Sunday, September 26, 2010

Dah kalah tu.. sudah-sudahlah...

“Aslkm sdr2 ku, sy mohon agar kta sama2 bngkit mnentng ktdak adiln yg blaku smasa pmilihn ajk cbg krn ada ‘tgn ghaib’ shingga mnybbkn pmimpin yg kta snjungi PAK TAM trpksa mnarik diri di saat2 akhir utk mmbrikn kmenngn prcuma kpd Yb mansor. Kta slalu tuduh org lain amalkn kroni, nepotisme & rasuah tp kini mnular dlm pkr. Apakah kta nk lihat parti kita hancur! Marilah kita tunjukkan perpaduan anak tempatan dan pulaukan semua program. Salam Anak Jati Ppauh”

Tak faham ? baca dibawah..

Assalamualaikum saudara-saudaraku, saya memohon agar kita sama-sama bangkit menentang ketidak adilan yang berlaku semasa pemilihan ajk Cabang kerana ada ‘ada tangan ghaib’ sehingga menyebabkan pemimpin yang kita sanjungi Pak Tam terpaksa menarik diri disaat-saat akhir untuk memberikan kemenangan percuma kepada YB Mansor. Kita selalu tuduh orang lain amalkan kroni, nepotisme & rasuah tapi kini menular dalam pkr. Apakah kita nak lihat parti kita hancur! Marilah kita tunjukkan perpaduan anak tempatan dan pulaukan semua program. Salam Anak Jati Permatang Pauh.

Itu adalah sms yang disebarkan oleh seorang manusia yang tidak bertanggungjawab atau manusia yang bacul kerana bersifat baling batu sembunyi tangan di Kawasan Parlimen Permatang Pauh semalam .


SMS telah dikirimkan kepada kebanyakkan Ahli PKR Permatang Pauh mengajak mereka bangun menentang ketidak adilan yang berlaku semasa Pemilihan PKR Cabang Permatang Pauh pada Ahad lepas. Dikirim melalui satu nombor yang apabila dihubungi tiada jawapan.

Kenapa agaknya ini berlaku? Adakah benar kerana pemilik nombor yang menghantar SMS tersebut benar-benar mahukan keadilan atau sekadar mahu melihat perpecahan dalam PKR Permatang Pauh?

Biarpun semasa pemilihan itu kumpulan yang menentang Dato Mansor, bertindak seolah-olah mereka sangat membenci Dato Mansor.. percayalah kebencian itu timbul bukannya kerana mereka membenci Dato Mansor..

Bagi mereka Dato Mansor itu kurang disenangi oleh masyarakat bukanlah kerana batang tubuh beliau sendiri tetapi lebih kerana beliau dicorakkan oleh sekumpulan manusia yang berada disekelilingnya, manusia yang sama yang telah mencorakkan TKM1 sebelum ini iaitu Fairuz..

Segala pertelingkahan tentang pemilihan tersebut telah berakhir setelah berakhirnya Pemilihan itu.. Demi kebaikkan Parti tiada tindakan susulan diambil oleh pihak yang menentang Dato Mansor.. Percayalah.. kerana antara mereka itu ialah Aku sendiri…

Malangnya masih ada pihak yang tidak berpuas hati tentang pemilihan itu.. Pihak yang menang mana mungkin akan merasakan tidak puas hati, yang tidak puas hati sudah tentulah pihak yang kalah.. mungkinkan?

Kenapa tidak protes dilakukan melalui saluran yang betul? Kenapa tidak protes ketika Cabang bermesyuarat tempoh hari? Adakah kerana sipengirim yang bacul itu takut untuk berhadapan dengan DS Wan Azizah?

Dan kenapa pula sanggup mengeluarkan belanja untuk mengajak ahli-ahli PKR Permatang Pauh memprotes semua program yang akan dianjurkan oleh Cabang Permatang Pauh setelah pemilihan berlangsung seminggu?

Dari SMS diatas.. apa yang jelas jika ianya dilakukan oleh pihak yang menang mereka memang sangat bodoh malah terlalu bodoh hingga mahu memboikot segala Program yang akan dijalankan oleh mereka sendiri.

Jika ianya dilakukan oleh ahli PKR Permatang Pauh, individu yang bacul itu perlu disingkirkan dengan segera.. jangan dibiarkan ada api dalam sekam.

Andaikata benar ianya dikirimkan oleh ahli PKR sendiri, jelas disini beliau tidak berpuas hati atau tidak boleh menerima kekalahan kumpulan yang disokong beliau..

Sudah-sudahlah.. terimalah kekalahan itu dengan hati yang terbuka bukan dendam yang membara.

Jika dilakukan oleh penentang PKR iaitu UMNO.. hmm.. apa yang aku boleh kata ialah.. NICE TRY.. BUT NOT SO NICE.. YOU CAN TRY AGAIN LATER…

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails