Tuesday, September 21, 2010

Bukti Penyelewengan Pemilihan PKR Indera Mahkota sedang dikumpul..

Oleh Muda Mohd Noor

PETALING JAYA: Setiausaha PKR Pahang, Razali Alias sedang mengumpul bukti penyelewengan yang berlaku dalam mesyuarat pemilihan Cabang Indera Mahkota di Kuantan, Ahad lalu.

Dalam mesyuarat itu, Azan Ismail mengekalkan jawatan ketua cabang setelah mendapat 135 undi manakala Razali sebanyak 99 undi.

"Saya memerlukan kira-kira dua minggu untuk mengumpul bukti tersebut. Ada lima kesalahan besar dalam mesyuarat tersebut. "Dan kira-kira 20 orang akan menjadi saksi," katanya hari ini.

Razali berkata, antara penyelewengan yang berlaku ialah kehadiran pengundi hantu yang dibawa oleh Azan untuk mengundi beliau.

Semalam, Azan dilaporkan mencabar Razali supaya mengemukakan bukti penyelewengan mesyuarat tersebut dan Razali turut mendakwa Azan melemparkan kata-kata kesat terhadapnya dalam mesyuarat tersebut.


Kata Azan, "kamu dan penyokongmu balik kerana ini majlis aku, mari semula jam 2 petang.

Kata Razali, Mujur aku tidak balik. Kalau aku balik, Azan akan menang percuma kerana rupa-rupanya beliau hendak mengadakan mesyuarat itu lebih awal. Azan berkata begitu kerana mesyuarat itu diadakan di pejabatnya (pejabat Ahli Parlimen Indera Mahkota)."

Razali juga meminta Azan supaya insaf tentang kedudukannya sebelum menjadi ketua cabang dan ahli parlimen Indera Mahkota.

Ini kerana menurut Razali, beliau yang membawa Azan ke Indera Mahkota beberapa bulan sebelum pilihanraya umum 2008.

"Orang suruh aku bertanding kawasan parlimen Indera Mahkota tetapi aku mencadangkan nama Azan. Kalau Azan kata dia ahli PKR cabang Dungun atau kawasan lain, ia bohong belaka," katanya lagi.

Razali mendakwa sebelum ini beliau mendapat tahu Azan merupakan ahli cabang Dungun.


Free Malaysia Today

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails