIHAN ITU UNTUK SIAPA????

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails