Sunday, September 26, 2010

Eh!! Pengurus Kempen pun kecundang?

Boleh harap ka ni? kempen untuk diri sendiripun fail.. macam mana pula nak kempen bagi memenangkan orang lain?

Ahli parlimen Teluk Kemang yang juga Pengurus kempen’ Azmin, Datuk Kamarul Baharin Abbas gagal merebut jawatan ketua PKR cabang berkenaan dalam pemilihan hari ini.

Beliau tewas kepada pemangku jawatan tersebut, M Ravi yang juga ADUN Port Dickson.

Dalam pemilihan hari ini, Ravi mendapat 279 undi.

Kamarul Baharin yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR mendapat 135 undi.

Ravi berkata pemilihan hari ini hanya merupakan "pertandingan bersifat kekeluargaan', malaysiakini dipetik.

"Saya tidak ada salahfaham dengan Datuk Kamarul... hari ini, esok dan lusa... kawan tetap kawan," katanya.


Sementara itu, Exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong tewas dalam perebutan jawatan ketua cabang PKR Petaling Jaya Utara (PJU) hari ini.

Bagaimanapun, Elizabeth telah membuat bantahan kepada jawatankuasa pemilihan parti itu kerana mendakwa pemenangnya, Lee Chin Cheh adalah ahli PKR di cabang Petaling Jaya Selatan (PJS).

Dalam pemilihan tersebut, Elizabeth yang juga ADUN Bukit Lanjan, mendapat 161 undi manakala CC Lee mendapat 222.

Perebutan jawatan ketua cabang PJU itu membabitkan pertandingan empat penjuru.

Dua lagi calon, S Kandiah mendapat 110 undi, manakala Quek Chee Hoe mendapat 2 undi.

Seramai 522 ahli mengundi dalam pemilihan hari ini.

Menurut Elizabeth lagi, beliau yakin bantahannya itu akan diterima oleh jawatankuasa pusat.

"Keputusan hari ini bukanlah satu keputusan yang muktamad," lapor Malaysiakini lagi.


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails